Feb 9, 2011

Saya tak belajar dari TV

Saya tak belajar dari TV tapi saya belajar semuanya dari pengalaman. Bila apa yang tertera di kaca TV adalah sebahagian dari pengalaman sebenar saya...saya hanya tertawa kecil. Betapa ia juga berlaku dalam hidup orang lain. Saya masih tertawa kecil walaupun kadangkala hati terasa pedih. Tak mengapalah....pengalaman itu mematangkan.

Feb 2, 2011

Salam Selamat Tahun Baru Cina

Salam Selamat Tahun Baru Cina buat kawan2 yang celebrate this chinese new year. To officemate, to work colleague, vendor...to semua lah. Pada semua yang bercuti, selamat memandu pulang ke kampung halaman..hati2 di jalan raya k.

Salam sayang,
ainnLee

Sedetik Lebih

Jalan masih jauh, masih banyak langkah yang perlu di atur. Dalam meniti masa yang ku rasa seakan terbuang, tanpa aku menzahirkan kata-kata.. Harus kau tahu, bukan kerana aku kini di sini, tapi sejak dulu lagi.....biar tanpa jasad sekali pun....kau itu aku cintai.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kam
u

Jan 25, 2011

Shasha & Biji Tembikai....

Lama tak bercerita pasal shasha skang...da besar dah anak mummy. Gigi dah banyak, rambut dah panjang, kaki tangan sumer da besar. haish..cakap je da besar tapi manjanya masih serupa bayi kecil yg baru lahir tuh.

Jumaat lepas, mummy craving for watermelon. Kembang air liur mummy tgk org makan tembikai dalam drama korea malam sebelumnya. So babah pun beli laa, senang sgt nk carik ape yg mummy nak ni, tutup mata pun babah boleh beli. Hahaha.....makan punye makan, shasha da lencun dengan jus tembikai tu...tetiba babah minta shasha buangkan biji tembikai. Tapi shasha lari macam nampak hantu! Menyorok balik sofa...sambil jerit2....tak nak! tak nak! tak nak!

Alahai shasha, berderai tawa mummy dah babah petang tu. Mummy da 3 hari tak ketawa, babah sampai koyak bibir keringnya ketawakan shasha senja tu. Biji tembikai pun nk takut.

Jan 21, 2011

Kau tenangkan aku..

Ya Allah, tika aku leka begini lama Kau datangkan ujian tanpa tanda. Tika aku terduduk merintih hiba, Kau memanggil aku. Dalam tangis yang panjang ini, dalam hati yang tidak tenteram ini Kau panggilku menyembahMu. Aku bukakan hatiku...aku luahkan rasa kecewaku. Kau Maha Mengasihani dan Mengasihi. Kau tau apa yang terbaik buatku.

Kau tenangkan aku, dan aku meminta....sembuhkanlah jiwaku, pulihkan hatiku. Hilangkan amarahku, hilangkan tangisku. Kau yang Mengasihi aku, kau berikan aku ujian ini tanda sayangMu. Kau berikan azab ini tanda kasihMu. Dan aku menanti hihmah dan nikmat di sebaliknya. Kau yang Mengetahui dan Memahami apa yang terbaik buatku.