Mar 28, 2012

Thanks to u too....

 ~ Nota dari babah ~
Nota dari babah, yang mengejutkan mommy di awal hari. Lanjutan dari menu makan malam yang mommy sediakan malam isnin lepas. Tengah malam babah makan lagi...sayang dan x mau membazir katanya. hik hik...tau babah lapar sebenarnya kan..??

Syukur kerana masih punya masa utk memasak demi suami dan anak2. Alhamdulillah, yang ku masak ini menyenangkan selera suami dan anak2. Nota ini buat mommy tersenyum di awal pagi.....terima kasih buat kamu juga, kerana dapat ruang cintamu ...'Cinta Bersatu'

with lots of Love;
ainnLee
28/03/2012





Mar 27, 2012

Yeay..sophie dah masuk 6 bulan. Dah amik injection...dah mula makan cerelac...dah mula mengensot.....(tapi ke belakang dan berpusing 360 darjah..dah mula pandai nanges bila kena tinggal...dah pandai ketawa !!!!

Ini lah yang menarik pasal sophie ni..susah betul nk dengar anak kecik mommy yg sorang ni ketawa. Paling best, last sunday mommy berpeluang golek-golek dengan sophie atas katil. Tiba-tiba nada hati mommy, si kakak shasha datang menempel....permainan kakak shasha jatuh atas katil; hampir dengan muka si bunga hati mommy; sophie. Kakak jerit oks!!!! (instead of opsss ) dan si adik sophie ketawa berdekah-dekah. Mommy minta kakak shasha kata oks!!! lagi..dan adik mmg ketawa berdekah-dekah. Sampai hari ni kalau mommy nak dengar si sophie ketawa..kena jerit oks!!! Hik hik.lawak laa sophie ni.

Shasha pun satu hal juga, nape oks!!! instead of opsss... haduyai. Si kakak pun sama pelik. Till now, shasha still failed of arranging her words in sentence. Dah sama macam india nak cakap melayu plak.

Last Sunday jugak, mommy start suapkan sophie makan cerelac gandum + madu. Ekceli before this mommy dah suap adik dengan ice cream, just nk tengok sophie pandai buka mulut dan telan makanan tak. Pergh !! dapat benda yang manis kenmain lagi si dia. Terkulat-kulat pandang mommy lagi dengan mata yang berkata-kata "mommy, nak lagi...." So, for the 1st meal..sophie dah berjaya abiskan 4 scoop cerelac + 1 scoop susu + air. Yeay!!! sophie berjaya.......







Seperti cerita kakak shasha yang ayatnya kadang-kadang mengundang lawak di hati mommy dan babah. There's one day,  sesampai saja di rumah..shasha dah pandai buka pintu kereta sendiri. All on her own..dan menjerit.."Babah, tengok..shasha berjaya!!!" Sungguh ayat buku..mane shasha dapat pun tak pasti. Dan babah membalas..."wah, hebat nya shasha" Again, ayat buku. Mommy dan babah berpandangan dan kami ketawa!


Sophie dah pandai mengensot....golek golek ke kiri dan ke kanan. Sampai satu masa, ensot punya ensot...mommy dah dengar sophie menjerit nanges je. Mommy berlari2 mencari sophie..laa dan tersepit bawak sofa rupanya. Sian anak mommy..tapi mommy sempat ketawa dan amik gambar dulu. Hik hik..jangan marah ye sayang, dah dewasa nanti tentu kamu sendiri akan ketawa tengok gambar ni.

Mar 26, 2012

Sabtu yang permai

Babah nyer tak mengandung pun, anak yang lahir dah pun berusia 6 bulan tapi masih mengidam. Nak amik laa ni..apam pelangi ! Mommy tak suka apam, but 1st time mommy rasa apam yang sedap bila kawan mommy buat ni dan bawak opis. Hmm..boleh tahan ! At first, terkeliru between cake n apam but siyesly this is apam. So kali ni, mommy google resepi apam pelangi sebab malas nk carik buku resepi mommy yang hilang ntah ke kemana. Babah makan dengan bff dia, en Puteq....siap bawak bekal lagi. *Teringat cerita babah shasha n sophie yang berebut makan apam ni...


Hari ni lepas selesai sidai kain - settle 3 round, mommy bawak sophie pegi klinik utk injection imunisasi. Hari ni sophie tak dapat nk sunat sebab Dr. perempuan yang sunatkan kakak shasha dulu tu takde kat klinik. Kena tunggu sampai mommy ngan babah ada peluang bawak sophie pegi klinik. Kena apply cuti nih...buat sementara waktu, sophie selamat. Bertahan yer sayang...

Dah selesai urusan sophie, mommy belanja babah makan steak pulak. So pegilah ker Mr Steak House, Sek.13. Again melayan selera orang mengidam buat mommy lupa nak amik gambar dish mommy semalam. Babah makan steak yang liat, dan mommy denagn seafood spagehtti yang nampak sgt murah. Shasha dengan french fries yang mommy pun bleh goreng sama jek rasa dengan western restaurant tu buat! huh !!! Mommy order lime ice means limau nipis ais kan..tapi yang sampai air limau kasturi. Marah nyer..tapi bertahan lagi !

Shasha pula meragam, sian si kakak ni. Hari sabtu ni kakak shasha demam selsema plak. Menempel je laa kat babah dia tu...

mommy ainnLee;
24/03/2012

Mar 23, 2012

Congrats dear !

Hampir berakhir sudah minggu ke-3, shasha dan sophie ok-ok saja. Bila mommy hantar ke rumah babysitter di awal pagi, tiada lagi tangis tiada lagi raungan sambil pegang kaki mommy. Si adik sophie lebih dari ok siap ketawa-ketawa lagi. Bila mommy datang semula lewat petang, shasha dan  sophie dah siap mandi, shasha happy saja sambil menjerit-jerit panggil mommy dan babah. Melompat-lompat di muka pintu rumah babysitter sambil pegang beg susu. Alahai kakak shasha, tak sabar benar kamu nak balik ye. Sophie yang di dukung babysitter, sengih je tengok kakak yang terlebih aktif.

Semalam babah bagitau berita genbira, bukan lah berita gembira buat mommy pun tapi tumpang gembira sebagai kakak. Well, tahniah dear, having your 1st item on your own !! Perasaan memiliki yang paling best kan..? Mommy dah berkira-kira utk pergi ke mana for celebration. Mommy dah start blogwalking fav blog mommy...dan menyenaraipendek resepi kek yang mommy nak masak.

Tapi.......resepi ni terpaksa di simpan semula dalam buku. Tak jadilah nak buat...since org yang mommy nak celebrate takkan sampai ke shah alam. Reason why.....tak boleh naik komuter sendirian. Cancel nak pegi Bagus! Cancel nak stay up to bake !

Mommy tengok saja resepi ni...tengok saja gambar ni sambil mencari-cari masa yang sesuwai utk bake kek ni. Dah tentu yang kenyang nanti, babah shasha n sophie jugaaaaaak. Aduhai, bile masalah babah shasha n sophie ni dapat kurus kalau mommy asyik nak masak sesuatu yang tinggi kalori je..? Hmmmm....

Ok lah, knowing you; adik as anak yang sentiasa dmanjakan..so terpaksalah mommy beralah saja. Anyway, congrats adik for your new aset !


with lots of Love;
ainnLee
23/03/2012

Mar 16, 2012

Si bunga hati yang demam.

Bunga hati mommy dah babah; yakni sophie tak sihat pula. Tidak demam tapi batuk dan selsema. Yang mommy bimbangkan sejak 2 minggu lepas berlaku juga. Apalah daya mommy menolak virus yang mengunjungi kamu sayang. Bukan dari kakak kamu si nada shasha, bukan juga dari mommy dan babah jangkitan kamu ini...
Sophie batuk..tau tekaknya tak selesa tapi kamu kecil lagi utk mommy berikan ubat batuk. Sophie selsema...tapi kamu Dr. pun tak bagi ubat selsema. Mommy tau kamu tak selesa utk bernafas..mommy redakan dengan salap ke dada kamu, moga kamu rasa sedikit tenang. Mommy tidurkan kamu dengan bantal yg sedikit tinggi dari biasa, dengan harapan kamu tdo lena.

Terkulat2 sophie waktu mommy berikan ubat demam. Perisa yang luar biasa selain susu formula dan nenen mommy ye sayang...? Dahi sophie berkerut tanda tak sedap. Telan ye sayang, supaya sophie cepat sembuh dari demam. Nenen banyak2 ye..supaya batuk dan selsema cepat2 pergi.

Mommy lihat kamu tdo...dengan dodoi sumer lagu yang mommy tau. Sophie sengih saja...kamu suka lagu ye sayang ! Mommy dont sing..but i do when it's all about shasha n sophie. Sesekali mommy humming lagu 'Bulan & Bintang' - lagu P.Ramlee. Tak igt lirik tapi nadanya cukup utk buat kamu selesa. Cukup utk kamu tau mommy ada di sisi mendodoi kamu..dan kamu memaling muka ke kanan utk lena. Hmmm.....tdo lena sayang. Mommy nk google carik lirik Bulan Bintang tu. Later mommy nyanyi dengan lirik penuh yer.... hehehe.


ainnLee
16/03/2012
shah alam