Jan 25, 2011

Shasha & Biji Tembikai....

Lama tak bercerita pasal shasha skang...da besar dah anak mummy. Gigi dah banyak, rambut dah panjang, kaki tangan sumer da besar. haish..cakap je da besar tapi manjanya masih serupa bayi kecil yg baru lahir tuh.

Jumaat lepas, mummy craving for watermelon. Kembang air liur mummy tgk org makan tembikai dalam drama korea malam sebelumnya. So babah pun beli laa, senang sgt nk carik ape yg mummy nak ni, tutup mata pun babah boleh beli. Hahaha.....makan punye makan, shasha da lencun dengan jus tembikai tu...tetiba babah minta shasha buangkan biji tembikai. Tapi shasha lari macam nampak hantu! Menyorok balik sofa...sambil jerit2....tak nak! tak nak! tak nak!

Alahai shasha, berderai tawa mummy dah babah petang tu. Mummy da 3 hari tak ketawa, babah sampai koyak bibir keringnya ketawakan shasha senja tu. Biji tembikai pun nk takut.

Jan 21, 2011

Kau tenangkan aku..

Ya Allah, tika aku leka begini lama Kau datangkan ujian tanpa tanda. Tika aku terduduk merintih hiba, Kau memanggil aku. Dalam tangis yang panjang ini, dalam hati yang tidak tenteram ini Kau panggilku menyembahMu. Aku bukakan hatiku...aku luahkan rasa kecewaku. Kau Maha Mengasihani dan Mengasihi. Kau tau apa yang terbaik buatku.

Kau tenangkan aku, dan aku meminta....sembuhkanlah jiwaku, pulihkan hatiku. Hilangkan amarahku, hilangkan tangisku. Kau yang Mengasihi aku, kau berikan aku ujian ini tanda sayangMu. Kau berikan azab ini tanda kasihMu. Dan aku menanti hihmah dan nikmat di sebaliknya. Kau yang Mengetahui dan Memahami apa yang terbaik buatku.



Jan 20, 2011

Doa, hajat dan harapan mummy kesampaian..

Doa, hajat dan harapan mummy kesampaian. Syukur padaMu Ya Allah atas rezeki yang kau kurniakan.

Jan 19, 2011

Hanya dia...

Ya Allah,
Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku, Maha Memahami apa yang terselindung di balik semua dugaan ini. Kau biarkan aku mengetahui apa yang tak seharusnya aku ketahui dan aku kini berperang dengan perasaan sendiri. Kau Maha Mengerti, dan aku cuba untuk memahami apa yang telah kau agendakan untukku kali ini.

Ku mohon Ya Allah, tetapkan imanku di sini. Tetapkan hati dan akal fikiranku agar sentiasa memilih yang terbaik. Rahmati segala apa yang aku usahakan. Kau kurniakan aku kekuatan dan ketabahan sejuta orang manusia utk aku lalui semua ini.

Tika aku merintih hiba dengan hidupku, ingatkan aku dengan kebaikannya. Ingatkan aku dengan keindahan sewaktu bersamanya. Ingatkan aku tentang kasih sayangnya. Ingatkan aku yang baik2 tentang dirinya. Tetapkanlah diriku buatnya kerana aku hanya ada dia. Hanya dia.

Jan 15, 2011

mohon Allah perkenankan doa, hajat da harapan mummy, babah, shasha

masih berkira-kira, masih lagi meghitung hari..mohon Allah perkenankan doa, hajat dan harapan kami ini. Sekalipun ia berakhir bukan dengan ape yang kami minta, kami tak terasa hati..takkan pernah memaling muka malah kami akan sentiasa berdoa kepadaMu. Moga kami beroleh rezeki yang barakah tahun 2011 ini. Amin..

Jan 4, 2011

entry suke - suki



Dah hampir jam 7pm...masih terkandas kat opis gara-gara hujan lebat giler. Sejoook...Keje banyak tapi waktu kerja da tamat. I cant claim for OT and if i could, i still refuse. Malas laa...so tangan ni gatal plak nk edit2 gambar di petang2 yang permai ni. Motif - hilangkan tahi lalat, cerah kan muka ala-ala beriman gitu. Hahaha...

Pagi sabtu yang permai itu sambil mak bersiap-siap, mak cakap mak kecut perut. Hik hik, macam mak pula yang nak d sunting. Anyway, your sutera stand out laa mak. That sweet girl next to mak is my younger sister. Next mth nk bertunang juga...along da touch up muka kakak, so makin berseri plak. tih tih tih...
Shasha that day agak pemalu aka sombong. Sepanjang perjalanan dari Jelebu ke Chinta Manis, shasha diam jer. Tak berbunyik langsung dia dengan atuk wan nyer. Dah puas umpan dengan twinkle2 little star, coklat dan gula2. Shasha tetap sama..dingin! Marah agaknye shasha pagi tu, sebab seawal jam 7.30am dah kena kejutkan dan mandi. Menjerit2 shasha pagi tuh, sampai mummy pun da half tone menjerit pada shasha dalam bilik air. Ye..ye...mummy tau shasha ngntok, mummy tau shasha sejuk..kejap jer. Lepas ni pakai baju k.

Da pakai baju lawa..shasha ok jer. Boleh senyum2 tapi haruz dengan mummy. oog..anakku. Kalau takde lengan mummy ni, camaner laa shasha agaknyer. Sampai d bentong, shasha kembali bernyawa bila nampak abam nyer. Jalan sambil pimpim tangan lagi. Bila abam hampir nk terpijak lopak air, shasha siap jerit...ABAM!!!!!

Jan 1, 2011

Hari Bancik - 01.01.2011

Hari ni hari bancik, berseri-seri muka bancik bangun pagi ni. Mak kejut skali pun dah terus bangun...mandi pagi tuh tak terasa sejuk yang sampai ke tulang hitam ye bancik..?!

Malam sebelum nyer, sumer org tdo lambat. Along + along niza, abang fakhri + kak ida da sampai umah, tinggal lagi kakak yang masih dalam perjalanan. Mak bersengkang mata hingga jam 2.00 pagi tunggu kakak sampai. Risau mak! Akhirnya kakak sampai bersama eff dengan selamatnyer. Mummy shasha da tdo awal, tak tahan sebab selsema menyerang saat2 akhir tatkala aku sebuk menyiapkan hantaran bancik. Huh....berjaya menyiapkan sejadah, telekung, coklat dengan hasil tangan sendiri. huhuh..proud to be my self.


Dalam perjalanan ke bentong, singgah sebentar di Chinta Manis, Karak. Rumah arwah wan masih seperti dulu tapi kini dah bertukar penghuni. Tiada lagi wan yang menyambut dengan rambut putih dan badan kurus serta tinggi lampainyer. Terkenang arwah wan yang gemar makan buah prune serta aiskrim coklat. Penah dulu aku buatkan semangkuk penuh aiskrim coklat...tapi yang makannye sepupu sepapat aku yang lain. Sehingga kini, kalau aku makan prune, serta merta ingatan pada arwah wan menerjah. Masih aku rindu akan wan.

Hantaran kami siapkan, berseri dengan sirih junjung tajaan keluarga sebelah Pahang. Kek tajaan paklang nasir, hantaran tuala dan bekas cincin tajaan makcu liza. Tak l
upa tentang pak njang yang menaja sarapan nasi lemak dan kopi O pagi tu. Terima kasih semua.

Perjalanan ke bentong tak lama, 20mins je da sampai. Lihat saja gelagat abah yang berlawak minta kami berbaris, macam rekrut askar pula. Tambah pula menantu abah yang suka interframe, pecah perut kami jadinya. Kredit kepada bakal menantu abah yang candid all the great moments.

** to the new engaged couple

**Bunga yang disunting