Jan 19, 2011

Hanya dia...

Ya Allah,
Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku, Maha Memahami apa yang terselindung di balik semua dugaan ini. Kau biarkan aku mengetahui apa yang tak seharusnya aku ketahui dan aku kini berperang dengan perasaan sendiri. Kau Maha Mengerti, dan aku cuba untuk memahami apa yang telah kau agendakan untukku kali ini.

Ku mohon Ya Allah, tetapkan imanku di sini. Tetapkan hati dan akal fikiranku agar sentiasa memilih yang terbaik. Rahmati segala apa yang aku usahakan. Kau kurniakan aku kekuatan dan ketabahan sejuta orang manusia utk aku lalui semua ini.

Tika aku merintih hiba dengan hidupku, ingatkan aku dengan kebaikannya. Ingatkan aku dengan keindahan sewaktu bersamanya. Ingatkan aku tentang kasih sayangnya. Ingatkan aku yang baik2 tentang dirinya. Tetapkanlah diriku buatnya kerana aku hanya ada dia. Hanya dia.

0 comments :