Dan saya berfikir....terlalu banyak tapi terlalu kecil pengorbanan saya. Terlalu murah harga kemaafan saya..terlalu asing diri saya waktu kite bersama.
Jika saya tidak berubah...jika saya tidak memendam rasa...jika saya sedikit pun tidak merasa sedih..maka saya seumpama orang gila yang tak punya rasa. Tapi saya seorang manusia, wanita, isteri dan ibu. Terlalu banyak perasaaan dalam jiwa ini....saya lebih banyak memujuk diri sendiri utk memaafkan dan melupakan....
Bila saya tidak berkata apa2 tentangnya...bukan bererti saya menerima segalanya dengan rela dan redha, sebagai ujian dan menanti hikmah buat saya. Tapi saya juga memaksa menerimanya dengan rela dan redha...kerana saya perlukan kamu lebih dari segala-galanya.
Saya tidak menyekat kamu dari berbuat apa2..sekadar melihat dan memantau dari sisi seorang isteri. Saya tak mahu ia berulang lagi...
Saya pernah menerima taubat dan janji...tapi ia tidak dtepati. salahkah saya jika saya sentiasa berhati-hati?? saya tak mahu kehilangan kamu buat sekian kali...saya lebih rela mati dari menanggung beban ini sendiri.
Kamu mungkin tak percaya...tapi hanya kamu yg saya ada. Maafkan saya jika apa yang saya buat ini menggugat kamu sebagai lelaki. Tak perlu begitu...jadilah seperti yang kamu mahu.yang kamu fikir sepatutnya.
Hidup saya hanya utk kamu...saya akan memujuk diri sendiri dan kamu tak perlu tau. Saya sayang kamu lebih dari yg kamu tau...tak pernah terpisah dari jasad, tak pernah terenggang dari jiwa. Demi Tuhan, saya tak pernah melupakan kamu walau separuh detik dalam hidup saya.
Kalau saya pergi skali pun, saya tak tau samada awak menjadi lebih baik pada awalnya atau selepasnya. Kerana selamanya dalam hati saya..dah terkekal parut yang awak ciptakan. Luka itu mungkin kecil bagi awak...tapi seumpama kematian dalam jiwa saya.
Tapi saya tetap di sini, kerana saya masih sayangkan awak seperti dulu. BIarpun ada kalanya awak tak faham apa yang sya fikirkan, apa yang bergolak dalam jiwa saya. Saya masih sayangkan awak seperti dulu...masih sentiasa mencari2 lelaki lelaki yang saya cintai 14tahun dulu.
Oh betapa saya rindu saat tahun pertama saya kenal awak. Rasa itu sungguh tulus, ikhlas dan setia. Rasa itu yang sentiasa membuai perasaan dan ingatan saya pada awak. Awak lelaki yg sama.....
0 comments :
Post a Comment