Sep 28, 2011


Tanya Sang Anak ~ Khalil Gibran

Konon pada suatu desa terpencil
Terdapat sebuah keluarga
Terdiri dari sang ayah dan ibu
Serta seorang anak gadis muda dan naif!
Pada suatu hari sang anak bertanya pada sang ibu!
Ibu! Mengapa aku dilahirkan wanita?
Sang ibu menjawab,”Kerana ibu lebih kuat dari ayah!”
Sang anak terdiam dan berkata,”Kenapa jadi begitu?”
Sang anak pun bertanya kepada sang ayah!
Ayah! Kenapa ibu lebih kuat dari ayah?
Ayah pun menjawab,”Kerana ibumu seorang wanita!!!
Sang anak kembali terdiam.
Dan sang anak pun kembali bertanya!
Ayah! Apakah aku lebih kuat dari ayah?
Dan sang ayah pun kembali menjawab,” Iya, kau adalah yang terkuat!”
Sang anak kembali terdiam dan sesekali mengerut dahinya.
Dan dia pun kembali melontarkan pertanyaan yang lain.
Ayah! Apakah aku lebih kuat dari ibu?
Ayah kembali menjawab,”Iya kaulah yang terhebat dan terkuat!”
“Kenapa ayah, kenapa aku yang terkuat?” Sang anak pun kembali melontarkan pertanyaan.
Sang ayah pun menjawab dengan perlahan dan penuh kelembutan. “Kerana engkau adalah buah dari cintanya!
Cinta yang dapat membuat semua manusia tertunduk dan terdiam. Cinta yang dapat membuat semua manusia buta, tuli serta bisu!
Dan kau adalah segalanya buat kami.
Kebahagiaanmu adalah kebahagiaan kami.
Tawamu adalah tawa kami.
Tangismu adalah air mata kami.
Dan cintamu adalah cinta kami.
Dan sang anak pun kembali bertanya!
Apa itu Cinta, Ayah?
Apa itu cinta, Ibu?
Sang ayah dan ibu pun tersenyum!
Dan mereka pun menjawab,”Kau, kau adalah cinta kami sayang..”

Sape lebih tembam..?

Babah ngn anak same jek tembamnya....my MIL reveal story, masa babah sufiy lahir dulu pun berat -  3.6kg. Pergh!!no wonder laa ..anak2 babah sumer lahir berat dan tembam. Kakak shasha last 3 years lahir dengan berat 3.4kg...adik sufiy plak 3.8kg

Tengok gambar tu, sape lebih tembam..???
 

7th day - sufiy bercerai tali pusat

Sep 25, 2011

Sufiy on her 6th day..babah on her 1st time bathing his 2nd daughter....

Sunday holiday - mak pun nk amik time off balik kg tengok umah. Mak kata ada tikus mati berdarah depan pintu dapur...pergh!! Nasib baik bukan mommy yang balik kg..kalau ya, dah tentu x jejak kaki masuk umah. Nasib laa bangkai tikus tu..tunggu abah bersihkan baru mommy berani masuk umah. 
Nenek balik kampung, wan pula sampai ke shah alam bersama Nek Tam dari Melaka. Riuh sekejap rumah dek shasha yang berkejaran dengan atui dan bobot. Petang yg permai tu di selerakan lagi dengan cheese tart dari ayu aka Farah Raos. Ad hoc orders....sib baik merasa jugak mak tam dengan cheese tart itu. Tika memasing sibuk melayan tekak ngn cheese tart mommy amik masa utk melelapkan mata. Letih sangat rasanya sbb malam sebelumnya mommt tdo kurang 2 jam. Jam 5pagi, mommy masih berjaga lagi. Melihat sufiy tdo di temani nenek depan tv. Babah dalam bilik, lena berteman udara sejuk ehsan air-cond. Kakak shasha bersama mommy tdo d sofa saja....sian kakak. Demam selsema dan sedikit batok. Melarikan kakak shasha dari sejuk air-cond dengn harapan selsema dan batoknya akan segera sembuh. 
Tika petang dan wan pun dah balik kg. Tinggallah mommy, babah dan kakak shasha. Hari ni, since nenek takde..terpaksalah babah menggagahkan diri memandikan adik sufiy. Kesian tengok babah shasha terkial2 nak mandikan adik sufiy...so mommy pun tolonglah. Haa tuh, 2 org skali mandikan adik sufiy. Nenek selama ni mandikan adik sufiy buat sorang2...rilek jer!!!


Hi

ainnlee this is something you need to check out http://www2.news7inow.com/ bye

Tapi dia juga racun....

Cantik wajah sufiy.....kakak shasha selalu cakap dengan mommy.."mommy, cantikkan..?" Kadangkala shasha bagtau.."mommy, comelkan...?" sambil jari kecil nya itu menunjuk wajah sufiy yang lena tidur. Ye sayang...sufiy cantik, cantik macam kakak shasha. Indah di kelilingi anak-anak kecil yang memuji dengan ikhlas...yang berkata tanpa selindung. Mommy melihat shasha..anak pertama mommy yang manis dan keletah. Kata-katanya menggembirakan. Melihat sufiy anak kedua mommy...bibir mungilnya hanya tau melantan suara tangis. Sesekali lesung pipitnya terserlah tika sofiy menguap dan tersenyum dalam tidur. Tidurmu mendamaikan hati mommy sayang..kakak shasha yang melihat tak putus2 mencium kamu. Inilah bahagia yang mommy perolehi..madu yang mommy terima. Benar melahirkan itu satu azab...sakit tapi melihat kamu berdua ketawa dan bermanja dengan mommy buat mommy lebih bahagia. 

Mommy mohon dsayangi....di hargai..dan tak di sia-siakan. Sebilangan masa jika menjadi penawar maka kekallah begitu. Jangan pula menjadi racun berbisa yang menghancurkan hati mommy. Tak banyak yang mommy minta...cuma fahami hati mommy yang sedia retak ini. Ada banyak perkara dalam hidup yang perlu dilakukan demi mencari kesempurnaan...tapi kita tak mungkin sempurna dalam segala hal. Buat apa yang perlu...buang apa yang tak patut. 

Mommy mencari kedamaian dalam senyum dan tawa anak2 mommy...Mommy mencuba menghela nafas tika jari menyika airmata. Jangan jadi racun sayang.....

Sep 24, 2011

Yo

ainnlee this is pretty informative http://www2.news7review.com/ talk to you later

Sep 23, 2011

Delayed entries - 19 Sept Penawar di wajah suami...

Dari pagi 18hb....perut mommy mengeras d luar dari kebiasaanya. Terasa juga contraction yang datang dan pergi setiap 2,3 jam sekali. Hati mommy berkata-kata...mungkin hari ini harinya.. Sehinggalah tengah malam..nothing happen.

Malam itu, mommy tak tdo lena sangat. Nak tdo rasa resah sangat....contraction makin kerap...setiap stgh jam skali. Mommy masih lagi bleh bertahan...cuba membelek beg baby, siapkan apa2 yg patut. Jam 2am....mommy masih belum lena...cuba utk lelapkan mata tapi tak berdaya. Shasha lena d buai mimpi....sian anak mommy yang satu ni.

Jam 3am...contraction mommy setiap 10mins. Babah tersedar dari tdo tanpa perlu mommy kejutkan. Mommy fikir, mungkin ini masanya...dan mommy terus bersiap ke hosp. 

Jam 4am....mommy da sampai hospital.....mommy terus kena hantar masuk labor room. Dr. check, bukaan mommy dh 5cm. Mommy sedikit terkejut...dah 5cm tapi mommy tak nangis pun. Syukur Allah perkenankan doa mommy, supaya dkurniakan kekuatan dan semangat utk menempuhi kepayahan ini. 

Jam 5am...mommy tanya Dr estimate bila agaknye mommy akan selesai bersalin. Nurse tu cakap, by 7am mommy da settle dah. Senangnye hati mommy, ada 2 jam jek lagi tapi setiap minit yg berlalu tu bagaikan bertahun. setiap kali mommy selesai layan contraction, mommy pusing tgk jam....baru 5.01am.....contraction lagi....5.01am. Mommy pandang babah...babah pandang tepat dalam mata mommy tapi mommy tak tau babah pk apa. Dalam otak mommy.....tolonglah selesaikan cepat azab ini. Sesekali mommy menoleh pada shasha...sian anak mommy sebab terpaksa tengok mommy mengerang kesakitan. Wajah shasha berbeza dari biasa..

Jam 5.32am..Dr dah siapkan mommy utk proses bersalin. Mommy minta babah hantar shasha rumah baby sitter...tinggallah mommy sendirian. Sakit...ya Allah, sakit sangat. Teringat masa mommy nak lahirkan shasha dulu...ini lah rasa sakitnya. Mommy nangis..semua tenaga dah mommy kerah but still...mommy dah tak mampu nk teran lagi. Mommy dah tak mampu nk bertahan lagi...ya Allah, bantulah aku.....Mommy pandang babah..tolonglah lepaskan mommy dari kesakitan ni. 


Dr. cakap, ada masalah dengan kedudukan baby..kedudukan baby mommy yg abnormal tu membuatkan mommy dalam kesakitan yg amat sangat. Dr dah cuba ubahkan kedudukan kepala baby mommy yg betul but still...tiada harapan utk dlahirkan secara normal.


Jam 6.32 am..mommy kena tolak masuk operation theater. Yang mommy tak sanggup bila mommy kena turun sendiri dari katil dan duduk atas wheel chair tu. Da sampai OT, nk naik katil OT plak. Ya Allah, begini skali kepayahan nk melahirkan anakku ini..??


Mommy tak dapat tengok muka babah lagi....mommy sendirian dalam OT. Dan bila morfin tu mengalir masuk dlm saraf mommy...mommy terus bernafas lega. Mommy lega sangat...tapi risau memikirkan perut mommy bakal d belah. Terbau udara hangit akibat panahan laser ke kulit perut mommy. Mommy cuma pejamkan mata...dalam doa mommy semoga Allah selamatkan mommy dan baby. Mommy nk jumpe babah dan shasha lagi. 


Mommy tak sedar bila ...tapi  tiba2 saja mommy terdengar suara anak kecil menangis. Kuat sangat!! Yeah....anak mommy dah lahir. Mommy takde airmata....mommy cuma panjatkan syukur pada Allah..kerana beri mommy kesempatan ini utk terus bernyawa dan menjaga zuriat baru mommy..da bertemu babah dan shasha. Mommy lega....


Keluar dari OT, mommy happy nampak babah. Mommy bahagia sgt bila nampak babah. Ya Allah, Kau kurniakan aku suami yang baik dan penyayang. Sungguh aku bersyukur bila wajah suamiku menjadi penawar sakit dan risauku. Syukur ya Allah...aku bersyukur kepada-Mu.

Delayed enteries - 18 Sept Happy Birthday Abah...

18 Sept 2011 -
Genap 59 tahun umur abah....dah banyak dah umur abah. Abah dulu yg rambut hitam skang da penuh dengan rambut putih. Abah yang dulu bekerja skang da pencen. abah yang dulu berulang dari KL -Jelebu skang da duduk kampung jer. Abah makin tua...dalam banyak2 ayat abah - paling aku ingat bila abah selalu cter pasal tanggungjawab. Setiap kali raya, aku dan adik beradik mohon ampun dan maaf, ucap terima kasih atas setiap apa yang abah usahakan utk kami...tapi seringkali saja abah balas .."itu sumer tak payah sebut, sbb tu sumer tanggungjawab abah"

Abah, Selamat Hari Lahir abah. Semoga abah sentiasa gembira, dkurniakan kesihatan yang baik, rezeki yg murah dan sentiasa d lindungi Allah SWT. 



Sep 17, 2011

Salam Lebaran

Selamat tiba sayang..di hari yang gembira....Salam lebaran buat semua bloggers, hari ni 1 Syawal, esok hari Merdeka. Hujung September hari lahir adik shasha pula. Tahun ni kami beraya di durian tunggal, Melaka.