Nov 27, 2011

It's really long week spending in kg - yup, kg !!! without babah shasha. Babah shasha meneruskan hari2 bekerja tanpa mommy since babah on mobile mode from shah alam to penang. Apa2 je laa..mommy, shasha dan sufiy berbahagia bersama nenek d kampung.

Hujung tahun dalam kalendar sememangnya menjadi lumrah utk menghadapi musim hujan. Buat mommy d skg, terasa nikmat tak terhingga lantaran dapat melarikan diri dari global warming shah alam. Tak perlu 'ekon' tapi sejuknya hingga ke tulang hitam. Kalau babah ada, sure babah suka sangat.....mendengar bunyi air hujan yg menimpa atap zink rumah mak... zink yg uzur membocorkan titis hujan ke dalam rumah. Kata babah shasha. - babah tetap suka walaupun bocor sana sini....tinggi nilai umah kampung dengan atap bocor katanya.

Fifi pun kadangkala missed mandi pagi. Hujan lebat buat mommy & nenek malas nk beransur ke bilik air. Sejook!!!  Lalu tilam yg jadi pilihan...yup, kite berhibernasi dulu yeah....Seronot tengok fifi yg lena tdo dalam pelukan nenek.

Nov 15, 2011

11.11.2011 - Selamat Pengantin Baru Bancik....

Akhirnya..dua hati bersatu jua - bagai pinang di belah dua, bagai cincin dengan permata, bagai aur dengan tebing bagai malam bertemu siang. Biar apa pun perumpamaannya segunung tahniah dan doa buat adindaku Saiful Adli dan pasangannya Siti Nordima. Moga kasih sayang dan bahgia sentiasa mengiringi perjalanan baru kalian bergelar pasangan suami isteri.

11-11-2011 menyaksikan adindaku aka bancik mengikat janji. Aku melihat wajah mak dan abah - mereka tenang. Aku..? Mengalih pandangan pada bancik yg kini telah selamat bergelar suami orang. Esoknya melihat bancik bersanding....hati aku berdetak. Aku lihat wajah mak..airmata mak bergenang. Aku sebak !!! Mak kata bancik tampak hensem. Yup, bancik mmg hensem...kawen pula dengan pasangannya yg tak kurang menariknya.

Aku semakin melewati masa..dan petang itu aku tinggalkan bancik bersama isterinya. Sempat kami sekeluarga bergambar..kali ini hati aku berganda sedih. Buat kali pertama bancik memeluk erat aku ..dan mencium pipi kanan dan kiri. Ucap kasihnya aku terima...aku menyeka airmata xmau ia mengalir. Bancik...!!! Kamu dah kawen...dan along x pasti kenapa along begitu sedih. Tau xmungkin kehilangan bancik kerana kita akan sering bertemu di hari2 akan datang..tapi melepaskan kamu menjadi ahli kepada keluarga yang lain menjadi suatu yg berat bagi along....dan  juga mak.

Anyway - Selamat Pengantin Baru bancik.

Nov 10, 2011

sophie yg tembam makin pandai senyum da sengih. Suka bangun awal pagi ...beza sangat dengan kakak shasha yang tdo sampai tinggi hari. Sambil melayan sunyi mommy sendiri tengahari ni...mommy nk dedikasi lagu ni utk anak2 mommy shasha n sophie

Nov 9, 2011

Entry lewat sempena Aildiladha


 

Salam sayang buat sumer yg membaca, baru je sampai dari kampung tgh malam tadi...So, selamat hari raya Aidiladha buat sumer. Tiada apa yang luarbiasa hanya abah dan eff yg pegi sembahyag raya. Mommy dan babah uruskan shasha dan sophie yg lewat bangun. Bersarapan dengan nasi himpit dan pulut kuning air tangan mak...mengenyangkan. Berbaloi-baloi ble beraya dkampung dapat pula makan yg sedap2. kali ni mak buat pulut kuning, ada rendang ayam dan daging, nasi himpit dan x lupe kuah kacang.

Mommy yg hidap alahan kulit terpaksa melupakan sekejap alahan tu demi rendang ayam mak. Yg penting makan dulu, alahan belakang cter. Later mommy letak ubat....but siyesly mmg menghadap lepas tu. terus meletus2 alahan kat kulit tangan mommy. Hmmmm...

                                        *********************
Ni nak cter...bangcik akak cicik akan berkahwin tak lama lagi. Memang tak lama...jumaat ni jadik suami org laa dia. So hari isnin malam selasa yg lalu, mak buat kenduri doa selamat, ajak org masjid je dan saudara sebelah rumah tolong mengamin kan . (bak kata mak). Kami adik beradik ni dah berhempas pulas dari siang sampai ke maghrib mengemas umah, memasak dan menyediakan makanan malam tu.

Nak djadikan cter, selesai kenduri main bunga api plak..xcited laa katakan. Bomm !!!! yeay....bunga api warna warni dlangit malam. mommy terus teringat kat sophie yg sedang tidur masa tu...kompom tersentak. Bomm !!! Das yg kedua menyaksikan pakngah sebelah rumah keluar rumah sambil meniting kain pelekatnya paras lutut. mommy memandang dari tepi tangga...terdengar bebelan dsana. "...............................((&%@#%$^&%&)_)** jgn biadap.....)&$()*+)++_))(*(*&^$@!##%^$%&* kau igt kau hebat sangat ??!!!, jgn nak cabar........" pergh, ape kes kau pakngah ?? meroyan ker?? at 1st, mommy akui mmg salah adik mommy abg fakhri main mercun dkat dengan umah dia malam tu, summore pakngah ada cucu yg baru berusia 2 minggu. Fine..!! tapi yg mommytak puas hati bila dia memaki hamun mommy dan yg lain2 masa tu. babah shasha , ayah shoo....memasing mematikan diri. Tinggal angah fakhri yg deliver the sorry.

Berbekas d hati mommy, cerita itu mommy sampaikan pada nenek dan nyata itu telah mbuat nenek juga sedih. apa salahnya jika kami dtegur dengan cara yg baik...kami bukan org luar...tapi anak2 saudara pakngah juga. What ever la pakngah..asal ko bahagia. kami ok jer. Malam itu mommy tinggalkan dengan cter alhijab di astro 1st. Again, mommy tdo depan tv seperti malam sebelumnya. Mommy penat..dan mengantok sangat. Selamat malam dunia bersama isi di dalamnya.

Mommy melihat shasha dan sophie yg tdo di kiri dan kanan mommy. Itu lebih membahagiakan. Babah di pinggir tilam sana....oh, mommy miss u babah. Dkat tapi jauh.....terpaksalah mommy menerima hakikat anak-anak manja sering tdo d antara mommy dan babah nyer.