Nov 15, 2011

11.11.2011 - Selamat Pengantin Baru Bancik....

Akhirnya..dua hati bersatu jua - bagai pinang di belah dua, bagai cincin dengan permata, bagai aur dengan tebing bagai malam bertemu siang. Biar apa pun perumpamaannya segunung tahniah dan doa buat adindaku Saiful Adli dan pasangannya Siti Nordima. Moga kasih sayang dan bahgia sentiasa mengiringi perjalanan baru kalian bergelar pasangan suami isteri.

11-11-2011 menyaksikan adindaku aka bancik mengikat janji. Aku melihat wajah mak dan abah - mereka tenang. Aku..? Mengalih pandangan pada bancik yg kini telah selamat bergelar suami orang. Esoknya melihat bancik bersanding....hati aku berdetak. Aku lihat wajah mak..airmata mak bergenang. Aku sebak !!! Mak kata bancik tampak hensem. Yup, bancik mmg hensem...kawen pula dengan pasangannya yg tak kurang menariknya.

Aku semakin melewati masa..dan petang itu aku tinggalkan bancik bersama isterinya. Sempat kami sekeluarga bergambar..kali ini hati aku berganda sedih. Buat kali pertama bancik memeluk erat aku ..dan mencium pipi kanan dan kiri. Ucap kasihnya aku terima...aku menyeka airmata xmau ia mengalir. Bancik...!!! Kamu dah kawen...dan along x pasti kenapa along begitu sedih. Tau xmungkin kehilangan bancik kerana kita akan sering bertemu di hari2 akan datang..tapi melepaskan kamu menjadi ahli kepada keluarga yang lain menjadi suatu yg berat bagi along....dan  juga mak.

Anyway - Selamat Pengantin Baru bancik.

0 comments :