Mak skang berulang dari kg ke shah alam setiap minggu demi shasha & sophie. Nasib baik lah ada mak, jika tidak tak tau kemana arah mommy nak mengadu, nak meninggalkan shasha & sophie dengan hati tenang. Sekarang, hari2 pun jumpe mak...bila balik umah je mak dah siap masak, dah siap lipat kain, shasha & sophie dah siap pakai baju tdo. Untung ada mak, yang memudahkan hari2 mommy utk 2minggu ini.
Ada mak, malam2 mak minta on kan laptop..mak nak berfacebook. Mak teragak2 mengarah kursor..tercari2 huruf kecil di lappy mommy sambil meredupkan mata melihat perkataan2 yang mak taip d skrin. Makin sukar mak utk membaca dan menaip sedangkan mak dulu masuk skolah trengkas. Menaip, menulis dan membaca bagi mak adalah perkara mudah. Mak sepatutnya jadi setiausaha tapi abah pinang mak awal, seawal umur mak 20 tahun. So mak tak pernah kerja..tak pernah merasa makan gaji, tak pernah merasa mengecap nikmat menerima imbuhan hujung bulan. Mak cuma d rumah, mengemas dan memasak...menjaga serta mendidik anak-anak.
Ada mak, botol air di dapur mommy sentiasa berisi. Tak pernah kering..dan mak mengisi setiap jag dengan air juga. (hik hik....) Pinggan mangkuk pun sentiasa di cuci awal, mak tak bertangguh. Mak kata, mak suka basuh piggan mangkuk. Tak seperti mommy, mommy membasuh pinggan mangkuk kerana perlu basuh dan meninggalkan sudu garpu sebab mommy malas mencuci barang2 yg kecil sebegitu. Kalau babah belikan mommy sudu garpu pakai buang dah tentu mommy suka hati :P
Dengan mak, shasha sering d ajar dengan cara menjawab panggilan dengan baik. Terasa kekurangan pada diri mommy bila dulunya shasha hanya diam atau menjerit bila di panggil tapi kini, shasha menjawab dengan sopan skali.
Dengan mak, sophie tak kenal mana2 babysitter lagi. Dengan mak sophie belajar minum susu formula..tanpa jemu dan penuh sabar mak menjaga dan memujuk. Mommy tau sophie menangis..merengek tak mahu botol susu dan puting latex tu. Tapi mak suapkan juga botol susu tu walaupun sophie menolak..bimbang sophie lapar. Adamasanya sophie lebih rela tdo dalam kelaparan. Mak masih menunggu sophie bangun...dah bila sophie menangis lagi....mak susukan sekali lagi. Sophie dah tak mampu menolak...sophie laparkan sayang. Terpaksalah menghisap susu botol tu..dan begitulah sophie belajar menyusu dari botol dengan mak. Untungnya ada mak..yg sudi meluangkan masa.
Mak semakin tua..dengan 2 cermin mata..satu utk membaca dan satu lagi utk menonton tv. Tak pasti kenapa mak ada 2 cermin mata begitu..kadangkala abah pula berkongsi cermin mata dengan mak. Mak dah tak kuat..seiring dengan usia yang meningkat. Mak sering sakit belakang, sakit kaki tapi masih mak ke sana sini, menguruskan shasha dan sophie.
Terima kasih mak....terima kasih banyak2.