Nasin baik sophie ok jer..tangis pun sementara je. Mommy nenenkan sophie...dan sophie memulakan perangai baru. Mumbling sambil nenen!! Sounds cute sangat...lama dan semakin lama, sophie tetap mumbling. Sekejap sekejap sophie palingkan muka ke arah lain...kemudian kembali semula nenen sambil mumbling. Tiada tanda2 yg sophie ni nak tdo. Mommy buatkan sophie susu formula - takut2 sophie lapar, sebab tu tak boleh tdo. Mommy bukak lampu bilik..nampak muka sophie Terkelip2 mata sophie terganggu dek kecerahan lampu bilik mommy. Sophie senyum jer...mommy kunyah koko krunch atas katil, sophie pun tengok je. Hik hik...sian anak mommy. Kamu kecil lagi sayang..tunggu besar cket bila dah ada gigi boleh kunyah koko kunch jam 3am macam mommy yer. Sophie sengih besar....tak tahan geram, mommy cepat2 habiskan koko krunch dan bergurau dengan sophie....
Jam dah 5am..mommy jeling jam. Sophie ni dari tadi tak menguap pun. Seronok je bermain. Mommy mula mengira2 masa yang bersisa..cukup ke kalau mommy nk sambung tdo tapi nk bangun bersiap2 utk pegi kerja ..terlalu awal laa plak.
Mommy tutup lampu, tarik selimut..peluk sophie dan paksa sophie tdo. Sophie masih membebel-bebel...dan akhirnya mommy pun tertido. Tinggalkan sophie membebel sambil main kaki. Comel ...dalam gelap pun comel. Ahaks...
0 comments :
Post a Comment