Dec 31, 2012

JB and Legoland

Alhamdulillah, perjalanan yang kami mulakan dengan Bismillah...berakhir dengan baik. Selamat sudah kami dalam perjalanan pergi dan balik. Yang kami bawa pulang ...adalah keseronokan dan kepenatan. 


(teaser)

and the story begin....


Dec 10, 2012

Seorang pejuang dan penakluk seperti 'namanya'.

Dah habis november pun....skang dah masuk Disember. Sebuknya saya sampai tak sempat nak bercerita-ceriti di blog ni. Kekadang sayang mengarang blog cuma dalam otak tika memandu. Panjang karangan saya...sampai saja destinasi..saya pun lupa. Kan bagus jika semuanya da siap tertaip dalam blog saya ni.

Ingat lagi cerita saya tentang en.suami yang akan meninggalkan saya dan anak2 kerana urusan kerja d luar negara ? Hehe...cinta hati saya tu dah lama balik, seminggu tiada bersama kami..baru semalam jejak kaki ke Msia..esok nyer urusan luar lagi. Shasha pun dah pandai mengomel..."ish babah ni...asik Penang jer...macamana shasha nk sayang babah...? macamana shasha nak garu...? "

Aduhai shasha..ingat pasal tdurnya saja. Perihal anak dara saya yang seorang ni..usianya bakal menginjak ke 5 tahun depan. Tapi tak malu saya akui - dia masih tdo sekatil dengan saya dan suami. Saya tdo sebelah sini...suami saya nuuuuuuuuuuuuuuuuuuuun jauh di sebelah sana. Di tengah-tengah bintang jula-juli kami yg semakin besar tapi sentiasa kecik di hati babahnya.

Kata shasha.."shasha nak tdo dengan mommy"..tapi mesti nk sebelah babah supaya senang nak suruh babah garu belakangnya. Dari kecil besar dulang tu..(almaklum shasha lahir kus semangat. 3.4kg, so bukan kecik tau) sampai laa sekarang dah besar 2,3 kali ganda dari dulang tu..still nak babah jugak. Bunyi macam anak manja babah..tapi tetap kena marah..tetap kena rotan.

Lain pulak halnya dengan sophie. Berkepit je dengan mommy...cuma sesekali bila sophie nampak babah berdiri depan cermin - sophie suka menjerit 'abah' sekuat hati. Dan saya....sophie cuma panggil dengan 'ma' saja..pendek dan ringkas.

Kesibukan melayan shasha dan sophie buat saya terlupa erti 'rindu'. Saya tak sempat nak smsmsmsms en.suami hinggakan 2,3 kali en.suami saya meng'sms risaukan saya. Usah bimbang....saya dan anak2 ok jer. Tambahan pula saya ada 'father in law' yang tanpa gagal bertanyakan khabar saya tiap hari. Jika bukan dengan voice call pasti dengan mesej ringkas. Pernah satu hati, saya bagaikan di marahi hanya sebab tak menjawab panggilan dari 'father in law'. Terjahnya hanya satu ayat - "handphone rosak ker..?" hehe.....dengan sisa kudrat yang ada lepas penat bekerja dan layan anak2 kecil saya...saya terangkan keadaan sebenar. Sejak itu, saya jawab panggilan dan sms 'father in law' on time. Hak hak..sorry abah. Anak menantumu ini takde pembantu, tunggu anak abah kaya raya boleh gajikan pembantu utk saya sorang dua utk hantar dan jemput saya ke tempat kerja, jemputkan anak2 saya, kemaskan rumah utk saya, basuhkan pinggan mangkuk utk saya, masakkan makan malam utk saya..kemaskan tisu2 kecil yang sophie sepahkan untuk saya, garukan belakang shasha untuk saya, bangun 2,3 kali buat susu botol utk shasha dan sophie......(heheh...)

Sering saja saya terlupa....yang saya mengendong adik shasha dan sophie. Sering saja saya lupa yang saya tak boleh ambil caffein terlalu banyak. Sering saja saya lupa utk makan obimin ....yang saya tau, saya selalu jek lapar. Tambahan pula, hujung tahun 2012 dan bermula tahun 2013..saya perlu meningkatkan tahap kendiri. So betterlaa saya kerahkan diri dari awal.

Susah..? Susahlaa sikit tapi ada orang lain yang lebih susah dari saya. Tapi saya tak bimbang sebab punya 'father in law' yang sangat prihatin itu. Membandingkan kesusahan saya dengan kesusahan orang lain buat saya sering bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada saya. Pada rezeki yang di limpahkan, pada masa yang di luangkan...pada nikmat dunia yang di pinjamkan.

Kita di sini aman, sesekali terdengar dentuman seumpama bom...itu pun sebab merayakan Aidilfitri, Deepavali dan Gong Xi Fa Chai. Dentuman yang meriah...dengan percikan api yang berwarna warni berbeza dengan keadaan saudara kita di Gaza sana, dentumannya membinasakan, membunuh nyawa yang tak berdosa.

Pesan ustazah, setiap yang berlaku adalah takdir Allah. Allah lebih mengetahui. lebih memahami dan Allah telah merancangkan segala hal. Jika takdir Allah menetapkan mereka gugur tika mempertahankan islam...alangkah bertuahnya kerana jaminan syurga telah menanti. Berbanding kita di sini, berbalah kerana perbezaan tafsiran ilmu agama yang akhirnya menyesatkan.

Saya mencari jawapan, susah sangat ke nak tamatkan peperangan ? Seronok sangat ke melihat kematian....bagus sangat ke menjajah kawasan orang ???  Saya tak faham...!!!

Allah tuhanku, jika benih yang saya kandung ini seorang lelaki - jadikannya seorang pejuang. Pejuang ke jalan yang benar...yang tak penah menyesatkan. Yang bakal membimbing keluarganya, kawan2 nya dan sesiapa jua. Jadikan dia seorang yang sentiasa tepat atas paksi Islam sebenar yang sentiasa mengamalkan prinsip ajaran Islam (bukan moderate). Jadikanlah dia seorang pejuang keamanan yang mengagungkan cinta kepada Pencipta, penakluk kebenaran dan keamanan.

Kasih tak perlukan dominasi


"Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku...


Dec 9, 2012

State of Grace

Shasha saya..lain cket. Kalau anak orang lain, umur 4 tahun dah macam2 pandai cakap. Anak saya shasha masih cakap tunggang terbalik. Did i tell u she always messing around with the subject n predicate. Mommy pening, babah tak paham. Sering saja saya yang menjadi translator kepada babah nya.

Saya tahu..satu hari nanti..shasha pasti boleh menutur ayat dengan baik sekali. Cuma saya perlu rajin membetulkan setiap kesalahan ayat shasha..malah sebutan juga.

Akhir-akhir ini, shasha rajin melukis. Rajin juga mengajak adik melukis sama. Si adik, bukan setakat kertas, dengan baju , peha habis sumer di di lukisnya. Pandai shasha...sesekali saya buat lawak dengan melukis gambar peti ais di rumah kami.

Ini pula gambar be-bear. Ada tiga telinga...hik hik. Saya ketawa....Shasha melukis gambar kucing....tepat dengan telinga kecil yang runcing di hujung. Nampak sangat nakal gambar kucing tu. Then shasha lukis kaki...tangan..yang sangat panjang..dan kucing itu telah bertukar menjadi raksasa. Waaaa...amazing !!

Si adik sophie are exploring new instruction now. Sedang saya bergolek2 atas katil bersama shasha dan sophie...saya minta sophie cium saya. Macam biasa ! hanya pipi nya yang singgah ke pipi saya. But the most cute moment apabila kami memanggil namanya...sophie akan mengangkat tangan kanan nya comel tu. Alahai.....mommy bayangkan sophie dalam kelas....cute macam ni juga utk 6 tahun lagi..??