Jun 22, 2011

Shasha turned to 3 on 20th June

Pantas benar masa berlalu...dalam tak sedar, dah 3 tahun mommy & babah jaga shasha. Jam 9.50 malam tadi, genap shasha berumur 3 tahun. Mata yang bercahaya itu masih bulat...bibir yg mungil itu kini makin bebel. Rambut yang berkilat itu kini makin panjang beralun. Shasha da besar sekarang...tetap comel tapi makin nakal. Ada saja tingkahnya yg buat mommy ketawa...terkadang terhibur. Ada kalanya juga shasha terlalu mengikut rasa..tak mahu pula mendengar kata dan mommy mula meninggi suara. Tapi tetap mommy & babah sayang shasha.

Melayan shasha di Jusco iOi Puchong, shasha leka melayan music car. Memusing-musing stereng kereta music yang ligat bergoyang-goyang. Lepas satu kereta ke satu kereta. Babah offer shasha the whole kids department utk shasha but none have attract your intension. Tetap shasha berlari-lari mencari music car kesukaannya dan memaksa babah menukar RM dengan token permainan. Haduyai...


At the end, shasha cuma capai belon dengan gambar mickey mouse yang berharga RM4.90
Alahai anakku..ini saja..? Mommy dah babah ketawa besar...shasha yang kecil memandang pelik. Ok laa..nnt da besar, da pandai minta hadiah..minta kat babah yer.

0 comments :