Jun 8, 2011

This is reason y..

Masa shasha lahir dulu...mommy da baca pamplet kat hospital tentang khasiat susu ibu dan mengapa tak perlu susuli bayi dengan air kosong lepas menyusu. So mommy always teringat tentang pamplet yg mommy baca tu. Alkisahnya bila mommy berpantang rumah mertua, wan shasha selalu suruh mommy bagi shasha minum air kosong tapi mommy berkeras tak mahu. Biarpun ada riak perubahan di wajah wan shasha tapi mommy tetap tak bagi shasha minum air kosong. Orang lain mungkin marah mommy sebab degil tak nak dengar cakap orang tua yg lebeh dulu makan garam...tapi ampunkan saya ibu mertuaku. Mommy tau babah shasha percayakan mommy sebab tu babah tak marah mommy bila mommy berkeras tak beri shasha air kosong.

Hari ni, mommy jumpe satu artikal kenapa bayi tak seharusnya dia beri air kosong. Mommy teringat kisah shasha waktu bayi dulu. Alhamdulillah....ape yang mommy larang utk shasha mmg ada sebab.

Jadi, kenapakah air masak tidak sesuai untuk bayi?
  • Merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik  
  • Ingat, air kosong tidak akan memberi sebarang khasiat kepada anak. Kalau perut anak diisi dengan air kosong semata2 kat mana pulak nak letakkan susu ibu yang khasiatnya tiada tara?
  • Air sekarang belum tentu bersih dari pencemaran. Kalaupun kita tapis guna penapis paling mahal atau yang dikatakan terbaik pun belum tentu bekas yang kita gunakan untuk bagi anak minum air kosong tu bersih.
  • Air yang kotor akan menyebabkan bayi cirit birit.
  • Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dalam tubuh bayi. Bayangkan baby tanpa perlindungan, ntah apa2 macam penyakit lagi boleh terkena pada bayi.
  • Bagi bayi yang jaundis, air kosong yang banyak akan menyebabkan terencat akal dan bagi bayi berusia lima minggu ke bawah, air yang terlalu banyak akan menyebabkan kandungan garam dalam darah cair seterusnya mengakibatkan suhu badan rendah, kembung dan sawan tarik.

0 comments :