Jan 9, 2012

Cerita babah

Mommy jarang cerita pasal babah kan...selalunya babah baik2 jer...pegi keje balik keje. Gurau2 dengan shasha n sophie. Weekend gurau2 dengan mommy plak..ahaks!!! yup..last 2 weeks dah spend holiday kat cameron. Tq babah for spending yr time and yr saving also for mommy n kids. Last weekend, babah ada agenda sendiri - Konvoi ke Penang, bersama teman2 SYM.

Mommy tengok calendar yang babah remark - jelas babah xcited sangat nk join konvoi tu. Kalau boleh mommy taknak babah pegi. Siyesly xtau kenapa..and now mommy tau kenapa para isteri harus percaya kepada instinct. Yang mommy takut..itu laa yg terjadi. Babah accident di Taiping. Sewaktu menunggang scooter besar babah. Nak salahkan siapa..? Mommy tau babah seorang yang cermat bawak motor, sangat terror almaklum laa babah masa mude-mude dulu seorang mat rempit. Dah lama merempit, bila babah keje shah alam babah jadi mat auto sbb babah bawak kete auto. Anak dah 2, babah kembali kersama kuda besi tapi bukan yg seperti zaman bujangnya. dengan kuasa yang sedikit xtra, babah memang melebihi kelajuan biasa sebuah kuda besi. It's normal for rider kan...nk test power katanya. Banyak kali juga babah cerita tentang aksi2 malang yang tak menjadi kepada babah. Mommy fikir, babah sangat bertuah...Allah sayangkan babah. Nothing happen so far sehinggalah hari sabtu lepas. Babah buat drama dengan mommy.

On early morning, mommy sibuk siapkan sarapan babah. Babah teruja nak bawa sarapan - nk tunjuk pada kawan2 nya. Biarpun mommy tak dapat ikut babah..tapi mommy iringi dengan doa dan sarapan buat alas perut babah utk perjalanan yg pnjang itu.Hati mommy sgt berat tapi mommy terpaksa melepaskan....sbb tak sampai hati nk tahan babah. Dari malam sebelumnya babah dah siap susun glove, helmel fullface dan kasut dalam rumah. Mommy perasan babah belek2 helmet fullface yg babah baru beli tu..cantek tapi x padan dengan color scooter besar babah. Tapi mommy diam jer....dalam kepala otak mommy ligat berfikir ape yang mommy nak sediakan utk sarapan babah esoknya.

Mommy lihat babah berlalu pegi...mommy tak senyum...mommy moody. Lantaran ulser mulut yg buat mommy tak selesa dan asyik rasa nk marah je. Mommy tak cakap banyak dengan babah. Mommy igt lagi, mommy just pesan 'ride safely' itu pun dalam facebook. Yang belum tentu babah baca,,,

Jam 2pm..babah pesan babah akan update lokasi thru facebook with picture uploaded. Ok..sesekali mommy login to fb nk tau cerita babah. 4pm....mommy tengok fb lagi tapi tiada apa2 yg terbaru. Mommy find babah thru frenfinder...setelah 2 jam, babah masih sekitar kawasan yg sama. tak bergerak ?? Mommy sms babah.... > tiada reply. mommy fikir babah is riding...maybe later babah akan reply.

It was just a few mins later on - babah call dan bagitau mommy babah accident. Mommy senyap ! Mommy tak tau nk tanya ape pun..mommy dengar suara babah..yup, still babah yang bercakap dengan mommy. Mommy assume babah cedera ringan jer...

My mother in law call - father in law pun call..my mother call. Mommy resah sangat. Babah jauh kat taiping, mommy ada 2 anak kecil dan mommy tak pasti macamane mommy nk bawa 2 org ni utk jemput babah. Nenek call dan bgtau tangan babah patah....tapi babah tak bagitau apa2 pun pada mommy. Mommy tgk jam - 8pm. Perjalanan mungkin akan ambil masa 3 jam tapi bersama 2 anak kecil ni pasti akan jadi lebih panjang. Adik perempuan mommy ada bersama tapi mommy tak sampai hati nk susahkan dia yang sedang berbadan 2. Kalau mommy di tempat suaminya, mommy takkan benarkan dia memandu sejauh itu. Mommy menahan diri..mommy mencari sesorang yang dapat jadi peneman mommy. Akhirnya, suami adik mommy sendiri pendekkan lawatan kerjanya demi mommy dan abg iparnya. Mommy jemput uncle sayf jam 2am di serdang dan bermalam di rumah sri muda, Mommy tak boleh tdo malam itu, mommy fikirkan babah. Dapatkah babah bangun ke bilik air, dapatkan babah pegang gelas utk minum air. Dapatkah babah tdo dengan kesakitan itu. Mommy pandang kain pelekat babah atas katil - mommy selimutkan shasha n sophie bersama. Tdo lena sayang, esok kite jemput babah yer.
                            ***************************************************
Ahad pagi, mommy terkejut dek panggilan telefon.  Mommy terlena rupanya. Mommy bergegas utk bersiap tapi panggilan dari adik babah buat hati mommy sangat sakit. Mommy tak sabar nk jumpa babah, mommy nk peluk babah, mommy nk cium babah. Mommy tau babah perlukan mommy .....mommy berkeras utk pergi walaupun adik babah willing to drive to taiping utk jemput babah. Mommy call babah dan update babah tentang itu - babah sayang ! Nampak sangat kamu perlukan saya kan....Ketara sangat kamu taknak org lain yg datang jemput kamu kan.....Babah call adik babah dan batalkan plan tu. Babah minta mommy teruskan perjalanan spt rancangn awal. Mommy bertolak....dengan hati yang gembira tapi sakit...sakit sbb bakal tengok babah dalam keadaan yg sakit.

Perjalanan itu mmg panjang...dan mommy asyik menghitung waktu...membaca papan tanda..mengira km utk sampai ke Taiping. Mommy nak cepat...tapi jentera persona dah buat sehabis baik, dan uncle sayf yg memandu perlu juga berhati2 kerana bawak mommy yg ada 2 org anak kecil dan isterinya aka adik mommy yg sedang berbadan 2. Banyak nyawa yang dpertaruhkan demi satu lagi nyawa yg jauh dari mommy. Dalam hati...mommy berbisik pada Allah....selamatkan lah perjalanan pergi dan balik mommy ini. Permudahkan lah segala urusan mommy hari ni.

Cuaca baik saja - anak2 mommy pun berkelakuan baik hari ni. Shasha tak menangis masa mandi pagi, malah shasha tak sabar nak jumpa babah. Sophie....mommy tukarkan pakaian saja, mommy tak sampai hati nk kejutkan sophie yang sangat lena (well, u're sleeping baby dear...)

Mommy sampai satu tempat asing yang tak pernah mommy jejak selama ini. Tapi hari ni mommy sampai kerana org yg mommy sayang ada kat sini - tertinggal sepi tanpa teman. Mommy mencari  rumah..mencari babah...dah mommy ketemu babah dalam kead duduk di sofa usang. Mata babah redup saja..pasrah dalam kelukaan dan mommy dah pun menitis airmata. Mommy peluk dan cium babah....luka babah menyakitkan hati dan mata mommy. Babah senyum melihat shasha dan sophie....dan shasha sekadar memandang kosong. Babah tak seperti biasa ye sayang..babah minta shasha cium ...tapi shasha menolak. Kata shasha.."taknak lah, babah comot !!!" Hak hak hak...babah ketawa....mommy senyum marah. Sampai hati shasha cakap babah macam tu.

Babah bercerita tentang aksi hero babah, terhempas ke tengah jalan...jeans yg koyak dan kulit terdedah ke lantai jalanraya, jam tangan yg menghiris pergelangan tangan babah, helmet yang menhentak muka babah menyebabkan mata babah berdarah di dalam ...pipi babah bengkak. Hidung babah berdarah...hujung cerita, babah kata - nasib baik babah pakai fullface helmet, jika tidak - dah tentu pipi, dagu dan muka babah jadi mangsa. Melihat helmet baru babah tu....mommy tau, lukanya pasti lebih parah tanpa ia. Anyway, lucky babah wearing u even mommy tempelak dengan color yang tak sepadan dengan color kuda besi babah. Namun, sehingga saat cerita ini mommy taip - mommy tak pasti dengan status scooter babah. Tersadai di rumah kawan katanya, how we gonna get it here mommy tak pasti. Biarlah org lain yg uruskannya....yg penting mommy nk bawa babah balik shah alam.

Perjalanan balik mommy terasa saaaaaaaaaaaaaaaangat panjang. Melihat sorang2 mula meninggalkan mommy memandu sendirian. Sesekali terdengar sophie merengek dan setiap kali itulah babah memaksa dirinya membuka mata dan mengagah sophie - dan sophie ketawa. Babah tak larat sayang..dan kamu masih mengharap babah bergurau senda yer....? Mommy memandu...sedetik mommy hilang dalam jaga. Sedetik yg menakutkan mommy - dengan speed 140 km/hour. Mommy mengira km utk persinggahan kami yg pertama.

Mommy membiarkan babah merokok, berdiri di sisi kereta dengan tshirt starbuck dan berkain pelekat. Mata2 asing mula memandang babah....mommy minta babah habiskan merokok segera utk makan ubat. Mommy terpaksa membawa sophie utk beli minuman dan air sementara shasha meneman babah. Sesuatu yg biasanya dilakukan oleh babah tapi hari ni, mommy yang menguruskannya sendirian. Mommy lapar....mommy tau babah juga lapar tapi tiada satu pun yg suit dengan babah lantaran keadaan babah yang sukar mengunyah. Melihat babah mengunyah pau putih itu dalam keadaan terseksa. Mommy menyusukan sophie - kasihan anak kecil mommy ni yang terpaksa pula sendirian dalam babyseat nya. Mommy tau sophie tak suka..tapi mommy terpaksa. Selesai susukan sophie mommy menguruskan shasha pula utk makan dan minum. Syukur Allah memudahkan urusan mommy petang itu - anak2 mommy tak pula meragam ..seakan memahami. Terima kasih shasha & sophie. Babah sayang...kamu berdengkur tika mommy sibuk menyusukan sophie, kamu berdengkur tika mommy menyuapkan shasha makan. Mommy lega babah dapat terlena.....dan mommy biarkan babah terus terlena seketika......mommy mula menyandarkan belakang. Merebahkan kepala seketika dan melelapkan mata - jauh lagi perjalanan ini. Akhirnya mommy terlena tapi hanya seminit dua sehingga panggilan Atok Uban yg bertanya mommy di mana. Mommy update lokasi and estimated arrival time dan atok uban segera mengeluh ! (maafkan saya abah...saya bergelut menguruskan suami dan anak2 saya di sini..saya tak mampu utk tiba segera...saya tau abah nk jumpa anak kesayangan abah..saya tau abah juga bimbang ...tapi berilah saya masa dan ruang utk bernafas sekejap...) Panggilan itu tamat....dan mommy menghela nafas yang paling panjang dalam hidup.

While people averagely took 10min in RnR but we took more than 1 hour...dan perjalanan di teruskan lagi TANPA next pit stop. Yang terang kian gelap...shasha dan sophie satu persatu meninggalkan mommy bersama selimut dan lena panjang. Babah pun begitu. Sekali dua babah bertanya adakah mommy OK dan mommy hanya mengangguk biasa. Mommy melihat papan tanda, melihat masa dan mengerling speedometer. Still long hour to go....

4 jam berlalu dan akhirnya kisah ini tamat dengan selamat. Mommy selamat sampai bersama anak2 mommy; shasha n sophie serta babah. Tika inilah mommy melepaskan babah kepada ibu bapanya. Dan mommy melepas lelah seketika di dalam bilik. Menangiskah mommy....penatkah mommy..... Shasha memandang seakan mencari jawapan.. Tidak sayang, mommy cuma lega......


P/S : Buat zatul dan sayf, zillion trimas utk kalian yg sudi meluangkan masa dan tenaga bersama along. Terima kasih zatul sebab sudi melayan lara hati along sepanjang  perjalanan pergi itu, terima kasih sayf kena memegang amanah along niza utk memandu kereta dengan selamat membawa along dan anak2 along. Kamu adik2 yg hebat...yang berkongsi rasa hati dengan along. Terima kasih dari along yg tak terhingga - zatul & sayf, consider yr self been warmly hugged from along, along niza, shasha n sophie.

0 comments :