Shasha sering memanggil Sophie dengan nama 'pari-pari taman'. Cute sgt !!! Pernah sekali dia datang kepada saya...
shasha : "mommy..nampak ni ?
mommy : huh ??
shasha : nampak ni shasha punyer terbang ...
mommy : owh ..shasha punya sayap pari-pari eh..?
shasha : haah...shasha nk terbang ni..!
ok, skang da parah ! Dah ada sayap pari-pari plak. At the moment, saya layankan jer. sampai masanya shasha perlu tau bukan nama pari-pari yang shasha perlu amik tau tapi nama malaikat sayang !. Bukan tajuk cerita dongeng sayang...tapi nama2 nabi kita.
Saya kasihkan shasha tanpa syarat...biarpun dengan kisah fantasinya. Yang kadangkala memeningkan kepala saya. Saya kasihkan sophie ....yang tembam dan menjerihkan saya untuk mendukungnya. Budak tembam ni makin lama makin semangat ..dan sarat dengan kelaku yang menggelikan hati saya.
Saya kasihkan babah juga...tapi ....(sengaja mencipta syarat ?? ) Tak tak...saya tak mencipta syarat yang tak logik. Saya tak mencipta syarat demi kemewahan harta...saya tak mencipta syarat demi apa-ape pun. Terasa hati kot...dan saya mengambil masa seharian utk 'cooling down'. Kembali cair dalam cinta dan kasih sayang antara kami.
Babah pesan, kita sentiasa di dampingi oleh Malaikat Qarin yang membisikkan kebenaran. Terpulang pada kita untuk membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.
Rasulullah s.a w bersabda :
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah saw keluar dari rumahnya (aisyah) Aisyah berkata "
"Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim )
Mungkin saja saya cemburu...dan mudah saja fikiran-fikiran negatif itu bertandang. Astaghfirullah....
Bismillah....saya mahu berfikir hari ni....pimpin saya dengan kebaikan saja.