Jan 4, 2013

Usah bimbang sayang

Sering saja dalam kehidupan, kite sering d salah tafsirkan. Sedangkan kita tak bermaksud sedemikian. Kadangkala saya buntu memikirkan jalan terbaik memuaskan hati semua pihak..sekurang-kurangnya satu pihak ni. Tapi tak pernah ada jalan penyelesaian. Sering saja...ianya berakhir dalam diam, tanpa jawapan...dah akhirnya saya sering saja mengulang perkara yang sama.

What if, setiap apa yang saya fikirkan tertaip terus di dalam awan kepala saya... (macam dalam komik). Kalau saya marah sekali pun, saya tak perlu lagi bagi penjelasan..kalau saya tak marah...saya dapat bagitau yang saya tak marah..dan kalau saya berpura2 sekalipun....saya tak bersalah kerana sengaja berpura2 dengan menidakkan perasaan sendiri.

Hidup manusia sememangnya kompleks. Dari saya lahir....mak abah kadang2 terlupa apa keperluan sebenar saya pada waktu ini..sebabnya, saya ada adik2 yang masih kecil. Keutamaan mereka terbahagi, panca keprihatinan kadangkala terhalang menyebabkan saya terkemudiankan. Dah biasa ! Anak sulung bila ada adik kurang setahun selepas itu.

Bilamana saya dewasa dan berkahwin, keutamaan saya terarah pada kerjaya, rumahtangga dan anak-anak. Mood mudah terganggu...dengan hal kesihatan dan karenah anak2. Itu tak termasuk karenah bapa kepada anak2 saya tu. Aduhai....


Sering saja saya terlupa, kadangkala orang paling dekat dengan kita adalah paling manja berbanding anak kecil kita. Berlagak perkasa dan sasa tapi sering saja kalah dengan hujan setitik dua. Bila tak sihat nak pula di tatang penuh mesra. Sering saja kita terlupa yang dia juga perlukan belaian sama macam dulu..sebaliknya kita mahukan dia menjadi dewasa....apetah lagi dia sememangnya dewasa.

Mimpi saya tak lagi di datangi bayangannya...kerana kita sering kata - alah ! Dia ada depan mata. Tapi dia sering berkata...saya tak lagi melihat dia seperti dulu. Bahkan saya yang tak melihat dia. Saya terdiam terpaku. Apakah kerana terlalu leka ..sehingga terlupa ada jiwa yang tersiksa.

"Usah kau bimbang sayang, dimana ku berada. Dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya.... "

Allah memberikan saya satu hati...dan yang satu itulah untuk kamu. Cinta yang ada ini memberikan saya kehidupan...dan kehidupan yang saya inginkan hanya dengan kamu. Usah bimbang sayang....yang saya ada kini pun, semua untuk kamu ...dan bersama kamu.



0 comments :