Tapi skang..dh macam-macam jenis tudung. Lilit sana-sini, macam-macam jenis lilit plak tu. Pernah juga saya rasa tak selesa di leher, macam tercekik. Susah pulak nk gerak-gerak kepala kiri dan kanan.Adeh..siksanya nak cantek !!
Beberapa helai selendang yg saya beli..terbiar lesu tak berpakai. Suatu hari, dah sampai masa...bukan sebab nak bergaya sangat tapi dah emergency takde tudung yang boleh saya padankan dengan outfit ke pejabat pagi tu. Nak tak nak terpaksa jugak lah saya 'melilit'.
1st time lilit....."eh ainn.....awak nampak lain hari ni...?" Hehe..saya cuma meleret senyum. Malu !!
Dan kini, setelah beberapa kali jugak lah saya lilit selendang kat kepala......satu malam en suami ....FINALLY BERKATA "suke tgk u pakai selendang purple tu...cantek jugak"
Aduhai....org lain puji saya tak heran dowh. En suami puji semakin membuak2 perasaan nak melilit tudung pelbagai cara. Tapi dengan syarat tak menyiksakan diri sendiri. Hahaha...
pic sekadar hiasan ~ ehsan mr google |
Duduk sembang-sembang dengan en suami, saya selalu kata..kalau saya duduk rumah jadi housewife ~ mesti saya tak cantek coz tak sempat nak berhias. Seriously. Si dia hanya senyum...*mungkin dia juga mengakuinya tanpa berkata apa-apa...ye laa, bimbang nnt sakitkan hati saya. Hmm..saya tau !!
Pernah jugak weekend permai saya...saya mulakan dengan awal. Mandi dan berhias cantek-cantek. Pakai skirt labuh dan blouse lengan pendek. Sampai masa, anak-anak bangun.....amik turn mandi, saya jugak jadik tukang mandi. Skirt labuh yang berayun-ayun tu dah lencun terkena air. Almost tengahari, kena start memasak....potong-potong bahan masakan...goreng itu dan ini..tak sedar tangan yang berminyak tu saya kesat kat skirt lawa saya. Tak sedar waktu menumis cili boh, percikan merah2 dah terkena kepada blouse saya. Dah siap pakai perisai apron dot-dot pun..tetap tewas jugak. Plus Malaysia skang kan cuaca panas.....berpeluh2 kat dapur, lencun plak blouse saya dengan peluh. Hadui...mekap makin cair. Nak kesat mata pedih dik cili boh tadi pun tak dapat, bimbang rosak eye liner yg saya dah oles kat mata. HUWAAAA. susahnya nak maintan cantek !!!!!
So..on weekend..i always greet my husband...."Sorry B, hari ni ainn tak cantek...tapi lunch dah siap. Jom makan..."
I shall be thankful, di kurniakan lelaki yang tau di mana mau meletakkan erti 'cantek'. Lay back..relaxkan diri. Cantek kita...cantek dia...bukan pada paras rupa tapi pada sesuatu yang lebih bermakna dan memberi erti. Hiasi kehidupan dengan kasih sayang...bagi saya, itu lah cantek diri dan hidup sebenar.