Tiba-tiba nk bicara tentang syakwasangka...? ooh memanglah terasa sungguh pelik kerana tiada angin tiada ribut...tiada bah tiba2 pantai berubah ?
alkisah, telah tertulis perjalanan hidup ini diteruskan dengan kehadiran lelaki dan perempuan. Yang satunya menjadi pasangan....yang bakinya mungkin menjadi kawan...dan sebilangan lain menjadi manusia yang tidak di kenali dan sebilangan kecil itu pula menjadi kebencian sepanjang hidup.
Bagi diri saya...yang tidak jelita..yang tidak menawan...yg tidak menonjol sama sekali, apa sangat lah yang boleh menarik perhatian. Hati terdetik, kebimbangan yang tiba-tiba ? Mengapa..?
Setiap kali langkah meninggalkan si dia..pasti bermula dengan salam selamat tinggal. Tapi perasankah anda, apa yang ada dalam hati dan perasaan. Ustaz kata - jika perlu berjauhan lebih dari sehari...maka berpeluklah anda suami dan isteri..semoga kerinduan dan kasih sayang itu senantiasa mengeratkan hubungan. Anda buat ?
Argh malu..atau ia cuma buang masa. Atau ia cuma perkara yang tak perlu ? Tak pernahkah terfikir dalam hati, selama mana kasih sayang, cinta dan rindu boleh kekal pada tahap yang sama. Seumpama baru berkahwin semalam...
Ujian yang datang tanda Allah sayang...tanda Allah bagi reminder tentang sesuatu. Hmm...kenapa masa sedih baru ingat Tuhan. Kenapa masa tiada arah baru nak berpaling muka mengadap tuhan. Kenapa ketika susah dan miskin baru nak menadah tangan meminta-minta dengan Tuhan.
Mengeluh....nafas paling panjang dah terhela. Namun masih terasa penat. Berehat sambil makan aiskrim dalam bilik ber air-cond pun tak mampu menyenangkan.
Oh tidak....diet atkins saya makin hancur. stress menjadikan saya lapar...saya nak makan makanan sejuk..yang manis. Hari ni mungkin tak mengapa..esok lusa diet semula. Atau Tuhan dah takdirkan saya gemok dengan stress yang tak habis-habis ?
Salah saya..jika muka ni tak manis dengan senyuman, salah saya jika suara saya tak merdu dan halus menyantun kata, salah saya jika jari saya tak mulus mengurus kerja. Salah saya jika langkah yang teratur tak lagi gemalai. Salah saya juga jika saya semakin lupa....yup, i notice i lost my words when talking.I lost my brain when thinking.
Back to Allah, bersangka baiklah. Even the reality show you the other side instead. Kita cuma manusia, yang cuma berlagak pandai...yang cuma berlagak baik..yang cuma berlagak bagus. Namun dengan izin-Mu, jika langkahku ..jika tindak tandukku ...jika kata-kataku mengarah kepada kebaikan maka permudahkan.
Jauhkankah aku dari syakwasangka...dari kesesatan..dari racun fikiran yang menyusahkan. Its good to know...i'm stronger enough to be a women. Growing older makes me more mature.Or should i say, all the struggle i had turn me into survivor.
Saya mungkin dah penat nak kekal cantik..nk berseri kunun..padahal ia tak pernah menjanjikan apa-apa. Cukuplah cantek dari dalam hati, kalau manusia tak nampak tak mengapa Allah kan tau. :)