Saya cuma diam...bisu. Cuba mencari kata-kata yang sesuai tapi neuron otak saya tak berfungsi dengan baik ketika itu. Tunduk. Masih saya mencari ruang untuk berdiri...tapi seriously saya tak mampu. Benarlah saya bersalah...fokus teralih dan hilang. Sesat dalam terang.
Maaf. Saya sendiri tiada kata-kata. Dan akhirnya saya berlalu. Marah..terasa sangat marah, tapi pada siapa? Diri sendiri. Saya nak menangis..tapi saya tahan. Sebak yang menyesakkan dada. Saya mencari sebab untuk bangun dan berdiri...saya mencari alasan untuk terus teguh dan utuh. Tapi rasa ini buat saya mahu pergi...lari......jauh dari semua yang menyusahkan.
Sekali lagi airmata tumpah. Janji dan cita-cita itu semakin jauh dari dalam hati. Saya rasa nak berhenti saja tapi saya ada keperluan..saya juga ada kemahuan.
**********************************
Tangannya ligat membasuh botol susu....tiga! Yup...3 botol susu silih berganti di basuh si dia. Dia cuma diam..saya tak menantikan apa-apa jawapan. Plus i'm not even giving him a question to be answered. Tapi kata-katanya beberapa minit selepas itu....
"sometimes, we make mistakes to help us to lift up better. It's OK to feel what u feel"
Hati saya pecah. Mata yang dari tadi berkaca....kian basah. "mommy kenapa...?" Soalan shasha saya sambut dengan jawapan 'sakit perut'.
Pernah rasa lega..? pernah rasa diri di sayangi..? pernah rasa hati luka sembuh tiba-tiba ? Pernah rasa tak peduli ape masalah dunia...asalkan si dia ada bersama...? SAYA RASA !!
Ucapnya cuma beberapa ayat, tapi itu lah rahmat. Terima kasih B. Kamu buat saya berdiri dan melangkah semula. I'll do it better this time.
0 comments :
Post a Comment