Sep 5, 2013

Nadaa si embun

Kisah nadaa si embun saya ni... Umurnya baru nak menginjak ke 4bulan ..pertengahan bulan Sept ini. Berat..almost 6kg. Minum susu ibu topup dengan susu formula. Makan...belum lagi..tapi makan angin selalu !! Nadaa dah pandai main hayo (bak kata sophie)  - maknanya air liur. Menceceh air liur sampai basah dada. Since Nadaa ni agak tembun lewat masa ni...hinggakan tak nampak lehernya...maka timbullah ruam-ruam kecil yang menghiasa kulit gebunya itu. Sapu ubat..lepas satu saat...leleh lagi hayo si nadaa ni. Haduyai..


Pandai sengih....mmg tak terkira banyak sengihnya. Pendek kata, nadaa ni suka sangat senyum dan sengih dari umurnya sebulan . Sekarang dah pandai nak ketawa pulak. Wah, pantasnya...esok lusa tetiba dah bercakap jek.


Alkisahnya si nadaa ni, saya tak pasti apa kesukaannya. Kalau si kakak shasha suka di gosok belakangnya jika ingin tidur lena. Sophie pula lebih suka di tepuk bontotnya...tepuk lebeh cket pun takpe...sophie ok je. Nadaa...? hmmm.....gosok tak kena, tepuk tak kena....tapi kalau bagi nenen, mudahnya lenanya. Maknanya....nak tdo dalam kenyang laa ni..?

Perihal anak..macam-macam kan. Seribu tahun pun cerita tak habis. Esok lusa ada lagi cerita baru nadaa, nnt dah besar ..masuk skolah ..masuk kolej..citer lain plak. Dah kawen..still ada citer lagi. Uiii..banyaknya citer..sampaikan saya rasa, kalau jadi mak ni..takyah baca paper pun takpe. Dapat update pasal anak2 pun dah pening kepala. Ini baru 3..umur tak sampai setahun jagung...tapi perangai.....

Shasha - kadangkala dia bawak balik cerita di pukul kawan skolah di bahagian mata. Babah pula dengan selamba bertanya "kenapa shasha nangis....lawan laa balik Shasha korek balik mata dia !! " Mommy tanya...."shasha buat ape lepas tu..shasha nanges je..?" Shasha jawab " dia cakap maaf....pastu shasha salam dia tapi tak kawan"

Sophie - sejak masuk nursery baru dia dah ada style menangis yang baru. Asal marah cket dah nanges. Air mata berjurai-jurai macam kena pukul. Berdiri satu tempat tak nak bergerak plak dah. Klau tak pujuk..nangis sampai muntah. Sigh...macam ni punya tunjuk perasaan pun ada.

Sep 2, 2013

Hantu kata adik comey !

Kasihan anak mommy sophie yang demam pula hujung minggu lalu...dan masih berlanjutan sehingga cerita ini di tulis. Dah lama sophie tak demam....selalu sophie happy go lucky...banyak mengomel..banyak berlari-lari, banyak berjoget...banyak makan...tapi kali ni, sophie banyak diam dan tdo saja. Hati mommy mane yang tak gundah. Terasa sunyi hari-hari mommy dik.

Hari kami di Penang tidak begitu menarik....matlamat awal bukanlah nak bercuti sempena merdeka pun, cuma saya dan anak-anak je yang sengaja menyibuk. Tak sangka pula, babah nak bawa kami semua. So, dah kata pun menyibuk...babah pegi dinner..kami melangok dalam bilik hotel. Shasha dan sophie sebuk bergaya depan cermin. Nadaa....dah kenyang nenen, tdo berbungkus dengan selimut hotel. Saya...? Mengantuk masyaAllah tapi tak boleh tidur memandang jula-juli saya berdua tu tak boleh duduk diam. 

Tengah malam baru berpeluang cari makanan...teringin nak rasa Nasi Kandar Beratoq tu...tapi perut dah tak tahan. Asik nenenkan si Nadaa tapi mommy tak makan pape pun dari tengahari. Argh..lapar giler...dah sampai tahap kebulur dah rasanya.

Tengah malam dalam bilik hotel..saya berguling-guling dengan si sophie. Melayan rengekannya sekali-sekala. Sophie ni suka sangat memeluk saya..kadang-kadang tak semena2 dia datang dah mencium saya. Saya tengok mata sophie..sian dia. Mata asyik berair je. Pipi sedikit merah...terasa bahang dari dalam badan. Mommy tak bawak ubat...seven-eleven pun takde jual PCM syrup. Klinik kat Georgetown pun banyak yang tutup sempena malam merdeka. Aduhai...

Tiba-tiba....
sophie : "mommy...hantu.."
Saya : "huh...hantu ? Adik nampak hantu ke...camane rupa dia..cantek ? Hantu tu cakap ape ngan adik ?"
sophie : "COMEY."

Hak hak hak..pecah perut saya gelak dengan babahnya malam tu. Hantu pun nak kata adik comey...biar betul. Saya buat lawak dengan babah sophie keesokan harinya..."agaknya sophie kena tegur dengan hantu...kata dia comey..terus demam kot"


Aug 29, 2013

Nursery baru

Salam lebaran,

Lama giler tak post cerita. Saya ada banyak cerita tapi takde masa...bila ada banyak masa tapi tak sempat nak menaip. Bila dah ada depan lappy...dah takde idea nak bercerita plak. Hari ni saya bosan....nak bercerita plak ..!

Minggu raya...biasa-biasa je since tak boleh raya lelama. Almaklum lah, saya dah cuti 3 bulan sebelum raya..nak extend cuti, boss plak dah buntangkan mata. Hehehe....so saya beri peluang pada kawan-kawan yang lain  bercuti. Hari ke5 Syawal saya dah masuk kerja. Sigh !

                     *******************************************************
Syawal kali ni kami ber5.. saya dan suami, then ada shasha, sophie and nadaa. Yup..nama baru dalam cerita2 saya yang akan datang - nadaa!! Bercerita tentang nadaa..alahai buat saya tenang saja. Setenang namanya, nadaa tak pernah menyusahkan saya (mungkin saja belum masanya...hahaha). Seusia 3 bulan, nadaa saya tidurkan dalam babycot nya. Selesai nenen, nadaa tidur lena dari tengah malam hinggalah ke subuh esoknya. Jarang sekali nadaa menangis memanggil saya. Syukran nadaa, kamu memudahkan malam mommy, mudah untuk mommy bangun awal keesokkan harinya. Mudah nak uruskan segalanya untuk kamu dan kakak-kakak kamu. Alhamdulillah....

Nadaa dan kakaknya sophie saya hantar ke nursery yang baru. Yup.. i have divert them from babysitter to a nursery. Babysitter terdahulu banyak sangat ambil cuti, dan saya sering terperangkap dengan mc dan EL. *Sorry boss,  this should not been publish to public but i hope, u dont read my blog. :P

Seperti biasa, hari pertama hingga ke3....nadaa dan sophie berada separuh hari saja di nursery. Tengahari pula, atok dan nenek akan datang ambil.(acara pujuk memujuk tok abah dan nenek datang shah alam telah bermula seminggu awal - nasib baik nenek setuju, Itu pun sebab cucu ! )

Nadaa biasa-biasa saja, baru 3 bulan...tak tau nak express nak bagitau tak suke di hantar ke nursery. But for sophie, saya sedikit bimbang. Hari pertama..saya dah siap mandikan sophie...tinggalkan sophie dengan pengasuh yang baru buat saya double bimbang. But as i fetch her up on the afternoon, sophie just doing well. Tak nanges pun...but as soon nampak terus menjerit-jerit nama 'mommy...mommy.....' macam dah bertahun tak jumpa. Even today, dah  3minggu sophie dengan nursery barunya..she still crying..but just a bit. 10 langkah saya tinggalkan dia...sophie dah pun bersama rakan-rakan sebayanya. Comel sangat !

                                       Ini pagi pertama Sophie...dengan aksi pakai kasut sendiri.

Jul 24, 2013

Shasha and Zoo Negara


My last visit to Zoo Negara when i was 7 years old..and then, here i came with my kids. What a great memory to recall....tika kali pertama abah bawak masuk zoo negara. Jakun...coz tak pernah tengok gajah...zirafah depan mata. 

Here again, anak-anak saya sendiri terkaku melihat gajah dan zirafah depan mata mereka. 



Polpero sek.7, shah alam

Teruja nk mencuba makanan barat selepas tgk jalan2 cari makan membawa saya ke polpero, sek.7, shah alam. Puas saya dan suami menggoogle alamat...login fb jalan2 cari makan ..dan alamat yg tertera membawa ke satu destinasi yg BUKAN POLPERO. Oh..jahat laa hacker tu. Letak alamat kedai lain dalam post di jln2 cari mkn. Yg tertipu adalah saya dan kleuarga saya !!  Mungkin ada yg lain juga....

Tindakan yg bijak tapi sungguh tidak pro. Edit alamat kedai sendiri kat pages tu..dengan harapan jumlah pelanggan ke kedai anda bertambah..gitew ??

Bagi mereka yang frustrated lepas pusing2 setengah jam kat Jalan Kristal tu, mesti berakhir dengan western restaurant yg mengaku polpero...but for us, gagah juga mencari dengan bertanya dengan budak kedai 7e berdekatan.

Finally..jumpa jugak ! Well said...usaha tangga kejayaan.




Taste review : Biasa-biasa jer...