Dec 15, 2011

Adik nk masuk politeknik

3 hari lagi..adik nk lapor diri kat politeknik Behrang, Perak - akhirnya setelah bising mulut mak dan kakaknya mbebel suruh dia isi borang. Borang da tolong isi pun malas jugak nk sign. (sigh !!) Susah betul melayan adik lelaki bongsu ni, tau nak senang jek. Sumer nak orang tolong buatkan. Kalau nk tunggu dia buat..alamat mengamok lagi laa mak dan along nya ni. (sigh lagi !!!!)

Selepas berjanji dengan mak utk belikan adik baju melayu hitam ( keperluan sebelum register - mengada2 betul politeknik ni. macam2 plak yg dia nak..kemeja laa, slack hitam laa..baju melayu hitam laa, neck tie laa, kemeja-t laa, ) malam tadi terpaksa  mengusung si kecik fifi dan kakaknya shasha ke puchong mencari baju melayu hitam tuh. Separuh bimbang jika tiada saiz yg berkenaan...akhirnya. ! Jumpe jugak - melayang 1rat demi baju melayu ni. Mahal sungguh baju melayu tatkala membeli dluar waktu bulan puasa ek. kalau musim nk raya tu..baju melayu murah2 jek.

Selesai satu masalah.

0 comments :