Dec 25, 2011

Shasha..shasha....

Jingling bell kat shopping mall jer..tengok sana sini orang pakai sarung kepala color merah dengan bulu halus color putih di hujungnya. nampak menarik dan aku tertarik. Mmg dabomm !! Mommy tak ramai kawan yg celebrate krismas so tiada ucapan yang mommy sampaikan tahun ni.

Facebookwalking menemukan mommy dengan sesuatu..dan tiba2 mommy terfikir banyak perkara. Tidak! mommy bukan cuba untuk menjadi manusia yang liberal dalam hal2 agama, mommy akui Islam itu agung dan Allah Maha Esa. It just that mommy melihat terlalu ramai melayu yang berpakaian, yg berjimba jumbi dengan pakain/topi merah malam tadi. Ada yang sekadar mengikut tema, ada pula yang memenuhi tuntutan kerja. Bagaimana pula dengan mereka...?

Hmm..Allah Maha Mengetahui kan..?Allah tuhanku- if i wrongly said this, please forgive me. Ku mohon keampunan kerana berbicara tentang ini. Semakin menginjak ke tahun baru, semakin mommy dewasa. Yup, ayat penyedap kepada mommy yang semakin tua. Semakin mommy perlu menjaga kata dan perbuatan sebab mommy punya 2 anak yang sering meniru apa saja yg mommy buat. Terutamanya shasha - adik sophie kecil lagi, so sophie buat perangai dia sendiri jer.

Shasha yang makin banyak bebel sering mengulang permintaannya tanpa henti. Ada masanya,mommy rimas dan lemas. Lakunya yang mengundah marah selalu je buat mommy meradang tanpa mommy sedar, shasha teruja utk bertanya, bercerita dan buat sesuatu bersama mommy. Terfikir keadaan nenek shasha di kampung , yang masa mudanya habis dengan membesarkan mommy dengan  adik2 yang lain. Mommy lahir masa nenek berusia 21 tahun. Muda sangat kan....then usia 22tahun dapat adik mommy pula. Selang 2 tahun kemudian dapat lagi sorang. Aduhai, mommy yg cuba membayangkannya pun da terasa pening dan penat. Mommy baru ada 2 orang - shasha yg sedikit dewasa yang boleh juga bantu mommy ambilkan itu dan ini.Wow..penat penat penat !!!

Hari ni, shasha buat laku lagi. Kali ni berebut stroller dengan adik sophie. Ending up dengan shasha yang landing 'baik punyer' dalam stroller dan adik sophie berdukung dengan mommy. Aduhai anakku, bahu mommy dah terasa pedih2 dah ni....almaklumlaa, adik sophie buat sekilo dua sayangku. Berkilo-kilo. Terasa lenguh lengan tapi mommy maintain senyum. Tak mau buat babah bengang dengn tangisan shasha yg panjang dan sengaja di panjang-panjangkan itu. Dalam kereta, shasha tak abis-abis membebel tanpa henti hinggakan mengganggu perbualan mommy dan babah tentang satu isu. Mommy minta shasha senyap ..mommy separuh menjerit...dan shasha tanya mommy.."huh..? mommy lemas.???" Pecah perut mommy ngn babah ketawa - tak jadi marah mommy sayang. Mommy tau shasha anak yg bijak kan.. Shasha pandai sangat sebab tu banyak benda shasha nk cakap yer...? Takpe, cakap laa sayang. Mommy layan yer...

Pendukung ceritera mommy sekian lama..babah yag dulu cikeding jek skang dah membesar dengan kuat dan sihat (ahaks !!!!), dari yang bujang kini dah berkahwin. Dari seorang suami dan bapa tanpa anak, kini dah 2 pun. Babah selalu cakap .."macam tak percaya dah ada 2 anak". Jangan tak percaya b yer...ainn dah berhempas pulas lahirkan 2 org ni, so kena percaya jugak.

mommy shasha..dulu yang manja ditatang babah, skang kena laa pandai mengalah sikit ye sayang. Tapi keadaan berlaku sebaliknya bila shasha SEMAKIN manja pula dengan babah. Adik duduk dalam stroller, dia pula yang berdukung. Nak pegi bilik air pun minta babah dukung...aduhai anak. Yang kecik memang sedia kecik, ni yang besar pun nk jadi budak kecik juga.

0 comments :