Bercerita tentang shasha di hari pertama mommy kenalkan dia pada babysitter baru. Shasha melangkah masuk tanpa mengerti apa2 dan bila mommy bgtau itu bbsitter shasha...shasha hanya sorokkan muka ke dada babah. Hampir 2 jam mommy di rumah itu, tak sampai 10minit kamu mengangkat muka. Berbeza pulak dengan sophie, teguran babsitter itu kamu sambut dengan sengih meleret. Mommy tak bimbang tentang kamu manja mommy, si sophie. Kamu baik2 saja..tak meragam..tak menangis walau sedikit pun. Lega hati mommy, sekurang2 nya mommy hanya ada seorng yg mommy perlu fikirkan..bukan dua !
Pagi hari pertama, shasha menangis...menjerit2. Perkara yang mommy sudah jangkakan akan berlaku. Tapi kamu buat sesuatu yang x sanggup mommy tengok. Shasha peluk kaki mommy sekuat hati...tak mahu melepaskan tapi apalah daya mommy sayang..mommy perlu bekerja demi kita. Babah juga perlu kerja...(waktu ni, babah dah lari jauh ke kereta meninggalkan mommy melayan shasha seorang diri). Berjurai-jurai airmata shasha mengalir. Mommy dudukkan shasha, mommy cuma pesan....4jam lagi mommy datang ambil. Dan selama 4 jam yg berlalu itu, yes.....shasha hanya tidur. Cerita babysitter, shasha tak sedikit pun menunjukkan muka..tak meminta susu seperti biasa. Mommy sampai di sana, melihat shasha masih berbaring dan lena. Airmata dah kering di pipi kamu sayang. Mommy kejutkan shasha....dengan pantas shasha bangun. Gembira!!! dan shasha terus menyarung selipar utk beredar segera.
Itu cerita shasha di hari pertama. Sophie pula tiada ragam yang luar biasa. Sophie dah siap mandi, memakai romper hijau yg babah belikan dulu. 'Born in 2011'.
Pagi hari kedua, mommy & babah melencong ke 7-eleven dulu. Belikan shasha buku upin ipin dan mentos shasha. dengan harapan kamu tak menangis lagi. Tapi semua tu tak mampu membuatkan kamu rasa sedap hati utk di tinggalkan. Mommy pujuk shasha...mommy baringkan shasha di tempat yang sama. Tangis shasha reda sedikit..menutup muka dengan bantal. Erat menggenggam mentos dan majalah upin ipin itu mommy selitkan sebelah bantal kamu. Mommy pesan - 4 jam lagi mommy datang ambil.
Cerita babysitter, shasha hanya tunjuk muka seketika...dan hanya memanggil utk meminta susu. Tiada kata ganti nama....hanya 'eh, shasha nk susu lah'. Tika mommy sampai ke sana, shasha masih dengan baju tidur. Separuh menjerit bila nampak mommy. Mommy melangkah masuk ke dalam rumah...sophie dalam walker merah yg sama sekali bukan kepunyaan kamu. Tak cantek hokeh !!. Tapi sophie berada di hujung sudut sana, tika babysitter itu menguruskan seorang lagi bayi yang demam + selsema.
Owh..ni laa yang mommy tak suka. Mommy paling tak suka kalau anak mommy demam. Mommy taknak sophie berjangkit dengan bayi yang demam tu. Cepat2 mommy ambil sophie..kesian anak mommy - nampak letih sangat. Waktu tu, dah pun jam 2pm..waktu sophie tidur Tapi sophie dalam walker...sendirian. Hati mommy meruntun hiba..tapi mommy diamkan saja. Sampai saja di rumah kita, mommy mandikan shasha dan sophie. Mommy nenenkan sophie....shasha juga dengan botol susu. Dan Sophie merengek2 mahu tidur. mengantok benar kamu sayang....mommy tidurkan kamu tanpa buai, dan lena kamu berpanjangan sehingga babah tamat waktu kerja. Lebih 3 jam sophie tidur petang tu.
Shasha pula mengusai laci makanan ringan..mengunyah coco-pie seperti lama sangat tak makan. Aduhai anak2 mommy, kenapa harus begini. Sophie kenyang dengan susu tapi tak dapat tido mengikut rutinnya. Shasha pula sengaja dalam lena kena ingin masa cepat berlalu.
Hati mommy mane yang tak hiba, bila tengok anak sendiri yang tak bahagia. Mommy tau takkan sempurna seperti mana mommy yang menjaga tapi cukuplah sekadar sophie tdo selesa, bukan di atas walker, bukan di bahu..bukan sekadar di atas tilam nipis itu. Mommy tak harapkan yang paling bagus utk anak2 mommy tapi cukuplah sekadar anak2 mommy bersih dan wangi dengan bedak dan wangian yang mommy bekalkan. Tapi, sumer itu kekal dalam paper bag, tak berusik. Sophie berganti baju..tapi bersabunkan kamu..berbedakkah kamu, berlosyenkah kamu..??
Malam hari, mommy melihat anak2 mommy happy bergelak tawa, bergurau senda. Tanpa rasa risau tentang esok hari. Mommy mengira2 waktu mommy bekerja...segeralah babah juga habis kerja supaya dapat jemput kamu berdua. Malam itu, mommy lenakan kamu dengan susu dan malap lampu. Malam masih awal tapi kamu semua dah bergelimpangan di atas katil bersama mommy dan babah.
Mommy tutup cerita utk hari ke dua....mommy tunggu utk hari2 seterusnya. Mommy doakan shasha dan sophie gembira di sana sementara tunggu mommy habis kerja. Tapi, jika keadaan memaksa, mommy akan usahakan mencari persekitaran yang lebih baik buat kamu. Biarlah mommy berhabis, demi seyum dan ketawa anak2 mommy.
0 comments :
Post a Comment