Seiring dengan perjalanan masa, mak semakin jauh di bawa usia. Mak selalu cakap mak sakit pinggang. Fisioterapi mak setiap bulan di HKL. Mak cerita, itu saja yang termampu waktu ini kerana Dr. tak lagi menyarankan pembedahan lantaran peratus utk kembali pulih ada 50% shj. Sukar utk mak berjalan, berdiri pun tidak boleh lama...tapi dengan keadaan mak yang sakit itu - sebulan mak menjaga shasha dan sophie. Credit utk abah yang meringankan beban mak.
Lewat 2mg lalu, mak kata sakit mak makin parah. Mak tak boleh bangun dari katil. 2 hari mak terlantar...kaki mak terasa kebas saja. Saya mendengar dalam diam -kalaulah saya boleh berbuat sesuatu. Sesekali mak perlu ke bilik air, nasib baik lah ada abah yang masih punya kudrat memapah mak. Pesan Dr. mak perlu kurangkan berat badan supaya berat itu tidak membebankan tulang belakang mak. Kesian mak...2 hari mak tak bangun, 2 hari mak tak masak. Hanya abah yang memegang sudip..mendadar telur makan bersama nasi putih.
Cerita bonda pula berbeza. Ibu mertua saya yang tak pernah kenal erti penat. Penat bekerja hingga tak perasan dirinya tak lagi berkemampuan. Dan akhirnya bonda pernah pengsan. Kali ni, bonda sakit lutut. Sakit yang memaksa bonda saya utk mengakuinya. Tak mampu utk berdiri, berjalan dan meneruskan rutin menjaga cucu seperti biasa.
Bonda sering memaksa diri. Sering berkata bahawa dia tak apa-apa. Tapi saya nampak kepenatan itu tatkala bonda tertidur depan tv. Bonda yang dulu sebuk bermain tepung - membuat kuih skang masih dengan tepung, bezanya susu tepung utk cucu-cucu yang djaga. Masih bonda tak berehat, masih bonda tak punya masa utk diri sendiri.
Saya melihat 2 wanita yang sering menafikan keadaan diri sebenar. Sentiasa tabah dan kuat dalam kesakitan dan saya..? sering saja mengeluh dalam kepenatan. Penat bekerja dalam keadaan pejabat yang berhawa dingin, penat menggerakkan jari2 utk membalas email sambil kaki berhayun perlahan mengikut muzik dari earphone saya. Saya terlalu selesa..dan masih saya mengeluh ?
Buat wanita yang saya panggil mak dan bonda..kamu wanita hebat. Bertuahnya saya punya mak dan bonda yang tabah dan kuat melayan penat dan sakit. Saya mencari kesempatan, mencari ruang dan waktu...utk membawa kamu....mengisi ruang sendiri utk berehat....bergembira....dan melayan orang2 yang kita sayang. Membawa kamu melihat satu sisi yang jauh dari rutin hidup..
Moga mak dan bonda d kurniakan kesihatan yang baik sehingga saya punya waktu membawa kamu keluar bersama.
salam sayang tulus dari saya.
ainnLee
14/03/2012
0 comments :
Post a Comment