Mar 13, 2012

Cerita hari ke-3

Shasha masih lagi menangis...masih mommy perlu menenangkan shasha di tempat tidur yang sama. Mommy bersalah kali ni sebab tak mampu berjanji untuk kembali selepas 4 jam. Hari ini, kamu perlu tinggal hampir 10jam bersama babysitter. Masih mengalir airmata kamu waktu mommy tinggalkan kamu sayang. Masih mommy bekalkan mentos anggur dan majalah upin ipin itu. Dan adik sophie sekadar memandang dan menarik baju si kakak shasha.

Mommy melihat sophie..dan melihat dua bayi lagi. Babysitter kata 2 bayi lelaki itu permenant di sana. Mommy kecewa !! Kerana 2 bayi tu hampir saja sebaya dengan sophie..mana mungkin seorang babysitter mampu menjaga 3 bayi dengan baik + toddler macam shasha. Mommy hela nafas panjang....
                           ************************************************

Jam dah 6 pm, mommy dan babah tak sabar nk ambil shasha dan sophie. Dari jauh mommy dah nampak shasha dan sophie berteman babysitter dluar pagar. Shasha bermain bunga...menjerit tika nampak mommy dan babah. Kamu peluk erat babah seakan lama sangat x jumpa.

Syukurlah shasha dan sophie baik2 saja cuma adik sophie saja yang sering tak cukup tido.

0 comments :