Apr 26, 2013

Allah created US to complete each other..

Tengok drama 'Dahlia' malam Rabu lepas ?

Banyak je perkara yang saya nak komen, tapi tertahan-tahan selama stgh jam drama tu berlangsung. Geram dengan watak 'kawan baik' dalam drama tu....Selesai je drama, saya tarik nafas panjang. Huh..nama pun drama...tapi inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan. Again...kalau kisah dongengan  dah tentu semuanya perit macam nak mati...but at the end, live happily ever after.

But the truth is....life is not that simple. Terluka hari ni..tak bermakna hati tak terkesan. Bercakap soal hati dan perasaan, terlalu banyak perkara yang perlu di fikirkan. Pernah satu ketika, saya merasakan saya   dah melakukan yang terbaik..tapi hal sebaliknya yang di fikirkan oleh orang sekeliling saya. Hati punah, geram dan menyampah. Selangkah saya ke belakang, memujuk diri.....Apa salah saya ??

Bukan saya saja - malah anda juga pernah alami perkara yang sama kan. Paling saya tak suka, bila apa yang kita buat di salah erti kan. Sigh !! Kamu tak mungkin faham apa yang berselirat dalam kepala otak saya ni....apa yg bergelodak dalam jiwa saya ni. Usah mengherdik sekadar mengiakan apa yang kamu fikir sedangkan ia tak selari dengan apa yang saya maksudkan.

Mendiamkan diri mungkin jalan terbaik...tapi terlalu mendiamkan diri mampu memakan diri sendiri. Lagi sakit jiwa..lagi sakit hati. Tapi tetap saya diam....malas nak berfikir..malas nak berbicara lagi. Membuat kesimpulan sendiri tapi dalam masa yang sama menidakkan apa yang difikir dan berharap Allah mentakdirkan sesuatu yang lebih baik. Begitu lah selalunya....tika hati tak mampu lagi merintih..saya merayu pada Allah...berikan saya kekuatan dan hikmah terbaik untuk segala yang berlaku.

Percayalah....kesakitan itu ada harga utk kita redeem. Saya menjalani hari-hari yang bahagia..mentelah lagi, hanya menunggu masa kelahiran bintang hati kami berdua - yang ke 3. Pantas benar masa berlalu..dari kesakitan, kesengsaraan, pedih jiwa dan raga demi kebahagian utk hari ini. Nak dapat anak yang mambahagikan pun perlu rasa sakit juga - even tak perlu teran k.

Cuma yang saya nk tekankan ialah pantang larang hidup berpasangan. Berkawan biar seribu..tapi berkasih biar satu. BENAR !!...Tapi kekasih yang bukan lagi kekasih - tak mungkin jadi kawan. Entahlah, bagi orang lain mungkin boleh, tapi bagi saya...tidak sama sekali.

Dengan medium cyber yang memudahkan pencarian kawan2 lama sekarang..banyak sangat mengundang bencana. Mencari kawan sekolah yang lama, bertanya khabar dan kemudian bercerita tentang zaman persekolah...tentang cinta monyet..tentang cinta rahsia.....

Apa perlu membuka cerita lama jika sudah ada yang terbentang di depan mata .. Yang dah nyata perlu di beri perhatian.bukan cerita lama yang tak mendatangkan apa2 erti. Hati jadi bergolak, rasa mula terdetik...bukankan itu sudah menjadi titik dosa yang tidak ketara??

Tolonglah sahabatku...yang wanita atau lelaki di luar sana. Saya pasti anda bijak memilih apa yang baik dan tidak. Apa yang betul apa yang salah....Langkah pertama, usahlah berhubungan lagi....unless dia bekas suami/isteri yang terhubung dek kerana anak yang lahir ketika masih bergelar suami isteri.

Usah juga membuat perbandingan..bekas kekasihmu lebih romantik dari suami kamu sekarang. Haduyai..perlu kah bercerita tentang itu semua kepada kawan, kepada adik, kepada kakak..? Tak pernahkah bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini ? Jika dia lebih baik, mengapa jodoh tidak di tetapkan bersama dia yang kamu banggakan sangat tu..?

Usah bertanya pada bekas kekasih dalam diam kamu tika zaman skolah, "siapa yang lebih cantik, saya atau isteri kamu sekarang?" Kamu layak makan pelempang perempuan ! Usah menduga, usah juga mencipta konflik yang tak sepatutnya ada. Huh, entah kenapa saya terlalu emosi melayan drama Hans Isaac tu.

Kalimah wanita ada 9 nafsu, 1 akal VS lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal nampak mudah dan dangkal. Seakan merendahkan wanita yang cuma ada 1 akal ? Tapi mengapa lelaki yang bernafsu 1 itu tak mampu menjaga diri sendiri....Lelaki yang berakal 9 tak tahu berfikir apa yang salah apa yang betul. Apa yang haram apa yang halal ? dan sering pula wanita yang berakal 1 itu memikirkan segala hal.

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ahAdawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.


Diciptakan wanita itu dari rusuk lelaki, dekat di bahu untuk di lindungi, dekat di hati untuk di sayangi. Dah dapat rusuk yang tepat, mengapa pula nak menambah2 rusuk yang dah sedia sempurna. Nak letak kat mane..? Ooo since ada 4 kuota...dengan mudah kamu meletak dia di mana-mana sekeliling dada kamu tanpa pasak yang kukuh. Jika perlu kamu betulkan, selagi terletak kamu biarkan...??

Anggapan dangkal saya nampak kelakar...lelaki yang mempunyai rusuk yang terkeluar dari dadanya...sebab dah tiada tempat nak susun tulang rusuk baru. Lelaki inilah yang sering sakit dada, sakit  kepala, sakit jantung . Bersih kepala dek syampu anti kelemumur setiap hari, pergi pula mencari kutu seekor dua letak atas kepala. GILA !!!!

Suami saya; si dia - sesekali dia memberi komen tentang tulisan saya. Katanya...fitrah manusia...gemar mencuba dan mencari sesuatu yang terlarang. Pendek kata 'haram'. Yang tak boleh, itu laa yang dia suka. Yang halal di depan mata dia buat tak tau saja..Alasan saja nak test  power, nak test saham, saja suka-suka, saja buat skandal jer....(ape punya alasan daaa..)

Dapat isteri yang sempurna, devoted hanya utk suami dan anak-anaknya tapi si suami pandang sebelah mata pun tak. Sebab isteri yang halal di rumah tak cantek, tak wangi, kukunya tak berwarna, kulit  tangannya tak lembut. Yang haram di luar, lebih mengiurkan...pakai baju jarang, seluar slim fit nampak betis batang pinangnya. Minyak wangi segelen di sembur ke badan, rambut panjang perang mengurai ke bahu. Kalau bawa berjalan...semua orang pandang. Bangga !!! mengusung dosa !! Kalaulah dosa tu berbau, pasti selautan minyak wangi pun tak mampu menutup bau busuk umat manusia di dunia ni. 

Kepada isteri yang sempurna - selidiklah suami anda. Ini pesan suami saya. Selidik laptopnya, ipad miliknya, blackberry/smartphone nya. Selidik youtube acc-nya. Selidik history web accessnya. 
--> Yes, i know. This will picture us as a paranoid wife... a queen control. 
--> But, this is for the sake of our marriage. 

Jangan biarkan suami anda hanyut dalam dunia PORNO. Argh...lelaki dan porno macam dah sebati..macam dah jadi perkara biasa. Itu fikiran saya. Tapi suami saya pesan, lelaki yg masih melayan porno sesudah berkahwin adalah suami yang tidak sihat. Ketagih kepada perkara2 sebegini membuatkan hatinya tertutup pada isteri yang ada di depan mata. 

Saya sedikit terkejut. Tapi 'mereka' ada anak bersama..itu maksudnya ??? tanya saya dalam penuh tanda soal. Mereka bersama kerana si suami hendak bersama..itu saja ! Pendek kata utk melampiaskan nafsunya yang '1' tu. Suami saya dengan selamba memberi makna. 

Kisah saya, cuma selidik senarai sms yang dia terima. Kadangkala, sms itu tidak pun saya baca cuma nak tau siapa penghantarnya. Tengok jam ..macam tak kena  masa je..Dan yang manisnya suami saya ni, dia cuma kata "Sayang, lain kali remark laa balik sms tu dengan 'unread', so later abg tau laa ada sms yang abg tak baca lagi yer" Hik hik..saya cuma mampu tersenyum dengan simpul senyum yang paling susah terurai. Minta maaf..tidak, mengaku salah pun tidak. 

Menjadi isteri yang sempurna bukan hanya mengiakan segala perkataan dan perbuatan suami kita, tapi kita juga menjadi pelindungnya. Mengingatkan si dia tika dia terlupa..menepuk pehanya tika dia mengelamun jauh sedangkan stereng kereta masih di tangan. Menjadi isteri yang sempurna bukan hanya memasak setiap kali waktu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam tapi juga bertanya jika dia ada makan tengahari di waktu pejabatnya. Bertanya jika masakan kita terlalu pedas buat perutnya jika dia sering mengadu sakit perut. 

Wanita yang bergelar isteri - tak mudah sebenarnya menjadi diri kita. Saya rasa lebih mudah menjadi ibu dari menjadi isteri kepada seorang lelaki. Menjadi 'salah seorang isteri' kepada seorang lelaki lagi lah gila. Oh cukup laa setakat itu..saya tak mampu mengulas panjang.

Kasih sayang kita berbeza-beza..dengan leteran, dengan sentuhan...dengan masakan..dengan ucapan, dengan hadiah, dengan tanda ingatan tapi motifnya hanya satu, DEMI CINTA kepada satu-satunya lelaki yang kita cintai. 

Untungnya 'lelaki' itu....tapi alangkah ruginya jika dia tidak mengetahui tentang rasa seorang isteri kepada suaminya sendiri. Seorang kekasih tak mungkin berkorban semahal pengorbanan seorang isteri kepada suaminya.

Bukanlah harta benda, bukanlah wang ringgit, bukanlah kereta mewah..tapi cukup sekadar kamu memahami tika saya diam, tak lagi berkata apa-apa. Mungkin diam saya untuk memujuk diri sendiri tika pujuk kamu yang semakin hilang dalam perwatakan. Jika saya meminta sesuatu yang percuma dan itu pun tak mampu kamu luangkan, saya takkan meminta lebih dari itu. Malah saya akan faham sendiri. 

Mungkin kelebihan saya sebagai isteri yang memahami melengkapkan kamu sebagai suami yang sering saja tak cukup masa. Begitu kan....? Cuma berharap shasha dan sophie menjadi 'memahami' seperti saya  juga. 

Apr 24, 2013

Kita semua sama

Sana sini orang bicara pasal politik..di facebook..di twitter...di blog. Di buletin utama..di Awani...di akhbar2 utama..di mana-mana saja lah. Tak sabar tunggu Election Day, dah penat dan muak melayan drama2 yang tak kunjung sudah. Perlukah mengambil tahu hal politik? Untuk wanita seperti saya..mengulit anak kecil, basah kain batik dek menguruskan kain baju yang melambak..yang penting politik anda tak mengganggu ketenteraman hidup saya anak-beranak.

Saya tengok buletin utama - confirm saja tarikh mengundi...cnfirm saja tarikh penamaan calon, di buletin utama hampir setengah jam membuang masa hanya sekadar nk bgtau sape calon yang akan bertanding di tempat sekian-sekian. Nak juga bagitau muka baru ke ..muka lama ker...

Sigh...tak kisah laa sape-sape pun. muka baru ke lama ker....bagi list je sudah la. Pepandai laa orang awam nk baca. Dalam kurungan tulis laa nama penuh, facebook id kalau ada - senang org awam nk skodeng profile. Sigh lagi !!!

Sana sini orang berkempen. Soalan saya pada pengarang jantung saya anak beranak - hari2 ke kena kempen..? Kalau kat tempat A kempen, manifesto A, kat tempat B, manifesto tukar B ke maintain A ??

Orang yang macam saya memang tak mengerti hal politik...dan saya, tak minat pun nak ambil tahu. Bagi saya, politik tu hanya proses sebelum sebuah pemerintahan berlaku. Yang penting, saya nak di bawah pimpinan barisan menteri yang tau berfikir, yang faham erti susah, yang mengerti apa yang rakyat rasa. Saya sebagai rakyat Malaysia, mendapat kesenangan dalam bentuk yang pelbagai.

Bukan sogokan dengan wang yang menjadi pilihan..tapi kemudahan dan diskaun utk banyak benda. Saya rasa terkongkong..rasa terpinggir dek kerana bekerja dengan sektor swasta. Yang di jaja, yang di layan..yang dmanjakan semuanya pekerja sektor awam. Kecil hati saya...(hati korang tak kecik ker...) Dapat pula, saya laki bini bekerja di sektor swasta....gaji pula melebihi level yang di tetapkan utk layak menerima pelbagai imbuhan.

Orang gomen kata...eh korang gaji banyak...ok ape..?
-->Tapi dengan gaji tu laa nk bayar duit sewa rumah, duit kete...duit pendidikan anak2.duit minyak...duit tol sana sini, duit nursery..duit bil telefon, bil letrik, bil air ( free sebab dok selangor ..hehe), duit nk makan, duit utk segala macam benda lah.

Orang swasta kata...korang gaji tak mencanak tapi..
--> elaun merata, claim sana sini. quaters dapat...phone bil claim, duit makan clain, duit tol claim. Keje lebih stgh jam dari 4pm - 4.30 pun nak claim jugak. Kite datang nk dapatkan service, mencebik bibir....kite tanya buat tak dengar..then boleh plak tanya kita balik..kenapa datang dah tengah-tengah malam ni. Lewat sangat dah !! (Ooo..paham laa saya....kite datang kol 3pm tu dah macam tgh malam buat dorang)

Letih laa nak mengeluh..dari tadi asik sigh je.(kan kan kan..) Bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang. Ye..saya faham. Bukan mudah untuk menyelami hati semua orang....melayu cina india....kerja pulak sektor awam dan swasta. Datang pula fahaman politik yang pelbagai...

Haa amik laa...nak demokrasi sangat.....Yang rasa pandai sangat always nak menang, yang tak berapa pandai jadi pengikut jer. Yang muda, always nak pembaharuan yang menguntungkan semua pihak. Ape nak semua nak bagi...esok, semua yang ada pun tergadai dek nak memenuhi keperluan rakyat muda-mudi terkini.

Saya melihat dan menilai..sukarnya mentadbir sebuah negara. Populasi manusia yang pelbagai..kasihan mereka. Tapi saya tahu mereka bijak...bijak menilai, bijak merancang...bijak menentukan apa yang terbaik buat SEMUA.

Saya cuma mahukan ...negara yg aman. Saya nak anak-anak saya berkawan dengan SEMUA. Tak kisah anak org gomen ke..anak org swasta ke...anak orang melayu ke, cina ke..indian ker....sebab kita semua sama.




Apr 23, 2013

Special entry : Happy birthday B "Still Into You"

Malam tadi, saya buat perkara yang dah lama tak buat - menonton drama melayu. No no no...!! bukan saya kerek menolak drama melayu dan menafikan kebagusannya tapi sebab saya takde masa nk dluangkan depan tv. That should be taken as a reason hokeh.

So malam tadi, dah settle makan nasi goreng daging kunyit - saya bersantai depan tv sambil jula juli saya melompat2  ke sana sini. (To be honest, saya nk tgk drama tu sebab ada Hans Isaac..)

Kisah seorang perempuan yang d curangi oleh suaminya kepada kawan baiknya sendiri. Owh klise sangat tapi konteks macam ni laa yang sering berlaku dalam kehidupan. Kisah kawan makan kawan...orang yg kita tak sangka boleh buat onar - jadi duri dalam daging. 

Berbicara tentang hal suami dan isteri..tentang kasih sayang...tentang penerimaan. Dalam quote2 di facebook yang saya jumpa - mencintai wanita adalah sesuatu yang menuntut banyak keperluan dan pengorbanan. Benarkah..? Mencintai saya ; Nurul Ainain Ramli ..?? Mudah saja...saya tak mengharapkan si dia memenuhi list yang panjang itu. Cukup sekadar saya rasa di kasihi, di cintai dan di hargai. Selebihnya, adalah menjadi tanggungjawab si dia sebagai tonggak keluarga. Meh saya kongsi ape senarai yg panjang tuh....

It's really not too difficult but.... To make a woman happy, a man only needs to be:
1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a plumber
10. a mechanic
11. a carpenter
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynaecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate

WITHOUT FORGETTING TO:
44. give her compliments
regularly
45. Go shopping with her
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls
AND AT THE SAME TIME, YOU
MUST ALSO:
50. give her lots of attention
51. give her lots of time,
especially time for herself
52. give her lots of space, never
worrying about where she goes.

BUT MOST OF ALL IT IS VERY
IMPORTANT
53. never forget
*birthdays
*anniversaries
*valentine
*arrangements she makes. —

At the end of the quote, saya tertanya - benarkah wanita adalah manusia yang kompleks. Jawapannya mudah saja..depends ! Kita sendiri yang mencorakkannya. Ada wanita yang sengaja mencipta kesukaran dalam kehidupan berpasangan demi mencari kesempurnaan. Tapi pernah tak korang terfikir, kesempurnaan itu menyusahkan ??!!

Saya mencari kebahgiaan...tapi adalah lebih baik jika kita mencipta kebahagiaan. Bahagia itu tak datang sendiri...dan tak mungkin berdiri dengan sendirinya. Bersama si dia kita mencipta kebahagiaan yang hakiki. Itu lebih afdhal kan....

Mencintai lelaki begitu mudah..semudah 1,2,3 ! Huh, ye ker ?? mudahnya tapi kenapa wujud lelaki yang curang ?? Bayangkan jika kita adalah isteri yang sempurna - situasinya adalah :


"Seorang isteri yang bekerja..yang sama2 mencari nafkah demi memenuhi keperluan bersama dan anak2. Kerja norml hours - balik rumah sebuk nak memasak, dalam masa yang sama memenuhi keperluan anak2 yg masih kecik - nak mandi, nak susu, nak itu dan ini. Sesekali si anak kecil merengek minta di dukung...dan si ibu tanpa berfikir panjang merangkul manja anak kecilnya ..dan akhirnya, memasak sambil mendukung si kecil. 

Malam tiba, pinggang terasa sakit....belikat terasa ketat. Mata makin berat...tapi si dia minta di layan mesra juga. Nah....kerja tak terhenti di situ. 

Esok, rutin yang sama bermula sekali lagi "


Isteri yang sempurna ..yang menyediakan makan pakai buat suami. Memenuhi segala keperluan suami...malah melahirkan zuriat demi legasi. Menjaga aurat, maruah dan nama baik suami sebaik mungkin. Saya melihat ini sebagai tanggungjawab. Jika si dia ringan tulang ingin membantu menjagakan anak sementara saya memasak, itu BONUS. Jika saya terlena selepas 3 saaat, dan si dia membiarkan saya lena hingga subuhnya...si dia suami yang memahami. Saya juga penat - seperti dia. 

Penemuan saya dalam satu 'pengakuan' di facebook buat saya tersentak sekejap. Ayatnya tidak menyentap jiwa tapi mampu buat saya berfikir. Menjadi isteri dan ibu yang sempurna tidak mencukupi. 

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. 

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. 

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. 

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. 

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. 

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. 

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. 

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~ "

                   **********************************************************

Mendapat suami yang baik dan memanjakan isterinya adalah dambaan wanita. Tapi ada juga wanita yang tak sedar dek untung. Dah dapat suami yang bergaji besar...di beri kemewahan harta kereta, rumah dan emas. Pendek kata...keperluan harta benda dah tak menjadi masalah tambah pula si suami sangat ringan tulang. Habis semua kain baju suami yang basuh. Pinggan mangkuk pun suami juga yang selesaikan. Makan minum anak...menjaga anak pun suami juga. So si isteri buat ape...? Berehat dan tidur saja. 

Kasihan si suami...kerana sayangkan sangat si isteri, memanjakan isteri tak kena tempat.akhirnya kena tipu , bulat-bulat !! Dapat isteri cantek, tangan lembut bak bayi...tapi hati hitam penuh dusta!! Mengucap cinta pada lelaki tapi bukan suaminya, mengusap mesra pada lelaki tapi bukan suaminya. 

Salah siapa...? 

Isteri yang sempurna tapi tak cantek tetap tak mencukupi....suami yang baik tapi tetap tak memuaskan hati!! 

Apa lagi yang di cari ????

Kesempurnaan bukan segala-galanya. Tapi kita mencari kebahagian. Ye....kebahagian itu lah yang sebenarnya. Kelebihan suami adalah pelengkap kepada kekurangan si isteri. Kan dah dapat erti sempurna yang kita cari.

Tiba masa untuk saya muhasabah diri. Tak mahu lagi meletak kesalahan pada org lain....dah tiba masa kite mencari kekurangan diri. Kalau tak cantek....(cantek itu subjektif sayang...) tak cantek di muka tapi cantek di hati. Canteklah dengan cara ape skali pun yang mampu mengikat hati si dia. 

Tak hensem sebab gendut....tak pe sayang. Gendut kamu tetap mengikat cinta saya tetap kepada kamu. Berkali di ucap, hanya saya...hanya saya !! 

Saya melihat jauh ke dalam mata...selam jauh ke dalam  hati. Ada masa dan ketika, kamu tak perlu kata apa-apa. Saya tahu...dan saya juga sayangkan kamu.

Selamat hari lahir sayang...dah 33 tahun. Terasa cepat benar masa berlalu....dari zaman kita muda-muda dulu. Let's fall in love again.............again and again. 





Apr 12, 2013

Marah Seorang Suami.. Marah Seorang Isteri..

Marah Seorang Suami.. Marah Seorang Isteri.. | iluvislam.com discover the beauty of islam




Marahnya seorang Isteri...


"Ustaz... isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak."
Memang ada isteri begitu... dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.
Peringatan untuk Isteri
Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam...ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna lembut. Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu' nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.

Marahnya seorang Suami..
"Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi."
Peringatan untuk Suami..
Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah.. .renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah atau diherdik akan mudah menangis.
Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita.
Pandang pada tangannya... tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita.
Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.

Marah seorang Isteri..
Ada suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah.
"Saya tak suka nak marah isteri ustaz... tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi, hangat jugak hati dibuatnya."
Peringatan untuk Isteri..
Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah 'tension' sangat, masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas.

Marah seorang Suami...
"Suami saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja, pecah cermin dan sebagainya." Bahaya tu... suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.

Marah seorang Isteri...
Ini satu lagi.. suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan. 

Marah seorang Suami...

Ada suami yang romantik, suka bercerita... tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.

Marah seorang Isteri
Kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami... anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.

Marah seorang Suami
Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.

Marah seorang Isteri...
Isteri bila marah..s uruh suami tidur kat luar bilik. Kunci pintu bilik. Ugut suami.. tak mau layan suami... ni apa cerita? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat... suami ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi. Hati-hati.

Renungan
Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.
Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.
Wallahua'lam.



Cukup lah dengan 3

Dah banyak masa berlalu pergi....entry saya cuma tertaip di minda..tak terzahir pun di blog ni....ended up..saya lupa dah nak cter pasal ape . STANDARD !!!

Saya kini di fasa terakhir ..menghitung minggu nk tengok muka 'adik baru' kepada shasha dan sophie. Jula-juli saya semakin meriah menzahirkan kasih sayang.....si kecil sophie pun dah pandai. Saya teruja....dan sesekali di bimbangi dengan nasihat Dr. tentang talasemia. Hmm...bacaan hemoglobin saya terlalu rendah dan membimbangkan Dr. Saya cuma diam....dari 2 pregnancy sebelumnya...saya ok ok je...takde plak kes macam ni. Cuma kali ni, yang saya notice...saya kurang selera makan. Berat badan tak naik banyak dalam masa sebulan. 

Apakah...? Entah..saya sendiri pun tak pasti kenapa. Mungkin saya kesibukan saya menghadkan ingatan saya pada kandungan terbaru ini. Kasihan anak mommy...bukan mommy tak sayang..bukan tak ingat...bukan sengaja melupakan..tapi kekadang mommy terlalu sibuk menguruskan kakak2 mu sayang. Sesekali kamu kejutkan mommy dengan gerakan kasar tu...Aduhai, mungkin mommy tak sengaja menghimpit kamu..dan ruang yang sempit itu tidak menyelesakan buat kamu. Sabar anak mommy.....mommy dah sediakan baby crib yg luas buat kamu. Nanti dah lahir, boleh golek2 kat dalam sana k. Siap dengan bantal moo - pilihan kakak shasha. 

1,2,3
shasha, sophie, n****
kamu bertiga dah cukup buat mommy gembira
tambah pula ngn babah yang selalu buat mommy ketawa
bile tiba masa wengnya....
3 beranak bergelek beria - kalah inul kat seberang sana.
dan mommy..hanya ketawa. ye...sbb mommy tak menari dan menyanyi
cuma nyanyian kecil selawat syifa - utk dodoikan sophie

1,2,3
mencari sophie - menyorok bawah meja
babah kata cukup laah 3.