Kasihan melihat lenanya terganggu setiap 2 jam.
Menangis laa sayang..tak mengapa. Mommy pujuk.
Menangis laa bila saja kamu mahu..mommy di sini memeluk.
Nadaa..bintang bongsu saya semakin pulih dari sesak batuknya.
Teserlah senyumnya..mudah saja matanya tersenyum sama.
Seminggu yang berlalu bagaikan bertahun....
terhimpun bosan dalam ruang yang kecil.
Biarpun selesa dengan penghawa dingin dan katil sorang satu..buat mommy dan Nadaa,
namun masih bintang bongsu saya meminta tidur di bawah lengan saya.
Nadaa kini pulih sepenuhnya. Tak perlu lagi nebuliser...tak perlu lagi terlentang dan tertangkup di tepuk dada. Tak perlu lagi fisio yang menjerihkan. Cuma mommy perlu pastikan Nadaa sihat...jauh dari batuk. Insha Allah. Moga Allah juga lindungi bintang bongsu ni dan kurniakan Nadaa kesihatan yang baik
0 comments :
Post a Comment