Feb 14, 2013
Feb 7, 2013
Salah siapa
Been bless by the rahmah from Allah swt ....dengan kehidupan bersama orang2 yang dsayangi, dengan dberikan kesihatan yang baik, dengan rezeki yang tak putus-putus..bahkan dengan dugaan yang menyedarkan saya dengan takdir dan ketentuan Allah, maka kembali berserah dan menerima dengan seadanya.
Untunglah babah shasha dan sophie kerana kali ini, dia bakal di cintai oleh seorang lagi pari-pari kecil. Haish bertambah gamat laa dengan tawa dan tangis seorang anak kecil perempuan. Sekali lagi menjadi cinta pertama kepada seorang anak kecil. Haish..untung laa babah....bila pula agaknya turn mommy menjadi cinta pertama ?
Orang kata cinta pertama tu laa cinta agung. Ye ker..? Salah tu dik, cinta kepada Allah adalah cinta agung. Mencintai Allah dan rasul menjadikan kita insan yang kaya dengan nilai2 kebaikan. Mencintai sesama manusia satu hal yang lain pula. Cinta saya kepada yang sorang ni tak tertakrif rasanya. Menjadi isterinya adalah perkara terbaik berlaku dalam hidup saya. Apa yang berlaku dari awal perkahwinan sehingga hari ni...anggap saja dugaan Allah. Dugaan Allah tanda Dia sayang...Dia tau kalau asik hepi je..lupa nk ingat tuhan kan. Dah merengek sana sini....habis tisu berkotak2 kesat airmata..baru kita mencari Allah melepas keluh resah. Owh....jangan kata saya jer....awak pun sama !
Sesekali saya mendengus marah, ye laaa..tak larat rasanya nak bawak badan...then nk bawak perut plak plus nk dukung plak budak 10kg skali. Haduyai...saya merengek letih tapi sendirian...dengan siapa lah saya nk mengadu. Saya tengok hp..senyap jek. Hampir tengah malam baru si dia sms...katanya dia sakit dada. Sigh !! saya kat sini..saban saat dari jam 7pm tadi...sakit kepala je. Yang besar....tak cukup besar..masih buat perangai budak kecik. Yang kecik dah tentu lah kecik....mmg tak tau ape-ape.
Saya diam...menghela nafas paling panjang. Tak sepatutnya saya marah pada pari-pari taman saya. Mereka hanya anak kecil...mereka kan anugerah Allah. Beruntungnya saya menjadi salah seorang penjaga amanah Allah. Insha Allah, mereka berdua lah yang saya harapkan mengirim doa bilamana saya dah tiada di dunia ni kelak.
oklah..tak boleh marah pada pari2 taman saya Shasha dan Sophie. So..saya nk salahkan sape ? Rama2 kecik dalam perut saya ni..? Baru 6 bulan dah pandai tunjuk perasaan. Sibuknye saya di pejabat membuat saya terlupa sejenak yang saya mengendong bayi dalam perut. Dan sering saja si kecil ni mengingatkan saya dengan tendangan kecilnya. owh..baik baik...tersepit ek..? Mommy bsandar skang ok..?
Argh...tak boleh salahkan si kecil saya...so nak salahkan babahnye pula. Huh...mmg sah salah dia !! Kalau bukan salah dia...takde laa saya keseorangan di rumah ni berperang dengan pari-pari yang tak reti bahasa. Huwaa...stress nyer !! Tapi si dia sering saja kata...dia keluar bekerja demi mencari nafkah buat kami sekeluarga. Oh ya kan...kalau tak kerja, mane plak nak dapat sumber beli itu ini, bayar itu ini.
Kembali menghela nafas panjang. Hidup harus terus walau sesukar mana pun. Setakat bawa perut dan menguruskan 2 pari-pari kecil bukan lah perkara besar pun. Dah selesai menjadi pekerja pejabat - automatik bertukar !!! menjadi mommy dari jam 7pm sehinggalah rutin esok harinya bermula sekali lagi.
Penat. Tipulah kalau saya kata saya ok je...x penat pun. Mula kehilangan nafas...dan saya mencongak perjalanan saya kali ini...ada 3 bulan lagi. Hmm...3 bulan yang panjang itu dan saya mula berperang antara nafas, tenaga dan masa.
Moga semuanya selamat sehingga tiba masanya. Amin....

Jan 29, 2013
Bisikan kebenaran
Lama menunggu...bukan saya jer..tapi 2 orang bidadari saya juga. Tapi babah semacam tak kisah jek. Kemudahan teknologi membuatkan saya tau di mana lokasi si dia...mudah dan tepat. Sengaja tidak bertanya......
(Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Shasha sering memanggil Sophie dengan nama 'pari-pari taman'. Cute sgt !!! Pernah sekali dia datang kepada saya...
shasha : "mommy..nampak ni ?
mommy : huh ??
shasha : nampak ni shasha punyer terbang ...
mommy : owh ..shasha punya sayap pari-pari eh..?
shasha : haah...shasha nk terbang ni..!
ok, skang da parah ! Dah ada sayap pari-pari plak. At the moment, saya layankan jer. sampai masanya shasha perlu tau bukan nama pari-pari yang shasha perlu amik tau tapi nama malaikat sayang !. Bukan tajuk cerita dongeng sayang...tapi nama2 nabi kita.
Saya kasihkan shasha tanpa syarat...biarpun dengan kisah fantasinya. Yang kadangkala memeningkan kepala saya. Saya kasihkan sophie ....yang tembam dan menjerihkan saya untuk mendukungnya. Budak tembam ni makin lama makin semangat ..dan sarat dengan kelaku yang menggelikan hati saya.
Saya kasihkan babah juga...tapi ....(sengaja mencipta syarat ?? ) Tak tak...saya tak mencipta syarat yang tak logik. Saya tak mencipta syarat demi kemewahan harta...saya tak mencipta syarat demi apa-ape pun. Terasa hati kot...dan saya mengambil masa seharian utk 'cooling down'. Kembali cair dalam cinta dan kasih sayang antara kami.
Babah pesan, kita sentiasa di dampingi oleh Malaikat Qarin yang membisikkan kebenaran. Terpulang pada kita untuk membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.
Rasulullah s.a w bersabda :
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah saw keluar dari rumahnya (aisyah) Aisyah berkata "
"Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim )
Mungkin saja saya cemburu...dan mudah saja fikiran-fikiran negatif itu bertandang. Astaghfirullah....
Bismillah....saya mahu berfikir hari ni....pimpin saya dengan kebaikan saja.
Jan 7, 2013
Sudah-sudah laa tuh Delisha
! Hari ke 4 - minggu ke 2. Delisha (formerly known as Shasha) still crying in front of the school gate.
********************************
Pagi ni saya sendirian menghantar Delisha ke sekolah..(babah shasha ni meeting laa plak..aduhai). Bukan saya tak suka,,,bukan pula saya suka-suka nak mengeluh tapi anak saya Delisha ni...aduhai memang agak mencabar untuk d uruskan.
Akibat ketidakseimbangan hormon dalam badan, saya mudah je mengamuk. Tak suka tengok Delisha nanges tapi...dia memang suka nanges pun. Org tua kata 'kememe'. Tau kan....
Delisha sayang..mommy tau kamu suka pegi skolah. Mommy tau kamu dah ada kawan bermain. Mommy seronok dengar kamu bercakap perkara2 baru yang mommy tak pernah dengan kamu sebut sebelum ni. Mommy happy dengar kamu baca doa makan..dan sering mengingatkan mommy dan babah utk baca doa sebelum menjamah makanan. Mommy happy juga dengar kamu marah dengan babah yang sebuk bergurau dengan adik tatkala azan berkemundang.
Nenek kata - beri masa seminggu dua ni. Hump !

Jan 4, 2013
Usah bimbang sayang
Sering saja dalam kehidupan, kite sering d salah tafsirkan. Sedangkan kita tak bermaksud sedemikian. Kadangkala saya buntu memikirkan jalan terbaik memuaskan hati semua pihak..sekurang-kurangnya satu pihak ni. Tapi tak pernah ada jalan penyelesaian. Sering saja...ianya berakhir dalam diam, tanpa jawapan...dah akhirnya saya sering saja mengulang perkara yang sama.
What if, setiap apa yang saya fikirkan tertaip terus di dalam awan kepala saya... (macam dalam komik). Kalau saya marah sekali pun, saya tak perlu lagi bagi penjelasan..kalau saya tak marah...saya dapat bagitau yang saya tak marah..dan kalau saya berpura2 sekalipun....saya tak bersalah kerana sengaja berpura2 dengan menidakkan perasaan sendiri.
Hidup manusia sememangnya kompleks. Dari saya lahir....mak abah kadang2 terlupa apa keperluan sebenar saya pada waktu ini..sebabnya, saya ada adik2 yang masih kecil. Keutamaan mereka terbahagi, panca keprihatinan kadangkala terhalang menyebabkan saya terkemudiankan. Dah biasa ! Anak sulung bila ada adik kurang setahun selepas itu.
Bilamana saya dewasa dan berkahwin, keutamaan saya terarah pada kerjaya, rumahtangga dan anak-anak. Mood mudah terganggu...dengan hal kesihatan dan karenah anak2. Itu tak termasuk karenah bapa kepada anak2 saya tu. Aduhai....
Sering saja saya terlupa, kadangkala orang paling dekat dengan kita adalah paling manja berbanding anak kecil kita. Berlagak perkasa dan sasa tapi sering saja kalah dengan hujan setitik dua. Bila tak sihat nak pula di tatang penuh mesra. Sering saja kita terlupa yang dia juga perlukan belaian sama macam dulu..sebaliknya kita mahukan dia menjadi dewasa....apetah lagi dia sememangnya dewasa.
Mimpi saya tak lagi di datangi bayangannya...kerana kita sering kata - alah ! Dia ada depan mata. Tapi dia sering berkata...saya tak lagi melihat dia seperti dulu. Bahkan saya yang tak melihat dia. Saya terdiam terpaku. Apakah kerana terlalu leka ..sehingga terlupa ada jiwa yang tersiksa.
Allah memberikan saya satu hati...dan yang satu itulah untuk kamu. Cinta yang ada ini memberikan saya kehidupan...dan kehidupan yang saya inginkan hanya dengan kamu. Usah bimbang sayang....yang saya ada kini pun, semua untuk kamu ...dan bersama kamu.

"Usah kau bimbang sayang, dimana ku berada. Dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya.... "
Allah memberikan saya satu hati...dan yang satu itulah untuk kamu. Cinta yang ada ini memberikan saya kehidupan...dan kehidupan yang saya inginkan hanya dengan kamu. Usah bimbang sayang....yang saya ada kini pun, semua untuk kamu ...dan bersama kamu.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)