Jun 27, 2012

Shasha part.2

20th June - genap shasha berusia 4 tahun. Mommy dan babah sebuk buat persiapan utk majlis shasha. Shasha seperti tak sabar bila mommy cerita...mommy da tempah kek kesukaan shasha. Ekceli, anak saya shasha suka makan ape saja kek asalkan ada aising.

Lewat 20 june yang lalu - babah shasha berada d luar kawasan. Hanya ucapan thru facebook dan voice call thru samsung mommy. Demi shasha yang dah pandai request lilin utk hari lahirnya...jam 2am, saya menyanyi kecil , sendirian. Sambil shasha senyum simpul melihat lilin comel yang saya cucuk pada sebiji cocoa pie. Sedikit sedih...tapi demi shasha saya usahakan juga.

Malam tadi, saya mencuri masa malam yg sebuk tu buat cookies. Preparing for shasha's bday party buat mommy dan babah sedikit teruja - kerana ini kali pertama mommy dan babah handle majlis di rumah sendiri meraikan anak sendiri.

Tanpa dendam di hati

Salahku yang meminta, salahku yang bertanya...salahku yang menyatakan hak pada sesuatu yang bukan sekali menjadi rezeki ku. Jika Allah telah menetapkan begitu ..maka aku harus akur pada ketetapan, ketentuan. 


Terlalu banyak rasa.....tapi pendamping saya pesan, telan saja !! Saya memandang jauh, terasa terasing, terbuang. Takpelah, mungkin lebih baik begini. Kata pendamping saya.....Dia akan sentiasa ada. Tak perlu risau apa-apa. Saya diam saja....

Yes, saya marah tapi saya menjaga hati agar tidak membenci. Terlalu banyak kata-kata saya yang di ambil ringan dan akhirnya menyalahkan saya semula ? Jika saya menjerit marah sekali pun...tetap takkan pulihkan keadaan kan.


Wahai masa, kamu perlu berlaku baik dengan saya. Kata mereka, kamu boleh rawat semua rasa..










Jun 26, 2012

Bidadari syurga

Laksana bidadari syurga ? Tak terjangkau walau sedikit pun peri bidadari syurga itu pada saya. Yang dijadikan Allah swt dengan kulit putih bersih, mata jeli dan lebar, rambut berkilau umpama sayap burung nasar. Firman Allah. "Laksana mutiara yang tersimpan bak " (al -Waqi'ah : 23) . Rasulullah berkata - kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.


Lately, saya dan suami banyak bercerita tentang kehidupan selepas mati. Tentang barzakh...tentang neraka...tentang syurga. Tentang dia yakni lelaki yang membawa benih anak2nya sejak dia berusia 4 bulan dalam kandungan ( just nak bagitau yang dia mengandung lebih lama dari saya yang perempuan ni...*nnt saya share pasal perkara ni yer). Betapa kehidupan kita di dunia ini adalah singkat berbanding alam barzakh. Bayangkan Firaun yang telah lama mati..berjuta tahun lalu ...sekarang di barzakh, dah tentu terseksa. Saya sedikit mengeluh....berpeluh. Membayangkan syurga..yang indah....

(Saya sering bayangkan syurga yang putih...tak pasti kenapa. Tapi sentiasa putih dan bersih.)

Saya tak ingat bila, tapi pernah saya dan suami berdiskusi sambil saya berusaha kuat menyembunyikan sebak dan menahan airmata. Sungguh saya tak tahan....mungkin juga sakit hati. Bicara kami bukan tentang kami...tapi tentang suami dan isteri. Jika seorang isteri kematian suaminya...maka dia digalakkan berkahwin demi menjaga dirinya...menjaga maruah keluarganya...demi menjaga anak2nya...demi menenangkan suaminya ( yang dah tiada lagi). Saya tak faham.....stigma ibu tunggal, janda, sering di pandang negatif tapi adakah hanya dengan berkahwin semula akan menutup semua mulut2 jahat dalam dunia ini?

Benar, kita tak mampu menolak takdir. Qada' dan qadar tuhan.Tapi bersalahkan seorang wanita itu....yang menjadi 'sendiri' bukan atas kehendaknya.

Pernah saya dan suami bicara lagi...tentang suami d syurga. Wanita yang pernah berkahwin, suaminya adalah suaminya di syurga. Wanita yang kahwin banyak kali - suami terakhirnya adalah suaminya d syurga. Wanita yang tak pernah berkahwin d kurniakan suami di kalangan bidadara syurga. Seronok kah..? Saya tak pasti...

Saya ingin mencinta..seperti ummu darda mencintai suaminya; abu darda.
"Ya Allah, sesungguhnya Mohd Niza Mohd Zin meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMu utk menjadi suamiku di syurga "




(Suasana putih itu kembali menerawang kotak fikiran saya. Tak tahulah kenapa asyik putih. Mungkin da banyak kali d sogok dengan syurga ciptaan manusia yg berbaju putih..berkabus putih....)








Jun 7, 2012

Shasha

This time bout shasha - menjemput shasha serta adik sophie adalah perkara yang paling seronok saya buat setelah penat bekerja. Huh..penat laa sangat sedangkan duduk dalam pejabat yang berhawa dingin. Duduk depan lappy sambil jari jemari saya yang mulus ni (ahaks !!!) sebuk menaip huruf-huruf membina ayat yang panjang. Sesekali saya tekan button 'delete' dengan lama. Kadangkala ayat english saya jadi tak menarik...tukar arrangement plak.

oh lupa...nak cerita pasal shasha. Shasha baik-baik saja. Bila jemput shasha dari rumah babysitter, shasha dah mandi dan berganti dengan baju tidur. Rambutnya dah di sikat rapi tapi ada satu hal yang selalu je jadik punca  saya start membebel (part ni mmg para mommy terrer abis, xde mommy dalam dunia yang takkan membebel melainkan mommy tu memang orang kurang upaya ) bila rambut shasha yang panjang tu  di ikat dengan rubber band. Aduhai..mommy belikan shasha getah rambut yang cantik...siap warna warni lagi...tetap jugak babysitter tu pakai rubber band. Saya tak bising2.....selalunya mata saya melirik tajam pada rambut shasha dan rubber band tu. Geram !!

Jun 4, 2012

Selepas 5 tahun

Kali pertama dating...masa form 5...beberapa bulan sebelum SPM. Selepas tu ada banyak lagi siri-siri dating yang berlanjutan sehingga 2006. Dan 2007, saya akhiri dating tu dengan ikatan perkahwinan pada tarikh yang sama waktu kali pertama kami dating......

5 tahun berlalu,  saya kini  ada shasha dan sophie, yang menjadi lagu dan bunga2 mengiringi perjalanan hidup kami lewat 5 tahun ni. Yes, i'm happy... di kurniakan anak-anak perempuan yang manis, comel dan keletah (sori, mak mane yang tak puji anak sendiri kan..?) yang buatkan saya senyum dan ketawa. Malah buat saya menangis dengan permintaan dan perangai mereka berdua ni. Kecil lagi tapi demand tinggi. Saya yang garang been balance dengan suami yg sedikit tenang. Tapi bila si dia marah, si kecil saya shasha and sophie menjadi semakin kecil dan rapat dalam dakapan saya. Mommy marah hari2 pun takpe...tak takut langsung yer. Babah marah sikit je dah mencurah2 airmata jatuh ke pipi.