Jun 26, 2012

Bidadari syurga

Laksana bidadari syurga ? Tak terjangkau walau sedikit pun peri bidadari syurga itu pada saya. Yang dijadikan Allah swt dengan kulit putih bersih, mata jeli dan lebar, rambut berkilau umpama sayap burung nasar. Firman Allah. "Laksana mutiara yang tersimpan bak " (al -Waqi'ah : 23) . Rasulullah berkata - kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.


Lately, saya dan suami banyak bercerita tentang kehidupan selepas mati. Tentang barzakh...tentang neraka...tentang syurga. Tentang dia yakni lelaki yang membawa benih anak2nya sejak dia berusia 4 bulan dalam kandungan ( just nak bagitau yang dia mengandung lebih lama dari saya yang perempuan ni...*nnt saya share pasal perkara ni yer). Betapa kehidupan kita di dunia ini adalah singkat berbanding alam barzakh. Bayangkan Firaun yang telah lama mati..berjuta tahun lalu ...sekarang di barzakh, dah tentu terseksa. Saya sedikit mengeluh....berpeluh. Membayangkan syurga..yang indah....

(Saya sering bayangkan syurga yang putih...tak pasti kenapa. Tapi sentiasa putih dan bersih.)

Saya tak ingat bila, tapi pernah saya dan suami berdiskusi sambil saya berusaha kuat menyembunyikan sebak dan menahan airmata. Sungguh saya tak tahan....mungkin juga sakit hati. Bicara kami bukan tentang kami...tapi tentang suami dan isteri. Jika seorang isteri kematian suaminya...maka dia digalakkan berkahwin demi menjaga dirinya...menjaga maruah keluarganya...demi menjaga anak2nya...demi menenangkan suaminya ( yang dah tiada lagi). Saya tak faham.....stigma ibu tunggal, janda, sering di pandang negatif tapi adakah hanya dengan berkahwin semula akan menutup semua mulut2 jahat dalam dunia ini?

Benar, kita tak mampu menolak takdir. Qada' dan qadar tuhan.Tapi bersalahkan seorang wanita itu....yang menjadi 'sendiri' bukan atas kehendaknya.

Pernah saya dan suami bicara lagi...tentang suami d syurga. Wanita yang pernah berkahwin, suaminya adalah suaminya di syurga. Wanita yang kahwin banyak kali - suami terakhirnya adalah suaminya d syurga. Wanita yang tak pernah berkahwin d kurniakan suami di kalangan bidadara syurga. Seronok kah..? Saya tak pasti...

Saya ingin mencinta..seperti ummu darda mencintai suaminya; abu darda.
"Ya Allah, sesungguhnya Mohd Niza Mohd Zin meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMu utk menjadi suamiku di syurga "




(Suasana putih itu kembali menerawang kotak fikiran saya. Tak tahulah kenapa asyik putih. Mungkin da banyak kali d sogok dengan syurga ciptaan manusia yg berbaju putih..berkabus putih....)








0 comments :