Jul 25, 2012

May our dominant thoughts find the way to manifest !!! (Pls share this..)

The Law of Attraction simply says that you attract into your life whatever you think about. 

Nama penuh saya Nurul Ainain Ramli (tapi saya xkan tulis ic no# macam Khalil Affandi dalam blog tu yer) . Seminggu ni saya rasa tertekan dengan isu Muslim Rohingya, sedih, jiwa saya sangat berat dengan kasihan, simpati. Kalaulah saya ada tanah seluas dunia utk mereka, kalau lah saya kaya raya boleh beri mereka segala keperluan, kalaulah saya ada kuasa besar (bukan menyaingi yg Esa) tapi cukuplah sekadar kekuasaan utk menghentikan semua kezaliman, hentikan semua peperangan. Yang ada cuma dunia yg aman ni utk sama-sama kita kongsi.

Pls save Rohingya Muslim, bukakan akses utk bantuan kemanusiaan kepada mereka. Saya nak bantu walaupun dengan secupak nasi, walaupun dengan sebotol air bersih. Saya mencari zillion sahabat seperti saya. Doakan mereka selamat, doakan mereka dapat pembelaan sewajarnya. Doakan akses bantuan di buka.

Jom sama2 doakan yang baik buat Muslim Rohingya. Niat yang baik akan di balas baik. Siapa tamakkan pahala, panjangkan tulisan ini. May our dominant thoughts find the way to manifest !!!

Jul 23, 2012

Ni cerita budak berdua lepas berbuka semalam...mommy babah dok bersantai depan tv..2 beradik ni sebuk bergusti.

*************************************
"Ibu, saya nampak pelangi"

Saya adalah ibu yang sangat bahagia. Saya fikir itulah semua perasaan ibu-ibu di dunia yang mempunyai anak perempuan yang cantik, dan beberapa bulan sebelumnya, saya melahirkan anak yang kedua yang juga cantik. Saya berasa diangkat ke langit hanya kerana status saya sebagai seorang ibu yang punyai dua anak yang meneduhkan hati.


Segala-galanya terlihat sempurna, sehinggalah pada suatu hari, anak perempuan saya yang cantik itu datang menemui saya, berkata sesuatu yang saya sangkakan bahagia. Pelangi. “Ibu, mengapa saya nampak pelangi?”
“Sayang, mana ada pelangi di sini,” kata saya lembut. Rambutnya yang ikal saya belai penuh kasih.


“Betul ibu. Saya nampak pelangi,” katanya lagi dengan jarinya menunjuk-nunjuk sesuatu. Lama saya memerhatikan ke arah yang dia tunjuk, namun tetap sahaja kosong. Pelangi apa yang dilihat anak saya?
“Mana?” Saya terus bertanya. 
“Itu, merah, biru, hitam…”

Mendengarkan sahaja itu terus ketawa kecil dan berkata, “Anakku, pelangi mana ada warna hitam. Kamu main-mainkan ibu, ya?” “Betul, ibu. Saya nampak pelangi. Saya nampak pelangi.” Suara anak saya mula terdengar hiba, dan pelupuk matanya mula berkolam minta dipercayai.


Untuk pertama kalinya, saya diam. Apabila anak sudah meminta mahu dipercayai, saya melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius. Saya memandang tepat ke arah matanya. Saya meniup perlahan-lahan dan dengan senyuman madu saya berkata, “Ibu sudah tiup mata kamu. Ada lagi pelangi?” Anak kecil yang cantik itu mengejap-ngejapkan matanya. Kemudiannya dia menambah dengan menggosok-gosoknya.

“Ada lagi. Ada lagi pelangi. Ibu, pelangi ada lagi.” Anak kecil itu mula menangis tersedu-sedu. Resah saya sudah menggunung. Pada waktu itu saya tahu seperkara, anak saya tidak main-main. Lama saya terdiam, dan terlintas juga dalam fikiran mungkin anak saya terkena makhluk halus dan perlu bantuan bomoh. Mujur, sesaat selepas fikiran itu datang, saya kembali rasional, dan pada waktu itulah saya berjumpa dengan doktor mata itu.


Mata.
Untuk saya, semua doktor adalah sama. Mereka adalah orang yang mengubati, dan mereka adalah orang yang mengubati bukan sekadar dengan peralatan dan ubat mereka, malah dengan kata-kata, dan pada hari itu saya bertambah yakin dengan apa yang saya percaya.


“Puan, mata anak puan normal, tidak ada apa-apa masalah,” kata doktor itu sebaik mata anak saya diperiksa dengan alat yang tidak saya tahu namanya. Saya memandang anak perempuan saya yang duduk di sebelah kiri. Rambutnya saya usap sebelum berkata, “Matamu bagaimana sayang?” “Masih nampak pelangi,” kata anak saya dengan wajah hiba. “Dia masih nampak pelangi, doktor. Doktor pasti mata anak saya normal?” soal saya dengan wajah khuatir. “Ya, normal.” Jawapan dan senyum doktor itu masih belum meyakinkan saya, dan saya kembali bertanya, “Jadi bagaimana dia boleh nampak pelangi.”

Untuk soalan itu, doktor itu diam seketika. Sempat kembali fikiran saya membenarkan, yang anak saya itu mungkin diganggu makhluk halus. “Berapa bulan umur bayi Puan?” soal doktor itu lembut.
Berkerut juga dahi saya mendengarkan soalan itu. Apa kaitan bayi saya dengan pelangi yang dilihat oleh anak perempuan saya? “Lapan bulan,” jawab saya tanpa meluahkan rasa sebenar hati.

Doktor itu mengangguk-angguk. Dan saya pula bertambah bingung. Saya kenal angguk itu, itu angguk yang punya jawapan, tetapi apa? “Puan, memang mata anak Puan normal. Apa yang tidak normal adalah pada perasaannya,” kata doktor itu dan membuatkan saya terkejut. “Maksud doktor?” Kuat hati saya mengatakan doktor itu juga percaya yang anak saya diganggu makhluk halus. Sekiranya tidak, mengapa dia berkata perasaan anak saya tidak normal?

“Selama ini, anak Puan rapat dengan Puan. Saya percaya, ke mana-mana sahaja Puan pergi pasti anak ini mengikut ataupun Puan sendiri yang membawanya bersama. Itulah yang ada dalam perasaan anak ini, dia percaya yang dia akan sentiasa punya masa dengan ibunya. Masa yang tidak pernah terhad. Tetapi pada ketika Puan melahirkan anak kedua, anak ini mula berasa ada sesuatu yang tidak kena. Masa Puan yang sebelum ini bersama dia, sudah dibahagikan. Tetapi untuk anak kecil ini, itu bermaksud Puan sudah tidak punya masa dengan dia.”

“Jadi?” sampuk saya segera. Entah mengapa saya berasa khuatir mendengarkan penerangan doktor itu.
“Maksud saya, anak Puan merasakan, Puan sudah tidak ada masa dengannya. Sayangnya, dia masih kecil dan anak kecil tidak tahu bagi meluahkan perasaannya. Dia cuma mengerti sesuatu perlu dilakukan bagi menarik perhatian Puan, dan dia pun mula terlihat pelangi. Dia tahu, ibunya sayangkan dia tetapi dia berasa sering dilupakan. Melihat pelangi adalah jalan bagi diingat kembali dan ia adalah jalan bagi mendapatkan perhatian,” terang doktor itu, jelas dan bersungguh-sungguh.

Saya terpempan. Kata-kata doktor itu meresap ke hati. Aduhai anakku, kasihannya kamu. Hanya dengan melihat pelangi, kamu fikir dapat mendapatkan kasih sayang ibu. Anakku, kamu tidak perlu nampak apa-apa sayang, ibu sayangkan kamu. Cuma ibu yang terlupa ada kamu untuk selalu diberi masa, untuk selalu diberi perhatian.Dan pada ketika itu jugalah saya peluk anak saya. Peluk dia kuat-kuat dengan air mata saya menitik.

“Maafkan ibu, sayang. Maafkan ibu. Ibu sayangkan kamu.” “Saya juga sayangkan ibu,” balas anak saya, dan air mata saya semakin tumpah ruah.


Cerpen ini berdasarkan pengalaman sebenar Prof. Dr. Muhaya dalam mengendalikan pesakit mata.
Artikel ditulis oleh Tuan Bahruddin Bekri.
******************************************************************************
Rasa apa yang saya rasa ??

Iftar hari ke2

Iftar hari ke-2 dengan nasi keju + grilled chicken + mixed vege. Tapi di pandang sepi je...since en. suami takde selera nak makan so saya pun makan laa sensorang kat meja makan. Shasha pun menyuap 2,3 sudu jek. Tak sedap kot...

Saya pandang baki 2 ketul ayam tu. kompom sahur nanti tak bersentuh jugak. Saya belasah air je....Hari pertama puasa, kepala pening. Perut bunyik2...adik sophie asik menyusu je..mommy pulak x makan. maghrib makan coklat...dengan harapan menjadi gula instant dalam darah. Pening kurang, malas pulak bertambah. Huh...

Jul 22, 2012

Ramadhan came back....and we're just doing fine.

Selamat datang Ramadhan....ia rahmat dari Allah, dberikan masa, ruang dan peluang untuk menunaikan ibadah puasa sekali lagi. Kali pertama bersama Sophie. 

Iftar pertama kami hanya menu dari bazar ramadhan terdekat dengan kawasan perumahan. Tak selera, cuma ingat nak minum je. Tanpa pemanis mulut, sedikit kecewa bila saya dan en.suami terlupa nak beli kurma. Terkenang zaman bujang dulu, setiap kali ramadhan abah yang sebuk belikan stok kurma. Sehingga tahun2 awal mommy dah kawen pun..tetap abah yang belikan kurma. Tapi sejak abah bersara, kurma ramadhan kami beli sendiri. Bukan jenama terkenal yang teriklan di tv, cuma pek biasa dari Iran. Tapi abah sangat pandai pilih kurma...dan saya pun, dah terbiasa dengan pilihan kurma abah - yang gelap, lembap dan tanpa tangkai. 

Hari pertama ramadhan tahun ni, kami hanya di Shah Alam je. Kesibukan membataskan ruang dan pilihan kami utk kembali ke kampung bersama keluarga. Sedih.....? yup, sedikit....tapi en.suami selalu je pujuk. We're just doing fine...it's ok.

Jul 18, 2012

Cerita sophie

Asik cerita pasal shasha saje..sophie mane..? Sophie ada, menempel je kat mommy tengok kakak buat perangai. Setiap kali kakak joget, berpusing2 dan melompat2 depan tv sambil nyanyi lagu2 dalam magika - adik sophie tengok je. Making observation i guess. As per babah story last few days...congrats to shasha for making her sister become cartoon network channel 613 big fan.

Nak bagi makan kena duduk depan tv sambil tengok kartun, nak pakai baju kena baring depan tv jugak. Haduyai. Menginjak ke usia 10 bulan ni...sophie da mula lasak. Bangun je dari tdo, skang da pandai nanges. Kalau dulu, ramai yang cakap sophie ni baik sangat..senang nak jaga ! yer...senang laa sangat. Kalau dulu, sophie tdo dalam buai...bile dah jaga terus jek mumbling sorang. She sounds so cute..skang terus jerit jek. The best part bila sophie da pandai duduk dalam buai. Silap haribulan, menangkup terus ke lantai.

This little lady pun dah pandai tunjuk perasaan. Asal nanges je terus tutup muka....kalau tengah meniarap, ke dada lantai laa muka dia dengan nada nanges paling sedih dalam dunia. Haduyai.....

Esok sophie genap 10 bulan. Maintain kuuuuuus semangat. Sophie da pandai merangkak..da pandai nak memanjat sana sini. Dah pandai babai babah...

Sophie dah pandai panggil "maa" ..refers to mommy. Si kakak shasha panggil "mii" refers to mommy juga. So i shud put them in a line with sophie 1st....jerit "maa" then kakak jerit "mii" Hehehe...then baru complete for mommy.

Si kecil sophie ni pun dah pandai mengemas...kepandaian paling hebat adalah menceraikan tisu dalam cebisan yang paling kecil. Sama je macam kakak masa kecik2 dulu. Suka sangat main koyak-koyak tisu. Another thing nak tengok...adakah sophie pun suka main bedak macam shasha.

Tapi persamaan antara sophie dan shasha ni..2-2 pun suka main dengan mommy punyer measure cup. Si adik sophie memang hobi dia selongkar drawer barang2 cookies mommy. The cutter, measure spoon, scope, whisker sumer da tercampak sana sini. Datang si kakak, terus sama amik paper cup, amik plastic mould nak isi gula-gula katanya.

Both suka masak i guess. Harap2 begitulah.....babah pun dah mula menyuarakan kebimbangan yang bakal chubby hingga hari tuanya. Bini dan anak2 suka masak...babah suka makan je.

Lagi pasal sophie.....blom tumbuh gigi pun tapi suke gigit orang. Geli bila kena gigit dengan gusi sophie yang tumpul tu. Ahaks !! Dah pandai berdiri tapi main2 kat tepi sofa je...babah suruh buat balancing sendiri terus sophie lemahkan lutut. Haish..berat dek montot je sophie ni. Suke cubit babah..pastu pandai kenyit2 mata. Cute !!! Bila sampai tahap lawak for sophie - dia akan ketawa sampai hidung berkerut. Terus penyek muka....


Bila duduk ngn kakak shasha berdua - main di ruang tamu ker, main dalam bilik ker..ada je yang jadi bahan ketawa utk mommy dan babah. Shasha , selagi ada benda semua nak suruh si adik pakai. Penutup bekas tisu mommy pun boleh jadi bahan mainan. Haduyainyerpunnn....Si adik pun seronok je layan kakak...buat ape pun kat 'saya' tak kisah...asal kakak bahagia. Terkekek2 laa si kakak gelak tengok adiknye pakai penutup bekas tisu kat kepala. Adik pulak maintain cute jer...2 beradik ni memang suka pakai benda pelik-pelik kat kepala..Kakak dah try dulu..pakai bakul mini kat kepala. Haish .





Jul 16, 2012

Nak pegi rumah nenek kebayan..

Cerita shasha lagi..yang suka jerit-jerit. Kadangkala, sedang saya dan suami sibuk diskusi pun dia sama nak tanya itu dan ini. Hinggakan kadangkala, kami sedikit meninggikan suara. Bersalah kah saya..? Macam2 dugaan membesarkan anak yang semakin besar, ligat, nakal, pandai (of course !!). Shasha saya tersangatlah keletah, tersangat manja (dengan babahnye saja...sebab mommy dah penat buat keje rumah ngan layan adik sophie. Tapi itu pun tetap kena marah dengan babah bila manjanya menjadi mengada-ngada plak.)

Dah beberapa minggu, saya dan suami asyik layan cerita 'Magika' jer. Dah naik pening da kepala saya dengan lagu-lagunya. Dengan aaauuww-aaauww nenek kebayan. Bila jemput shasha dari rumah babysitter, dia asyik cakap nak pegi rumah nenek kebayan. Haduyai..mane laa saya nak carik nenek kebayan kat shah alam ni. Tambah lagi, nenek kebayan versi shasha mesti pakai kebaya merah merah pendek, kain batik lepas dengan sanggul tinggi. Then boleh nyanyi2 siap sound effect aaauww aaaauuuwww gitew. Muda dan ramping....bukan nya tua dan kerepot yang selalu kite imagine kan dulu.

*mak-mak zaman 80'an sure imagine nenek kebayan yang serupa dengan mommy. Kan kan kan...??? Doh bongkok tiga...then jalan sorang2 dalam hutan. Bila ada orang sesat dalam hutan, sure jumpa nenek kebayan ni....so nenek ni offer nk tumpangkan rumah dia utk tdo malam tu..sbb hutan da gelap sangat dah. So orang yg sesat tu terus ikut nenek kebayan tu balik......lepas tu terus lupa nak balik. kan kan kan......dok ngn nenek tu kunun 2,3 hari jer....tapi kat dunia kita da hilang 2,3 tahun Huhuhh......

Jul 10, 2012

Follow my blog with Bloglovin

Jul 9, 2012

Hoore hoore....saya ada 2 anak perempuan !!

Kesibukan hari2 bekerja dengan urusan kerja...malamnya menguruskan hal anak2, hal suami, urusan rumah dengan makan dan pakainya, dengan kebersihan rumah..buat saya tak betah duduk diam. Brain exhausted - perkara ini sering saya buat saya terlentok d sofa...terlena tanpa sengaja. Sering saja saya mengelak dari tidur d awal malam..bimbang tentang anak kecil saya sophie yang belum makan malam lagi.....anak saya shasha leka menonton kartun takkan pernah rasa lapar hanya jika di tanya.

Namun lewat petang jumaat lalu.saya tewas juga. Hampir 2 jam berlalu..dan saya terjaga bila babah shasha dan sophie kejutkan saya. Saya pantas bangun, mencari sophie....malam hampir larut...tapi anak kecil saya dah siap mandi. Kata babah, sophie dah siap makan..lepas makan tadi siap buat keje lebih masa pula. So babah da mandikan...da siap pakai baju..wangi ! Anaks saya shasha masih setia depan tv....menonton magika. Asyik benar dia menyanyi kecil....aauww auuwww auuwww - sound effect dari lagu nenek kebayan.

Jul 6, 2012

Shasha - Final part

Sambil jari-jari saya yang penat ni melayan excel buat report...telinga saya asyik dengan OST Rooptop Prince. yer...saya tau drama korea tu da lama tamat..dah dgantikan dengan cerita lain pun tapi hati saya masih lagi lekat dengan kesedihan dan cinta dalam cerita ni. Saya jer.......? i bet, those yang falling in love dengan cter rooftop prince sure akan google OST drama ni. Alternately..........................type kat Youtube jek. Senang !!!

It was sad ending....tersekat nafas saya menahan sebak. Menyorok muka dari encik suami jugak. Haiseh.....hati rapuh saya ni mudah saja mengalirkan airmata tentang apa saja berkaitan cinta. Dah kawen, tentang anak2 kecil pula. Jiwa makin mellow dengan keperitan, kesusahan, kepedihan seorang wanita, ibu, kekasih..

To be exactly, i have been a mother for 5 years on 20 June 2012. Giving birth to my princess shasha who was 3.4kg on deliver day. She's chubby..yup, the very ! Having the experience for normal birth was a great moment for me. I am a hero....taking care all the pain with NO pain killer. Pergh !! Couldn't remember how was the pain..but all i know - its really painful. Wonder how a young girl can gave birth alone ...in toilet, in own room. Terima kasih Allah..dengan janji-Mu, kesakitanku adalah kifarah menyucikan segala dosa, salah dan silapku. Kau yang memberikan aku rasa...rasa utk menyayangi...rasa untuk mengasihi...rasa untuk menjaga. Moga aku juga akan sentiasa d kasihi oleh Shasha.

Yang menyambut hari lahirnya - kali pertama dalam satu majlis yang meriah. Yup..meriah !! Seronok menerima kehadiran keluarga....bonda dan abah saya. Keluarga Paktam dan Maktam dari Melaka. Adik-adik saya bersama family masing2. Anak2 buah kesayangan saya....... Terselit rasa terkilan, tapi cepat2 saya padam perasaan itu pada hari yang meriah itu. Saya melihat keluar - mungkin mereka tiba lewat.

Majlis yang saya janjikan buat anak pertama saya...adalah pertama dari saya dan suami juga. Kali pertama handling an event at our own house. Encik suami saya begitu rajin mengemas..juga membantu saya di dapur. Pendek kata, keperluan majlis hari tu memang hasil tangan saya dan suami saja. Berbaloi terasa penat bila melihat anak saya; Shasha sangat gembira. Hadiah hari lahir dari Paknah berjaya mengalahkan hadiah daripada babah yang berupa gadget peribadi itu. Hik hik..saya geli hati melihat suami saya yang sedikit kecewa. Anak kecil babah....she will know later on what the gadget can do for her....pelan2 kayuh k.

It was a great day..with birthday balloon, my own recipe  grilled chicken, 1st try mashed potato and highly recommended Russian black n white chocolate cake.

To my dearie Shasha - mommy sayang kamu with all of my heart. From the 1st day u make mommy smile...till today u still steal piece of my heart. Mommy ada 1 hati...tapi semua itu lah utk kamu..utk adik sophie juga. Be a good girl, insyaAllah..mommy mahu mendidik shasha menjadi muslim yang baik juga.

InsyaAllah.