Sep 26, 2012

Bunga Seri Bulan

Masa kecil dulu, saya tak minat langsung balik ke kampung abah. Perjalanan dengan van nissan lama abah ambil masa hingga 3 jam ke Kg Chinta Manis, Karak, Pahang. Jalan raya yang bengkang-bengkok tu selalu saya buat saya pening kepala. Van lama abah tiada air-cond, jadi bila hujan...saya dan adik-adik selalu je rasa tak selesa. Panas berpengap. Penah juga satu ketika saya bukak tingkap, ada satu lori besar selisih dengan van lama abah - air yang bertakung tu menerpa masuk ke tingkap. Terkena saya dan adik..

Argh...!!! Tu cter lama dulu. Skang kalau nak balik Chinta Manis, sejam setengah dah sampai. Tapi.................Wan dah lama tiada. Sesekali saya rasa rindu dengan Wan bila terpandang bunga Seri Bulan. Saya bertanya dengan en.suami....ape nama bunga ni dalam English - tapi dia pun tak pasti. Carian saya terhenti di situ.

Awal tahun 2012, saya bercuti di Cameron Highland. Kata en.suami sebagai hadiah hilangkan penat selepas melahirkan anak kedua. Saya jumpe bunga seri bulan ni lagi. Saya beli !!! Saya beritahu en.suami. - saya nak tanam bunga ni banyak2. Sama banyak yang macam wan tanam kat kg Chinta Manis. En. suami kata, bunga seri bulan ni perlukan cuaca yang lembap, rumah saya kat shah alam selalu je terik. Saya diam...tapi rumah arwah wan kat chinta manis pun panas ! instead of bougenvilla (bunga kertas), wan tanam banyak bunga seri bulan dalam pasu yang tersusun cantik kat tangga depan rumah.

At first, i was confuse between seri bulan dengan lilac. as usual minta bantuan mr google. Masuk wikipedia bagai...and at last, flower that i referring to is 'Ajisai - Bunga Tiga Bulan - Hydrangea'


Sesetengah orang panggil bunga Raja Deli, 
bunyi macam bunga diRaja,
Ada yang memanggilnya bunga Siti Zubaidah, 
macam penyanyi nasyid dari Mesir,

Ada yang memanggilnya bunga kembang tiga (3) bulan,
macam tempoh kucing bunting pula,
Ada juga yang mengelarkannya bunga lapan (8) warna,
warnanya bertukar mengikut usia 'kembang'nya,

Ada pula yang sebut kembang bogor,
haa... yang ini memang pelik sikit bunyinya...

Bunga yang saya bawak balik dari Cameron tu dah lama mati Sobb...sobb.....Aish..tak kisah laa pape pun, saya masih berangan nak semakkan laman rumah dengan bunga seri bulan / 3 bulan ni.

Sep 20, 2012

Late entry - 32 tahun

Semakin lama saya mengisi masa di dunia, semakin tua saya bersama masa...semakin hampir dengan saat mati. Cuma saya tak pasti. Dari saat saya di lahirkan, dari saat pertama saya bernafas...sayalah anak pertama yang di kasihi dan di sayangi. Dari saat saya mula baligh, dan dosa-dosa saya mula di hitung dan terbeban ke bahu abah...sehinggalah hari terakhir sebelum saya mengahwini seorang lelaki.

Menginjak ke usia 32 tahun ini, apakah saya masih memberi kekecewaan dalam keadaan saya yang tak sedar tentang kesalahan dan kesilapan. 


Belajar dari kesilapan adalah satu hal tapi membuat salah dan silap itu pula adalah satu hal yang lain. Tapi kita semua mahukan yang terbaik dalam hidup. Yang paling sempurna buat kita. Tapi saya menerima seadanya - kerana yang ada ini dah cukup sempurna buat saya. 

Yang pasti ada masalah ....lalalaa


Owh.....too much to be my FB status update. But this is the lyrics that been brain bugging the babah and the mommy - almost everyday. Perihal anak dara kecil saya shasha yang dah pandai menyanyi2 kecil tika babahnya sebuk memandu pulang dari rumah babysitter. Actually she will sing any song that playing on the radio.

Fav station always is Hot.Fm so boleh di katakan lagu yang di mainkan waktu pagi akan play lagi waktu petang. Dah arif sangat dah..so kami terperangkap dengan lagu ni since banyak baris yang shasha nyanyikan sambil dia memandang luar melihat bas kilang. Melihat lori besar dan tetiba shasha separuh menjerit..."mommy, tengok tu....lori tu. Sama laa..warna orange !!! " As i'm looking around...aduhai..kaler blouse saya senada dengan kaler lori bawa barang binaan. Aiseh.. !!

She's been doin' great with colors now...selalu saja dia betulkan kami dengan 'ungu'...tapi shasha akan betulkan "purple lah.."."ini pink lah...." "ini orange lah"

Dan penyakit baru telah tiba...."Lalalalalala...smurf the happy song !! " Haduyai..sampai rumah je nak smurf, sebelum tdo nak smurf....bangun tdo nak smurf...Tdo pun dengan smurf.

Sejak 2 hari lepas, badan shasha dedar saja...nak kata demam..shasha elok saja. Tapi nak kata elok..shasha selalu je cakap..."mommy. cube rasa..shasha ni demam !!" Alahai, kasihan pulak mommy tengok shasha...selalu je merengek-rengek tika saya dan suami seronok bergurau dengan si kecik sophie.
Yup, saya dan en suami perasan. Shasha cuba menarik perhatian...dan kami berikan perhatian itu. Tapi tak pernah cukup...sedangkan masa saya utk diri sendiri tiada, ini kan pula utk suami. Jauh skali..ape yang sempat je. Selebihnya utk shasha dan sophie..itu pun kena bagi 2.

Haish...nak benti keje rasa x mampu. Penat melampau. Bile da keje..macam ni lah, tak cukup masa nk urus semua. Perihal si adik sophie yang selalu tdo lewat. Bilik tidur kami dah gelap tapi sophie seronok saja berguling-guling...dan memanjat kepala katil. Sesekali dia merangkak atas saya dan suami...dan dengan seronoknye menampar muka babah yg tgh hebat berdengkur. (hak hakhak.....masa ni saya tak boleh tahan lagi - pecah perut ketawa, Mengantok  tadi tiba2 hilang) Babah mengucap panjang, Saya kesian kan suami tapi si sophie buat lawak tahap maharaja..so biarlah saya ketawa dulu...

Si kakak dengan lalala dan lepaskanlah..si adik been amaze us with her funny face plus new born tooth.
Kesian dia...demam semalaman sebab nak tumbuh gigi..




Sep 19, 2012

19 Sept - Happy Birthday Sophie


19 Sept 2012 - Sophie is officially 1 yr old. 

Sep 11, 2012

Mixed Fruit Cupcake

Im looking for the original recipe of my mixed fruit cuppies, but seems cant find it at all. Sorry laa dear....for those yg berkenaan, saya telah mengolah resepi anda mengikut kesesuaian tekak saya. Huhuhu....

Mak dan abah memang sangat gilakan kek buah, dah bertahun mak pencen buat kek. Kesian abah, bilamana saya buat kek atau cuppies abah selalu je tanya "along tak buat kek buah ? " Aduhai, sedih pulak rasa hati saya...terasa macam time tu jugak nk carik butter ngn mixer ngn mixed fruit nk buat kek utk abah. Tapi saya fobia nk bake kek yg besar2. Siyesly !!!! So i prefer cuppies yang mudah dan yang lebih penting, lebih cepat masak. Bila da masak, i cant get myself to wait for that long too cut ..so kalau cuppies boleh terus test the texture whether ok ke tak. Kalau tak OK, as always...saya akan campak ke tong sampah sebelum en.suami nampak. hehe..

To my buddies, who request the recipe. Here u go with my version of 

Mixed Fruit Cupcake. 
200g butter
180g gula kastor (original resepi mention gula pasir )
3 biji telur 
300g tepung naik sendiri (original resepi guna tepung gandum)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
60ml susu cair (original resepi guna 5 sudu besar susu cair)
250g mixed fruit (rendam dalam air suam)

1) panaskan oven 180'c - prepare cuppies tray ( adunan ni bleh dapat dalam 25-26 cuppies) 
2) rendam mixed fruit - saya belasah dengan air panas nk bagi kembang cepat.
3) pukul butter + gula hingga kembang dan ringan.
4) masukkan telur dan pukul lagi ( one by one )
5) masukkan esen vanilla
6) then masukkan tepung (gaul sebati dengan baking powder + baking soda) selangselikan dengan susu cair
7) sejatkan mixed fruit - then masukkan separuh bahagian ke dalam adunan --> gaul rata.
8) then sudukan dalam papercup 3/4 penuh 
9) lastly taburkan separuh bahagian mixed fruit tu atas adunan cuppies 
10) very final stage - bakar selama 20-25mins. (ikut keperluan lah yer) 

As i can remember, the original way to bake this cuppies much more easier than my version. But thru experience, i have revise few step. End result as below. Walla !!!

Happy baking frens... :)








Sep 10, 2012

Birthday Abam - Seremban

Celebrate bday abam - anak buah kesayangan saya yang menginjak ke usia genap 5 tahun pada 6 September yang lalu. Tapi bday party hari satu lepas bersamaan dengan birthday saya. Huyaa huyaa huyaa. Saya dah 32tahun hokeh. Bilangan yang banyak...tapi saya tak gusar pun. Ape lah yang ada pada nombor.....kan kan kan.

Tapi adik lelaki bisikkan ucapan ni, kala kami bersalam "along dah 32 tahun, anak baru 2. Cepat cket catch up !! " Mak oii...mentang2 laa dia da jauh di hadapan...sound direct je kakak dia ni. Adik lelaki saya beza setahun je tapi dia dah ada 4 org anak. Pregnancy yg ke3 dapat twin boy. Waa...senang keje. Pregnant one time..terus dapat 2 anak.

Tapi tengok wife dia yang sedia kecil tu, bertambah kecil pula. Adik ipar saya, tak penah gemok. huhuhu untungnya dia..masa pregnant cantik, da ada anak 4 pun tetap cantek.

Kali ni, nak cerita pasal abam, Anak sulung pasangan adik lelaki saya dan isterinya. Masa dia kecik2 dulu, saya tatang sampai ke langit tu haa..since saya xde anak lagi. Punye laa sayang bagai nak rak..sampai saya da kawen, dah besar perut mengandung 7 bulan- pegi jugak umah abam carik dia d tengah2 malam. Rindu nk cium, rindu nak tengok dia ketawa. Skang abam da besar...dah 5 tahun. Da pandai cakap, pandai jugak buat perangai haha..

Untuk bday party abam...mommy sempat buatkan fancy cookies dengan fruit cup cake for jamuan. Nenek kata tak payah susah2 tapi mommy da terlanjur susahkan diri, so sudahkan jugak laa cookies abam ni. Skang mommy demam polka dot, so dah melarat kepada anak saudara juga ye. Sian abam...terpaksa terima polka dot mommy..girlish sangat kan....

 fancy cookies polka dot biru utk abam

fruit cupcake

A few project made for fancy cookies but this is the 1st time publish on net. Akhirnya !!!! And the fruit cupcake adalah latest version from mommy since previous recipe made me gone wild. Several made attempts but sumer pun x menjadi. Keras laa..berderai laa...batat la. Sumer pun ada...but the latest recipe yang saya jumpe ni are the perfect after minimal revision. Walla.....

So, happy birthday abam. Semoga di kurniakan kesihatan yang baik, jadi anak yang baik, Berbudi pekerti, hormat orang tua. Berjaya di dunia dan akhirat...dan menjadi muslim yang baik juga. Abam da besar....dah ramai adik. So jangan nanges2 k.....



Sep 6, 2012

(Tanpa tajuk)


Saya kira, ibadah kite sebagai isteri menyayangi, mencintai dan mengasihi suami yang kita kahwini. Lebih2 lagi si dia menjadi tunggak keluarga - menjaga dan melindungi serta mencari rezeki demi keperluan di dunia ni.

Ikutkan hati, saya tak perlukan duit jika hanya boleh hidup dengan cinta dan kasih sayang. Tapi semua perkara dalam dunia ni perlukan duit.(Sigh ...mengeluh lagi)

Kerja penat, kalau tak kerja lagi penat kot. Saya membayangkan jika saya boleh berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. For the time being, cuma adaptasikan kerja2 saya sebagai surirumah sepenuh masa pada hari ke miggu tu berlaku pada setiap hari. Pergh !! Penat nyer.

Baju yang basah tak sempat kering, kejap kang basuh kain. Kejap kang basuh pinggan. Kejap kang memasak. Mandikan anak-anak..kemas umah. Sidai kain..pastu tdokan anak...pastu pastu pastu.....tiba2 je da lewat petang. tak sempat nak mekap2 pun. Tak sempat nak smsmsmsms mak, kawan atau layan facebook. Tak sempat nak usha blog nk online shopping. Tak sempat nak amik gambar pakai hp then upload kat fb. Dah tentu, saya takkan ada masa nk update blog macam yang saya buat skang ni. owh...penatnya.

Berfikir tentangnya pun da penat, ape tah lagi kalau memang kena buat hari2. waaa...penat penat dan penat. Takpelah..saya pilih utk kerja lah. At least dapat juga bantu en suami  (alasan !!!!) dapat juga pocket money sendiri ....(senang nk transfer mthly allowance kat mak abah, nk online shopping beli  korean poplooks , nk beli kasut dan handbags dan macam2 lagi )

Biarpun sering di ingatkan en.suami..apa yang berlaku; yakni baik atau buruk telah di atur Tuhan. Kita harus redha dan menerima. Satu perkara menjadi seorang isteri - perlukan hati yang sangat kuat, bersih dan ikhlas, Bercakap dari pengalaman sendiri buatkan saya memahami hati kawan2 saya yang bersedih. Benar, bukan senang utk memaafkan dan seterusnya melupakan. Tapi biarlah masa yang merawatnya..sebab masa itu benar2 meredakan kesakitan, kepedihan. Dengan syarat, usah di kenang, usah di ungkit biarpun demi mencari teladan.

Walaupun hati saya kadang2 sakit..tapi saya mencari kebaikan dalam setiap hal yang boleh membahagiakn saya. Usah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu di bakar. Kerana...kerana..kerana....

Kebahagiaan bukan boleh di nikmati dalam masa yang singkat...perlukan pengorbanan..perlukan kesanggupan utk terus berusaha mencari kebahagiaan dalam kehidupan. Owh...saya teringat Prof. Dr Muhaya ada cakap.....dalam Semanis Kurma - TV9. "Dalam perkahwinan kita bukan mencari kebahagian tapi kita bawa kebahagiaan itu utk sama-sama di nikmati " Bagus kan...?

Since then, saya lebih relax. Positif thinking sentiasa menguasai minda saya.

Cerita yang di kongsi di facebook hari ni buat airmata saya bergenang. Sebak mudah saja datang. Tau ia akan datang jua satu hari nanti..dan saya perlu siapkan diri dengan ape jua keadaan. Tak kisahlah siapa jua yang di jemput Allah terlebih dulu, hanya satu impian saya - kekal menjadi kekasih hingga ke syurga.


Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 
dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."


Tapi saya bukan ahli psikologi, bukan ahli ilmu, bukan doktor yang dapat beri cara demi mencapai ini semua. Biarpun saya berkongsi atas nilai seorang kawan...bukan semua boleh menerimanya. Pokok dek kau lah...kalau mahukan yang baik..akan hadirlah yang baik. Kalau sentiasa fikirkan negatif, akan hadir jua lah yang negatif itu. Jadi, sentiasalah kita bersangka baik. Sesama suami dan isteri, sesama ahli keluarga, sesama adik beradik, sesama kawan-kawan juga. Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya.

Sep 5, 2012

Cemburu tanda sayang

Perut saya dah terisi, itu pun bermula tengahari tadi tapi - terasa kosong. Minda saya tak berfikir - terasa kosong. Jiwa saya penuh - dengan cinta.

Lately saya melihat facebook wall saya penuh dengan tanda cinta - di mana2. Adik2 lelaki saya kini dah memakai tanda nama baru yakni suami. Adik2 perempuan saya pula, sibuk menyediakan diri demi perjuangan melahirkan umat Muhammad yang baru. Alhamdulillah.

Cinta di mana-mana, bahagia pula terasa.

Tapi saya berkenan dengan satu status update, tulisnya "poligami - salah satu cara menyebarkan bahagia. Ops..i'm not pro poligami but then, tidak pula menentangnya. Those yang berkemampuan, berkesanggupan dan berdaya mengimarahkan kehidupan melalui perkahwinan dengan cara poligami..there u go ! But i prefer monogami.

Sebagai seorang perempuan, wanita, kekasih dan lebih2 lagi sebagai isteri - tipulah kalau korang kata tiada sekelumit rasa cemburu pun dalam hati. Alangkan si Aishah isteri Rasulullah saw pun tahu cemburu - inikan pula kita. Saya khususnya.

Masa saya muda remaja dulu, ada juga yang komen..saya ni tak tau nk express rasa cemburu. Cemburu tu kan tanda sayang. Yup, saya sayang tapi saya takde tempat nk tunjukkan rasa cemburu. Sebab apa...sebab orang yang saya sayang tu dah sebuk bertenet ngn awek lain. So tinggal laa saya je yang menjadi saksi drama samarinda mereka berdua.

Bila da kawen, seriously - how u felt as a wife dan perasaan memiliki itu sangat berbeza. Ia datang dengan sendiri dan saya boleh jadi cemburu dengan arifnya. Cemburunya saya bila tengok en suami asyik melebihkan anak perempuan kami yang pertama. Cemburunya saya bila dia asyik meluangkan masa depan laptop sampai tengah malam dengan kerja2 nya.

Dengan rasa cemburu yang saya miliki, saya tak mungkin miliki payung emas. Err...takpelah kot. Saya taknak lah payung emas tu. Saya prefer gelang emas dari suami saya jek. Hak hak hak.....

Sep 4, 2012

Pemerhati bebas

Masih dalam mood raya.? Syukur alhamdulillah saya tak lagi mengunyah biskut raya kala depan tv. Notice kasut makin sempit petanda badan da gemok. Sengaja pakai baju yang longgar supaya tak terkesan di hati..? hahaha...ok laa. Gerun menjadi gemuk tapi harus saya akui - menjadi gemuk ketika hamil adalah perkara biasa bagi saya. I cant practise for diet during that period. Honestly, i ate for two and purposely ate for fun and craving. Even masa tu tak lapar pun....just nak isi perut yang dah sedia memboyot.

Sophie hampir menginjak ke usia 1 tahun 19 september ni. Cepatnya masa berlalu... dan sehingga waktu ini, sophie masih tak mempunyai gigi. Yup, her porridge still in blended version. Tapi dah meng'onye macam2 - biskut raya, kerepek pisang, chipsmore, epal. Cepat skit adik tumbuh gigi ye..macam2 boleh makan.

Si kakak shasha, semakin kaya dengan perbendaharaan kata. Semua ayatnya menjadi kelakar pada saya. Subjek dan predikat tunggang terbalik. Yang terbaru, shasha banyak menggunakan perkataan 'tapi' dan 'dan'. Setiap hari adalah waktu demamnya....

shasha : mommy, shasha ni demam. cuba rasa ! (sambil memberikan dahinya..)
mommy : tak panas pun....
shasha : tapi shasha ni demam!!.tak boleh minum ni..shasha ni demam. (sambil letak botol susu yang dah kosong ke tepi tilam)
mommy : (....................dah abis telan susu ..dah kenyang..baru perasan diri demam eh )


Begitu lah mereka, setiap hari..x sunyi dari bercakaran. Si kakak suka sangat menyakat...geli benar hati si kakak shasha tengok si adik mengamuk. Si adik sophie plak, nama je adik kecik tapi suara besar. mommy plak jadi tukang tengok. Sekadar menjadi pemerhati bebas menjadikan saya seronok membesarkan 2 anak perempuan yang berbeza kehendak dan keperluan ni.