Dec 30, 2010
Makan-makan @ Seoul Garden
Dec 29, 2010
Semoga Abadi
Pagi ni jalan-jalan kat web gossip, entah kenapa mood aku pagi ni senada dengan langit mendung hari ni. Sejuk tanpa mentari. Alkisahnya pasal artis indonesia yang entah sape dan tak glamer cter pasal Misha Omar yang ciplak lagu dia. Misha Omar da release album ni tahun 2006, da nak masuk 2011 baru perasan ker..? ke sengaja nk buat kecoh mentelah pula kita skang tengah hangat pasal AFF malam ni. Antara belahan dada dan cahaya laser?? Artis indon yang tak glamer ni pun sengaja carik topik hangat antara Msia dan Indonesia yer...
Anyway, this is my favourite track from Misha's album on that year. Dedicate the whole mellow melody utk buah hati pengarang jantung hati Mr DutaLee.
Dec 28, 2010
Tawakal jalan terbaik hadapi dugaan hidup
KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.
Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran. Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus? Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18) Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.
Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka. Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita. Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka.
Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas. Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian. Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)
Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya. Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’
Dec 27, 2010
Malas tanpa babah shasha...
Tamat waktu kerja jam 6.30pm, mummy menghayun langkah perlahan mencari kereta, kesian...hari ni tiada siapa yang sudi menjemput. Mummy juga yang perlu menjemput shasha. Mummy perlu segera, bimbang shasha menanti terlalu lama. Rindu to shasha's daddy...entah buat ape daddy kat sana.... Malam ni, mummy & shasha dinner ber2 saja di rejab, Bt.3...
Malam makin larut, terasa sunyi pula bila babah shasha tiada. Tak ada lagi tangis senduku merindu babah shasha seperti waktu lalu, dah steady since ada shasha sebagai peneman. Malam ni hanya ber2...esok skali lagi ber2 dengan shasha...sigh! berdua bukan lebeh baik tapi bosan. Lagi menarik bila ber3 dengan babah shasha.
Percaya padaku..
Berikan cintamu juga sayangmu
Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Tolonglah aku bagaimana diriku
Hari ini cuaca cerah..tapi langitku mendung
Bukan sebab hujan tapi aku kesepian
Di tinggalkan di Shah Alam
Bertemankan bintang kecil
yang rancak mengomel tanpa sebab
Pulang segera cahaya hati
Aku di sini menanti...
Dec 21, 2010
Lately, aku banyak mengenangmu di masa lalu..masa remajamu.
masa kau dan aku bukan satu.
Mengenang masa lalu, di mana aku terlalu merinduimu...
mengenang keluh resah kala aku mencarimu....
satu dunia mencarimu.
Hari ini, langkah ku atur ke arahmu.
Setiap nafas yang ku hela keranamu.
Kau yang mencipta...kau yang mewarnakan hidup
Masakan kau tak tau...jika aku tak ucapkannya walau sekali
Lately..kau dan aku berbicara kisar hidup dan mati
Mampukah kau teruskan hidup bersama sinar bintang yang ku tinggalkan
Mampukah kau terus menjaga bintang hatiku bersama tinggalan sentuhan dan pelukan
Mampukah kau menjaga setiap pesan yang ku wasiatkan...
Tapi aku tak mampu...
Meninggalkan nyawa di sini
Hari ini..mahukah kau berjanji
Lalui jalan yang panjang ini bersamaku
Lalui masa yang sukar ini bersamaku
Mahukah kau teruskan sehingga kita menghampiri hari tua
Sehingga aku boleh tertawakan dikau
bersama kedut wajah dan rambut putih
Mahukah kau melihat rambut lebatku makin nipis
yang hitam itu makin kelabu
Mahukah kau berjanji
Untuk terus bersamaku..
Dec 19, 2010
Kehidupan Sebuah Cinta ~ Khalil Gibran
MUSIM BUNGA
Marilah, sayang, mari berjalan menjelajahi perbukitan,Salju telah cair dan Kehidupan telah terjaga dari lenanyadan kini mengembara menyusuri pegunungan dan lembah-lembah,Mari kita ikut jejak-jejak Musim Bunga, yang melangkauiLadang-ladang jauh, dan mendaki puncak-puncak perbukitan‘Tuk menadah ilham dari aras ketinggian,Di atas hamparan ngarai nan sejuk kehijauan.
Fajar Musim Bunga telah mengeluarkan pakaiannyadari lipatan simpanan, dan menyangkutnyapada pohon pic dan sitrus , dan mereka kelihatan bagai pengantin dalam upacara tradisi Malam Kedre..
Sulur-sulur daun anggur saling berpelukan bagai kekasihAir kali pun lincah berlompatan menari ria,Di sela-sela batuan, menyanyikan lagu riang.
Dan bunga-bunga bermekaran dari jantung alam,Laksana buih-buih bersemburan, dari kalbu lautan
Kemarilah, sayang: mari meneguk sisa air matamusim dingin, dari gelas kelopak bunga lili,Dan menenangkan jiwa, dengan gerimis nada-nadaCurahan simfoni burung-burung yang berkicauandan berkelana riang dalam bayu mengasyikkan
Mari duduk di batu besar itu, tempat bunga violetberteduh dalam persembunyian, dan meniruKemanisan mereka dalam pertukaran kasih rindu.
MUSIM PANAS
Mari pergi ke ladang, kekasihku, keranaMusim menuai telah tiba, dan cahaya suriaTelah memanggang gandum kuning-kekuningan.
Mari kita mengerjakan hasil bumi, sebagaimana semangat kegembiraan menyuburkan butir gandumDari benih cinta-kasih, yang tertanam dalam sanubari.Mari mengisi guni kita dengan limpahan hasil bumibagai kehidupan mengisi penuh rongga hati,Dengan harta kekayaan tak terperi,Mari, jadikan bunga-bunga alas tilam kitaDan langit biru selimut kitaSandarkan kepala di bantal harum jerami,Mari kita berehat setelah bekerja sepanjang hari,Sambil mendengar bisik gemercik air sungai yang menyanyi.
MUSIM GUGUR
kita pergi memetik anggur di perkebunanDan memerah sari buah segarDan menyimpannya di jambangan tuaSebagaimana jiwa menyimpan ilmu pengetahuanAbad-abad lalu, dalam gedung keabadian.
Dan sekarang mari pulang, kerna sang bayu telahMenerbangkan daun-daun kuning dan mengisar bunga-bunga layuYang membisikkan dendang kematian pada Musim GugurMari pulang, kekasihku abadi, kerana burung-burungTelah terbang bagi perjalanan migrasi menuju kehangatanMeninggalkan padang yang dingin dan kesepian.Bunga mirtel dan melati pun telah lamaMengeringkan air matanya.
Mari kembali, sebab anak sungai yang sayuTelah kehabisan lagu, dan sumber air yang lincahTelah membisu, enggan mengucapkan kata perpisahan.Sedang bukit-bukit tua telah mulai melipatpakaiannya yang berwarna-warni.
Mari, kekasihku; Alam telah letih,Ia bersemangat melambaikan selamat tinggalDengan dendangan sayup dan ketenangan.
MUSIM DINGIN
Dekatlah ke mari,oh teman sepanjang hidupku,Dekatlah padaku, dan jangan biarkan sentuhan Musim Dingin,Mencelah di antara kita. Duduklah disampingku di depan tungku,Sebab nyalaan api adalah satu-satunya nyawa musim ini.
Bicaralah padaku tentang kekayaan hatimu,Yang jauh lebih besar daripada unsur Alam yang menggelodakDi luar pintu.Palanglah pintu dan patri engselnya,Sebab wajah angkasa menekan semangatkuDan pemandangan ladang-ladang saljuMenimbulkan tangis dalam jiwaku.
Tuangkan minyak ke dalam lampu, jangan biarkan ia pudar,Letakkan dekat wajahmu, supaya aku boleh membaca dalam tangisApa yang telah ditulis pada wajahmuTentang kehidupan kau bersamaku..
Berilah aku anggur Musim Gugur, dan mari minum bersamaSambil mendendangkan lagu kenangan pada ghairah Musim BungaDan layanan hangat Musim Panas, serta anugerahtuaian dari Musim Gugur.
Dekatlah padaku, oh kekasih jiwaku; api mendingin dalam tungku,Menyelinap padam nyalanya satu-satu, dari timbunan abuDakaplah aku, sebab aku ngeri akan kesepian.Lampu meredup, dan anggur minuman membuat mata sayu mengatup.Mari kita saling berpandangan, sebelum mata tertutup.
Cari aku dengan rabaan, temui daku dalam pelukanLalu biarkan kabus malam merangkul jiwa kita menjadi satuKucuplah aku, kekasihku, kerana Musim Dingin,Telah merenggut segala, kecuali bibir yang berkata:Engkau dalam dakapan, oh Kekasihku Abadi,Betapa dalam dan kuat samudera lena,Dan betapa cepatnya subuh…
Hujan Air di Shah Alam
Mungkin dia ada di situ
Hujan air di Shah Alam
Hujan ini tak akan reda
~~inspired by Ana Raffali.
Dec 18, 2010
Selamat Bertunang..
Sudah lama langsatnya condong ,
Malam-malam pasang pelita,
Singgah berenang di persiraman,
Ikan sepat di dalam sampan,
Panjat- panjat si pohon ara,
Senyum menguntum memakai kebaya,
Dari sumbu terbit apinya,
Baik-baik kalau berhuma,
Kalau gugur buah setandan,
Nov 22, 2010
esok SPM
terimbau kenangan lama...waktu aku menghadapi spm. teruja..gentar....gementar...seram sumer bersatu. tak sabar juga nak menghabiskan paper exam coz da tak larat study dari awal malam sampai subuh. tidur pun 2,3 jam jer...almaklum lah,, aku lah pelajar yg suke study last minute itu. lagi awal baca..lagi cepat lupe. better baca saat2 akhir...itu aku!
teringat juga saat aku tersalah masa utk paper modern math. tika aku masih lena dbuai lena..mak menjerit separuh gler bila cikgu sekolah telefon, "kenapa aku tak hadir peperiksaan hari itu". Aku..? terpinga2...kenapa ..kenapa..?? tanpa mandi cume cuci muka. aku sarung baju skolah yang tak bergosok. MALU.....
abah hantar aku ke sekolah. ingat lagi saat aku menghayun langkah ke dewan peperiksaan. waktu itu sunyi...cuma ada langkah aku yg semakin laju. ooh MALU!!. airmata semakin deras tumpah ke pipi. Sampai di dewan, aku mencari tempat duduk..sendu ku makin ketara..sehingga ada yang terganggu. Kerasa lewat aku itu...kerana sendu aku itu..aku jadi penyebab si dia tak dapat score A1. huh....aku kah..??
So moral of da story, bila dapat jadual..tengok byk kali. kalau boleh bgtau mak abah jugak so they all pun alert whether anak2 ada exam paper atau tak hari itu. Anyway...i still pass my modern math. hehehe...syukur alhamdulillah. Kepada kronee bestari - class of '97, maaf jika aku ganggu konsentrasi korang masa tu.
Oct 25, 2010
masa tak pernah cukup...
lutut masih rasa sengal...betis masih lagi rasa sakit. serious that would be last time nk suruh aku panjat bukit 80' tuh. last time nk suruh aku menari2 cam org bodoh malam pjama party tuh. menci sgt....
Sep 19, 2010
shasha the car wash girl...(but i wash my daddy's scooter actually)
Ceritera si kecil shasha yg bermain sabun sehingga kecut jari mungilnya itu. lebih banyak menyibuk dari membantu...babah sekadar membiarkan saja. Sehinggalah langit kian redup, si kecil lencun itu dah mula menguap but still.................
akhirnya, mission accomplish. 1 scooter and 1 car has been washed. babah got his car & scooter new look but shasha get wet.
finally, little tiry girl get her sleep in 1 second.
sabtu permai
tengah malam dah nie...hujan daaa.
Sep 16, 2010
raya ke-6 @ Melaka
aku tinggalkan atuk sementara, destinasi ke rumah makngah pula. berjalan raya meneman shasha kumpul duit raya. catch up 1 year updates tentang cucu sulung makngah yg boleh tahan ganasnya tapi shasha lebih pantas. bila tangan muzaffar hampir menepuk muka shasha, tangan shasha da sampai dulu ke bahu muzaffar. kesian si kecil umur setahun tu, xpasal da kena lepuk dengan shasha yg memang terkenal dengan garangnya. aku sedikit larat bilamana shasha dengan lagak sombongnya. huh....wat to do...?
Sep 13, 2010
dah raya ke-4
Sep 1, 2010
tak sabar lagi....cepat laa nk cuti
Anyway..salam lebaran pada yg membaca. Ramadhan kian sampai ke penghujungnya. cuti hujung minggu lepas aku habiskan dengan biskut raya. amil kesempatan dari cuti umum hari jumaat hinggalah ahadnya. Isnin aku kembali kerja..dan cuti semula. Tapi aku x mampu nk memecahkan walau sebijik telur. Demam selesema kerana tak cukup tidur, pening kepala bagai tak cukup o2...but still, aku bangun terlalu awal utk reply email, sending required email to vendor. Huh..kerja harus terus walaupun dagu aku da terletak atas meja.
Bercerita tentang biskut raya, sakit pinggang sakit tumit aku nk menyiapkan demi mak, bonda, atok melaka dan ida(adik ipar). utk aku..? amik balance nya saja. penat tak terkata tapi hati puas tn kuih raya tersusun cantik dlam balang. coklat,hijau dan kuning....
semalam, hari merdeka mak bantu aku buat tat nenas. dapat juga penuhkan balang kuih mak dan bonda. sekali lagi..aku punye..?? xde pun. jerih rupanya buat tat nenas ni...bila doh da sedikit kering, rasa macam nk terkucil menekan acuan tat nenas tu. nak tak nak kena teruskan juga sebab dah bancuh 2 adunan. huh..hadapkan!!!!! but finally...mmg puas hati kerana hasrat menjayakan tat nenas itu jadi kenyataan. credit to my husband yg sudi menghabiskan masanya berdiri mengacau jem nenas dalam kuali. thanx dear...u help alot walaupun sekadar menyediakan paper cup dalam tray itu. hehehe....
sigh!...tak sabar menanti cuti aku bermula. tak sabar nk beraya dengan mak dan abah..bukan nya aku duduk jauh tapi tahun ni..bermulalah episod abah sebagai warga org bersara. katanya nk bakar lemang tahun ni...wargh!!! meriah...almaklum lah, ni tahun pertama abah nk bakar lemang. tambah pula abah dah siap baju melayu baru yg dbeli oleh menantunya. hmmm...gempak abah tahun nie.
tak sabar..tak sabar.............
Hingga tengahari...cuti ku masih seperti org bekerja. So aku memutuska utk sign off semuanya. sekarang nk berehat pula....huhuhu.
Jun 6, 2010
sepetang bersama nazyan & yazid
May 3, 2010
sebelum...
Masa mommy sebuk2 pilih eyeliner..dia pun sama pilih blusher yg ada kat baris bawak rak pameran. aduyai, sedar2 jek muka my dotter dah berkaler2...siap ada kaler biru lagi. Mane taknyer, ada eyeshadow yg sesat kat pipi kirinya. tak cukup tu, masa kat situ jugak laa dia nk melabur. Adush...skali lagi mommy terpaksa memendekkan masa bershopping. selesai pembayaran, tertangguh lagi perjalanan sbb my dotter nk loli pop plak. Ikutkan saja...
Petang jumaat, tunggu my dear balik. PEnat nampaknyer...takde pula kata2 my dear ajak balik kg malamnya. Sesekali terdengar kekesalanya tak dapat pegi konsert Doube Trouble. I did ask more than twice, but still babah willing to let go his double trouble demi suatu janji ngn his Daddy in law. hmm...aku?? terpaksa ikut sja walaupun hati terasa berat sgt.
Malam jumaat..layan uptown shah alam plak. tak sedar masa yg berlalu..tgk2 dah jam 2pagi. no wonder hanya my dotter yg berlari2 dsana...anak2 org lain da lena dbuai mimpi. Haha...shasha tetap bersemangat walaupun pjama nye basah dek peluh. huh..panas.siyes panas but shooping nye pasal....
Pagi sabtu, masih menunggu kata2 my dear..kot2 nk cancel pegi Rompin, Pahang. but my dear sgt menepati janji. Akhirnya terpaksalah aku bersiap..boot kereta da penuh macam nk pegi seminggu. khabar mak, akan menetap dsebuah rumah tumpangan. so kena bawak toto, bantal n selimut sendiri. Perjalanan dmulakan dr shah alam terus ke jelebu.....terasa pendek waktu sbb tau ada 3jam lagi menunggu utk sampai ke rompin. Singgah makan kenduri dulu..hahaha. mak dan abah dah siap tunggu drumah chenor. Hampir jam 3ptg...perjalanan ke Felda Selendang 2, Rompin pahang pun bermula.
Apr 30, 2010
Anak perempuan kami...
Sorry sayang, mommy tak sengaja...bila ada tekanan perasaan macam ni lah. Lepas 2,3 hari baru perasan ada yang x kena. Dah dipupuk perasaa sabar tuh, dah tahan rasa amarah tu...tapi bile my dotter start nanges...with her high pitch n tune..terus temperature darah aku naik. Anak - mmg sengaja menguji aku. Dan sekian kalinya, my dear akan jadi penyelamat. Tau dia juga penat tapi my dear sanggup beralah melayan anak perempuan kami yg semakin manja setiap hari. Tak pernah kenal erti penat...berlari ke sana ke mari, menjerit-jerit..ketawa...menari2...tak reti nk tdo awal. Tau nk main jer....
Oh ya, satu perkara ttg anak perempuan kami nie..da pandai tengok drama. Since drama bersiri senja permai dah tamat, malam kami seakan tak terisi. Tak tau nk tonton ape...malam rabu kelmarin....layan Kamelia Katrina. Tiba2 anak perempuan kami menjerit...my dear tergesa2 mencapai remote tukar ke channel ceria 611. Rengeknya tak berhenti....'heh, kenapa plak nie..?' Tukar balik ke channel kamelia katrina...anak perempuan kami terus senyap. layan drama balik...! 'hey da pandai tgk drama laa, patut laa dia menjerit rupenye masa tu commercial break so dia marah...terus jerit. Kami buat testing...mmg pon dia menjerit bila kami tukar channel lain. hahahaha..thank God dia tak nanges masa drama tu dah abes. Anak perempuan kami tau bile drama tu dah habis...sambung lain kali plak. Alahai...macam ni punyer budak pun ada.
My dear pon sgt bz lately...ramai plak org ketiga yg bikin hatinya panas. Tapi my dear sgt profesional sbb tak pernah bawa balik amarah ke rumah. Wonder how he manage that coz i never can make it right.. Suatu hari di minggu lalu...macam biasa my dear balik awal sedikit.Bila mommy tak abis kerja lagi, so my dear akan jemput anak dulu. This time..amarahnya terserlah bila anak perempuan kami tak berdiapers. Babysitter kata my dotter pooped twice..so diapers da abis pakai. Kalau ikutkan rasionalnye, mmg la tak patut tapi dah darurat takde diapers nk buat macam mana. My dear amik my dotter ngn perasaan marah. Tak berbunyik ape pun ngn my babysitter. Bila aku sampai umah lewat petang itu, my dear bercerita.....hati aku berbisik, 'ttg anak dia, jgn sesape buat pasal'. hahaha..
esoknya, aku bekalkan diapers lebeh sket dari kebiasaan dan petangnya aku mohon maaf tanpa pengetahuan my dear. Syukur my babysitter tak kisah....
Anak perempuan kami, telatahnya sentiasa menghiburkan. Biarpun dalam tangisnya yang nyaring itu. Tak kisahlah dalam comel ker...comot ker..masam ker...tetap jadi anak mommy dan babah.
Apr 14, 2010
5nites without babah...
Melihat babah pergi, hati aku sebak. Ya...aku tau ini urusan kerja....holding my breath n my tears. ya....aku tak menangis, tapi hati aku basah kesedihan. Aku cium dan peluk babah. shasha yg awalnya sebuk bermain stroller tiba2 menangis melihat babah melangkah pergi. She insist to walk on her own..melihat shasha berlari menuju escalator...'babah..babah...babah'. Airmata aku bergenang, kalau babah dengar ni...sure babah pun akan sedih.
Lama aku di KLIA..berada di anjung tinjau buat aku makin sedih. Aku da merasa kehilangan babah, da terasa rindukan babah...Benar kata org, bila kita kehilangan seseorg baru kita tau betapa pentingnya si dia buat kita. Babah kata perjalanannya akan ambil masa 4jam. bila babah da berlepas...aku pun turut berangkat pulang.
Aku tinggalkan KLIA dengan harapan, masa akan cepat berlalu. Biar esok saja menjadi 19hb , agar aku bleh kembali dan menunggu babah pulang. argh....airmata aku sekali lagi bergenang. Shasha baik saja dalam kereta, halfway perjalanan shasha mula mengantuk...baiknya anak mommy kerana tidur sendiri di kusyen belakang. Fikiran aku melayang...tak biasa memandu di highway panjang ini sendirian....tak biasa senyap begini sepanjang perjalanan...airmata aku menitis..aku rindukan babah. Babah blum pun jejakkan kaki ke taipei...tapi aku inginkan babah pulang.
Sendiri. Aku sendiri memandu pulang. Aku sendiri membuka pintu pagar rumah. aku sendiri mengambil shasha dari dalam kereta. Aku sendiri yang switch on air-cond. Aku sendirian. Dah mula rindukan babah. Berjalan2 dalam rumah buat aku tak keruan tanpa babah.
It will be 5nites without babah dan aku tak sanggup utk memikirkannya. Harapku..cepatlah masa berlalu.
Apr 7, 2010
Babah will be away..far away..
hope everything running smoothly....
Mar 22, 2010
Aku redha demi kasihMu...
argh....malas, mengantuk...tiada perasaan ...semuanya bersatu. kaki terasa berat melangkah ke office. lebih2 lagi..pagi yg mulia ini dcemari dengan meeting yang membosankan. melayan Norwegian yg agak sukar utk dfahami tutur bahasa inggerisnya. tapi aku terpaksa.....berganda lagi bila aku sorang tanpa mentor. hidup harus terus...ya, harus terus!!!! tapi kepala aku kosong pagi ni.
Tengahari sekali lagi dengan meeting...Ya Allah, kenapa byk sangat hari2 yg aku lalui harus dengan meeting. Aku gentar bertemu manusia...gentar mengeluarkan suara...aku lebih gentar utk menyatakan sesuatu. Argh...aku bukan sosialit. aku lebih suka dalam kumpulan kecil, dalam ruang aku sendiri..aku tak gemar dkenali..aku tak suka menguasai..aku lebih suka menyendiri.
Hari ini..malu telah aku tolak ke tepi. Sukar...tapi aku terpaksa. Terasa seperti aku dbuli...tapi aku biarkan itu semua. Aku sukar senyum...aku lebihkan dalam ketawa.
Tuhanku...aku mohon padaMu setiap hari. Dalam doaku...aku mohon Dikau permudahkan segala urusanku....kuatkanlah semangatku..berikanlah aku kesenangan dlam melalui jalan2 yg berliku ini. Murahkan rezeki moga pilihanku ini memberi kebaikan padaku, juga pada keluargaku. Aku tau...Kau lebih mengetahui segalanya tentang perjalanan hidupku. Kau telah tetapkan segalanya buatku...Kau berikan dugaan sebagai tanda kasih sayangMu terhadapku. Aku redha...aku rela. Demi kasihMu..
Mar 17, 2010
my gal shasha
tak susah menjaga shasha..just lately dia makin manja. Ada masa dia tak mahu di hantar ker rumah babysitter.. akan menangis bila kata mommy nak pergi keje. hati makin sayu...bertambah sayang padanya..tapi apakan daya, hidup harus kerja..kalau tak kerja camaner nk bawak anak mommy pegi mkn mcD, camaner nk support ur expenses nk main music car...camane nk beli itu n ini. ...
permintaanku nk bekerja during normal hours kesampaian...great opening fr 2010 only happen on 15feb. 4hari telah berlalu...aku tdo lena....my dear kata, aku pengsan!!! kepenatan!!
yup....my brain is exhausted. penat giler..lebih penat dari keje lama....this is wat i wish...but never thought it will be this tough. takper....hidup harus terus.
bercerita tentang shasha, skang suke hisap jari. org tua slalu kata..kalau anak kecil hisap jari tandanya tak cukup kasih sayang. Tapi..xkanlah...shasha da mewah kasih sayang...takde 2 atau 3, semua tertumpah pada dia sorang jer. Mak pula kata....shasha nak adik. hehe...ye ker..?
Mar 13, 2010
Mar 2, 2010
Penyakit malas
Feb 17, 2010
february...
February....one by one gudthings coming in. huyaa huyaa huyaa. wishing all the gudthing keep happen on this year. From family, friends, carrier progress and everything.
Feb 1, 2010
Jan 31, 2010
pisang oh pisang
Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.
Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan jiwa:Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protien yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan 'mood' dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
Anemia:Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi dan rendah garam, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Penghadaman:Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetul sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Saraf:Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Emosi:Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih 'mood' kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:Mengikut kajian dalam buku 'The New England Journal of Medicine', mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:Pengamal perubatan semula jadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semula jadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, "Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!"
Petua
Gigitan Nyamuk:Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Ingin kilatkan kasut?Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.
**Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk
Jan 28, 2010
Cantik..
Cantik itu terlalu subjektif... ada yang kata cantik, ada yang kata tidak. Benarlah..cantik itu terletak di mata baru turun di hati. Mata yang melihat dan hati yang menilai.Aku cantik atau tak...aku tak perlukan org lain utk melihat atau menilai aku. Cukup kalau aku kata aku cantik sekadar yang aku mahu. Aku tak perlu rambut rebonding..aku tak perlukan lesung pipit di pipi. aku tak perlukan tahi lalat di bibir..aku tak perlukan mata yg bersinar2 dan senyum menawan..aku cuma perlu jadi aku. Aku seadanya...Allah menjadikan manusia itu berbeza...cantik dan tidak cantik juga di antaranya.
Jan 22, 2010
babah vs daddy
For E-Mail Disclaimer, please see http://www.digi.com.my/support/general/email_disclaimer.jsp
Jan 17, 2010
Kalaulah sabar itu boleh diniagakan.
2nd case..nk replace simcard. Bleh kuar jejauh dari umah tak bawak ic, bleh??!! eei, nk je aku sepak cine nih. kalau dah tau nk buat urusan rasmi..sume nk pakai ic. yg ko tak bawak tu pehal. igt sume kenal nama ko sape ke...? bangang aar..!!!
beberapa kali aku menarik nafas yg paling dalam. beberapa call selepas case bangang tu terkena tempiasnya. dapat indon sengal lagi aku menyirap...Oh tuhanku, kesabaranku makin tipis. tetiba teringat pada fizah yg nk meniaga sabar. kalau lah sabar tu bleh diniagakan...alangkah bagusnya.
Akhirnya jam dah pukul 3petang, Yeay..!! penantian ku berakhir sudah. Ragut beg, rentap headfon, shut down pc dan terus blah. Aku menci ngn tempat keje ari ni....
Jan 16, 2010
Da banyak gigi
Jan 11, 2010
my Sunday...
Anyway, each performance showed diff from the others. From beginning till end, sumer lain2. menarik, x bosan pon tengok. Sambil tengok AJL sambil tengok shasha menyanyi depan tv. Sampai satu part tu, aku terlepas camaner shila OIM bleh ada atas pentas..baru jek tadi tgk faizal tahir yg nyanyi. Shasha plak dari mula tak lepas ngn markerpen dtangan. Alalalala pegang microphone gitu, nyanyi jerit2 sampai tutup mata. Felling sungguh....but dalam byk2 finalist AJL tu, ada satu lagu fav shasha. Yang ni buat dia terpaku depan tv. Not even move an inch...masuk korus, gelek2 bontot sikit ke kiri dan kenan...masuk part yang woo...woo..dia pun sama woo woo. alahai anak mommy....Perhatian sedikit terganggu..tapi ank nye pasal, layan kan jer. Babah express his little worries, anak manjanya tunjuk sisi yang agak tak berapa kat mata babah. Shasha suke main bola, suke main kereta mainan..suke menyanyi. Things that we would like her to do....dia tak nak buat plak. Anyway..perjalanan masih jauh. Masih ada byk masa nk tunjukkan sesuatu yg berbeza buat shasha.
Tengahari sebelumnya - spent lunch hour ngn atok + nenek + pak ucu + cousin shasha; fadhlan. Gi makan kenduri kat Taman Alam Megah, Shah Alam. Mood for everybody swinging in the perfect way...walaupun agak sesat sedikit pada awalnya, berjaya juga sampai ke tempat yg di cari. Lauk plak sedap + nasi beriayani lagi. Adoyai....wugi amik sikit jek nasi. Nak tambah malu...!!!
Jan 9, 2010
Hidup harus terus.
Siaran langsung Piala Sumbangsih kat TV1, babah n shasha tengok jerit2 depan tv. mommy kept in silent surfing on net n updating blog. Hujan masih lebat dluar....terasa dingin malam ni. Tapi hati babah ngn shasha berbahang dek player n9 yang sepak bola macam xmakan seminggu. Alahai...org tu penat lari2 kat padang, babah kata they all tak nak main. Shasha yang sikecik ni pun da pandai nk jerit-jerit. Tengok babah jerit2 dia pun sama nk jerit. Org tu gol pun tidak...tetiba, masa mommy tgh menaip ni...selangor da menyamakan kedudukan 1 sama pada jam 10.36pm, babah n shasha senyap saja. Shasha leka mengunyah nugget. sedeh babah coz selangor da score. babah terus sambar rokok sebatang...bosanlah..!!! Babah da membentak .. Malam ni tak jadi balik kampung, kesian atok. Asik tertunggu2 jer...sabar ye atok uban, ujung minggu depan mommy soh babah jemput atok wan datang sini lepak hujung minggu yer. Aplah daya aku nk carik masa hujung minggu, nama pun keje shift. shift da mengarut....cuti pun tak tentu hala. itu pun nasib baik ada off 2ari..kalau dapat yg off satu hari jek. Aku dah terasa bahang kebosanan....malas makin berganda. Tapi...selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja!!! Last wednesday, attended short interview. didnt put much hope on this job. Gamble jer..kalau ada rezeki aku, adalah. Kalau takde..it's ok. Hidup harus terus... |
Jan 6, 2010
Kerja..kerja..kerja..
Spent the afternoon dengan menonton movie PSi love you...kisah janda muda yang discover love letter yang ditinggakan suaminya. a guide to continue her life. sesekali bergenang jugak airmata ku...jika bertahun-tahun normally make 2cups coffee fr breakfast, jika bertahun-tahun sebelum tidur..si dia yang akan switch off lampu but all on sudden...sendirian di katil. Melihat lampu bilik yang masih terpasang, mendail kepada nombor yang tiada lagi penggunanya..sekadar mahu mendengar suara si dia yang tiada lagi bernyawa. argh..aku skali lagi dbuai perasaan sayu. kalau aku, juga begitu..da pasti tak bernyawa lagi. terasa bertuah saat ini aku masih punya dia..sebagai tempat bergantung, tempat mengadu nasib, tempat bermanja..
Jan 2, 2010
Nur Iman_TV3
back to the drama..sian sangat tengok lelaki tuh. jadi sasau sbb anak da takde. terbalik plak...slalu ibu2 jek macam tuh. dalam drama ni...yg si ibu rilek je....nanges pun sikit2 jer. kuatnye semangat. kalau aku..da lama mati daa time tuh..
2hari sebelum dan selepas...
2hari sebelum tahun baru..aku mhabiskan masa 5jam sehingga tgh malam di contact centre- macam biasa, dapat shift malam. 2jam yang terakhir adalah yg paling memenatkan sebab terpaksa 'buddy' dengan DMT. Terasa penat, kecut perut dan aku sebenarnya mencungap masa bercakap sbb kena tahan nafas. Almaklum lah..big boss dok sebelah weh..kena laa perform the best..dalam wat keje, ada jugak bual2 kosong ttg kerja...
sebelum tuh, aku juga menguruskan sesuatu bersama suami. antar dokumen itu dan ini, verify itu dan ini..dengan harapan menggunung...moga dimakbulkan Allah, moga dperkenankan hajat kami tu...
malam tahun baru pun tiba..aku dkejutkan dengan email. bagai bintang kejora....dalam byak2 email yg aku dapat, email ni laa paling best. walaupun sumer pun kabur lagi..tapi aku berharap sangat beroleh sesuatu dengan usaha aku kali ni...rasa nk melompat, rasa nk menjerit..rasa nk muntah pun ada....khabaran dsampaikan pada hubby dan yg paling best!!! hajat kami kesampaian. huh....kegembiraan kami berganda....terasa bertuah sangat di penghujung tahun 2009 nie.
2hari selepas tahun baru..aku sedang menanti kedatangan org baru dalam kluarga aku. hehehehe.....dan aku juga sedang menanti panggilan utk interview dengan boss baru. kalau ada rezeki..adalah tu. Moga tahun 2010 ini bakal mbwa seribu perubahan yang membahagiakan...
yay!!!!!